Monday, May 20, 2013

Pengembaraan E Cigarette/Vapor Yang Pukimak


Beberapa bulan lepas, aku bercita-cita nak berenti hisap rokok, jadi aku pun membeli set e-cigarette/vapor kedua aku.

Pada mulanya, aku berhenti hisap rokok secara sempurna dan beralih ke e-cigarette. Tetapi, oleh sebab sikap dan cara e-cigarette ini dikendalikan oleh pengedarnya, aku membuat keputusan untuk menghisap rokok kembali dan memusnahkan set e-cigarette aku selepas bekalan cecairnya habis.

Mula-mula sekali, mungkin sebab e-cigarette sebenarnya haram digunakan, tempat-tempat mendapatkan bekalan e-cigarette semuanya kat tempat jin bertendang.

Perlu diingat, e-cigarette ini perlu sentiasa diganti spare partnya. Kalau tidak, jahanam.

Selepas itu, yang paling teruk, berlaku keadaan 'kekurangan bekalan' yang aku percaya dibuat-buat oleh penjual dan pengedar e-cigarette. Secara tiba-tiba, mereka tidak menjual bekalan spare part yang beberapa minggu sebelum itu berlambak.

Semua mengambil keputusan, contohnya, untuk tidak menjual spare part ViViNova atau VCore - jenama tank. Ini akan memaksa pengguna membeli tank baru. Aku berani jamin, dalam masa dua-tiga minggu lagi, mereka akan beralih ke benda lain pula, untuk memaksa pengguna membeli daripada mereka lagi.

Aku dah membajetkan RM250 sebulan untuk liquid dan spare part yang berupa atomiser, biasanya. Nampaknya, mereka hauskan lebih banyak duit aku. Diorang nak semua.

Hampir setiap pekedai aku jumpa di Uptown Kota Damansara pernah menipu atau cuba menipu aku, kecuali satu kedai. Maaf, aku takkan ke Uptown Kota Damansara lagi seumur hidup aku. Dia buat-buat bodoh, jual aku spare part takileh pakai, jual tank yang dah short circuit, cuba sumbat bateri yang tak muat, bateri yang nak meletup, cuba jual dua kali ganda harga, jatuhkan tank aku supaya jahanam dan harapnya aku beli tank baru, cuba 'repair' tank tapi sebenarnya rosakkan, cuba jual atomiser yang tak muat, dan bermacam-macam aksi beruk sarkas yang menyebabkan aku cakap - tak payahlah, dik.

Paling ringanlah, dia buat-buat tak paham order aku.

E-Cigarette ini kebanyakannya dijual oleh berukera. Jadi, dengan sedih, aku berhenti menghisap menatang ni dan kembali hisap rokok. Sesapa masih mau hisap, aku nak jual koleksi liquid yang aku ada, dengan 30% discount.