Semasa aku menulis konsep dinamik watak dalam siri fiksyen sains (orang mintak aku buat), menguruskan penghantaran reviu game komputer untuk suratkhabar tempat aku kerja, mengeblog, menggunakan Facebook, bermain Airline Manager dan juga Heroes of Might and Magic 5, serta Freecell, satu macam ketenangan menusuk kepala dan jiwa aku.
Sebelum ni, jiwa aku kacau pasal aku tengah menunggu beberapa perkara untuk berlaku. Aku dah tak kisah. Jadi, maka jadilah. Tak jadi, maka tak jadilah.
Semua benda yang aku belajar selama ni tiba-tiba masuk akal. Aku menelaah Buddhism dan Hinduism, juga penggunaan elemen-elemen agama dalam komik. Tiba-tiba macam, "Klik!"
Aku tertekan beberapa bulan ni pasal banyak benda. Satu, takde Internet selama dua bulan. Pakai Blackberry je. Banyak la salah taip la, grammar lancau la, blablabla la.
Lagi satu, aku tengah mengatur perancangan. Masalahnya, bukan semua maklumat dan keputusan di tangan aku. Kalau aku yang kawal semua, memang aku automatik tak risau. Berurusan dengan manusia ni memang... mencabar.
Seperti Batman, aku sentiasa ada rancangan. Biasanya, semua rancangan aku kantoi, tapi nanti jadi lagi bagus. Pasal apa? Pasal aku best.
Pada satu-satu masa, kepala aku perlukan beberapa benda. Aku nilaikan situasi pun, dengan mengambilkira beberapa puluh kebarangkalian, dan situasi seterusnya, sekiranya benda ni jadi atau benda tu jadi. Dengan memberikan kepala hotak aku cukup kerja, bunyi bising yang mengganggu akal aku dah macam takde.
Betullah kata sami Hindu tu. The mind is maya. Kepala otak kau tu, tak boleh percaya. Sumber kekusutan.
Sekarang, aku duduk depan komputer, pukul 5.27am. Kerja malam ni dah siap. Konsep dinamik watak dah kau tim. Heroes dah habis satu chapter. Freecell aku dah menang 20 kali berturut-turut. Reviu dah masuk. Facebook dah update, Airline Manager aku dah sampai tahap dewa. Semua kapalterbang sudah dilancarkan.
Aku rasa macam Siddharta Gautama bawah pokok, bercakap dengan rusa.
Hensem siut aku ni. Gila best lah. Kacak. Berbakat. Konek kuat. Jubur harum.
Aku nak tidur la pulak. Esok sambung tengok Chow Sing Chi.