Ko percaya tak kalau aku cakap kat ko, penulisan ni ada jantan betinanya.
Maksud aku, karya yang ditulis, ada jantina.
Aku sekarang tengah duk pening nak mengedit satu naskah yang seorang perempuan tulis.
Bukannya apa. Aku kena present benda ni, jadi ada la yang ingat aku yang tulis, walhal aku cuma sunting aje.
Dia tulis memang dengar macam perempuan tulis.
Kalau aku tulis, sama ada jadi jantan, pondan, atau takde jantina.
Penulis yang bagus boleh menulis apa-apa bentuk karya dalam apa-apa jenis suara.
Alejandro Jodorowsky, contohnya, menulis beberapa naskah komik Metabarons dengan jantina kisah itu ditentukan sebelum mula menulis. Atau mungkin selepas dah separuh jalan. Aku dah lupa wawancaranya.
Suara penulisan betina/perempuan biasanya menumpukan pada beberapa perkara yang penulisan jantan/lelaki tak hiraukan langsung.
Karya pondan pula, atau karya tanpa seks, mempunyai suara robot.
Aku lebih suka robot. Pasal kalau ditulis macam tu, pembaca dengan sendiri mampu mereka suara mereka sendiri.