Air mengalir ke dalam geluk
Diceduk untuk membasuh kaki
Kalau hati dah memang busuk
Kalah jubur, tewaslah puki
Diceduk untuk membasuh kaki
Sebelum melangkah ke atas tangga
Sebusuk-busuk baunya puki
Hati semerbak si taik kera
Sesudah kaki di atas tangga
Salam diberi, tuan rumah dihormati
Kenapa diliputi dusta dan nista?
Kerana haloba dan iri hati
Salam disahut, tangan disambut
Duduk di beranda, memakan sirih
Kau kata aku, setan penghasut?
Lidah memujuk, mengugut kasih?
Duduk di beranda, memakan sirih
Pinang dihiris, kapur dicalit
Mengata dulang, paku yang serpih
Mukanya tebal, bersalin kulit
Pinang dihiris, kapur dicalit
Dikunyah-kunyah, diludah ke tepi
Kalau sudah menyembah duit
Maruah digadai, dijual beli
Dikunyah-kunyah, di ludah ke tepi
Kopi diminum, rokok dihisap
Aku hanya memerhati sendiri
Menggeleng kepala, dada diusap
Kopi diminum, puntung dicampak
Salam diberi, mengundur diri
Aku rasa seperti dirompak
Namun ku redha, kucekalkan hati