Ahad lepas, sedar-sedar saja, aku dah berada atas pentas, di depan pelajar-pelajar UKM sebagai sebahagian Jambori Bahasa Inggeris yang dianjurkan syarikat Vernon Adrian Emuang(last aku tengok kat Cyberwave dengan Jeffrey Ong). Jap, cari link.
Nah! Ini dia laman Facebooknya!
Aku sekali dengan penggiat seni ukiran moden Izan Tahir, pelatih Akademi Fantasia, wartawan dan mak Sharifah Amani - Fatimah Abu Bakar, juga mamat nama Azahari yang buat Teach for Malaysia - sebuah NGO yang tak berpolitik dan buat kerja bagus mendidik pelajar di sekolah-sekolah bermasalah. Kalau aku jutawan, aku join Teach for Malaysia.
Aku lupa nak cakap aku dapat 1A untuk 1119, jadi pengacara cuma cakap aku tulis Hikayat Merong Mahawangsa. Sempat jugak promote KL Noir: Red. Hehehehe.
Yang kelakarnya, atau mungkin merunsingkan, bila pelajar UKM asyik bagitau masalah yang sama - member-member diorang cakap, cakap Bahasa Inggeris ni poyo, dan Bahasa Inggeris tak ada masa depan.
Aku nak je cakap, "Fuck off la! Ko cakap dengan beruk buat apa?" Tapi, sebab ini macam forum separa formal, takkan nak mencarut tak tentu pasal. Takkan aku nak cakap, "BIJIK KELENTIT!" tak tentu pasal.
Aku nak mencarut, pasal aku ingat masalah macam ni, masalah tahun '80an. Bukan masalah abad ke-21. Tapi, Dr M pernah cakap yang dia gagal satu je - mengubah minda dan pola pemikiran orang Melayu atau Malaysia.
Orang Melayu, rata-rata takut malu. Kartunis Long (kot?) pernah cakap, orang Melayu ni ada penyakit AIDS - Aku Ingin Dilihat Super. Kalau pasal Bahasa Inggeris, mungkin ramai yang fikir, "Ish, aku tak reti sangat. Nanti aku tak dilihat super. Aku mesti yakinkan semua orang supaya tak cakap Bahasa Inggeris, supaya diorang semua jadi beruk macam aku. Oooh oooh ooh! Aaah! Ahh! AHH!"
Aku merangka kerjaya aku dengan menggunakan Bahasa Inggeris. Pernah ada Melayu marah kat aku, sebab aku buat dia nampak bodoh bila aku bercakap Bahasa Inggeris kat dia. Tapi aku pedulittaik. Fuck off and die, kata mat salleh. Aku taknak berkelakuan seperti beruk. Aku manusia. Yang kacak. Tampan. Dan berkonek kuat.
Kepada mereka yang melabelkan diri sendiri sebagai 'pejuang bahasa', yang sudah tu, sudahlah. Ko nak buat apa, bro? Ko fikir Bahasa Malaysia/Cina/Tamil/Hebrew cuma boleh maju kalau Bahasa Inggeris dimusnahkan? Pukimak kau lah. Mana ada tamadun yang dapat faedah dengan memperbodohkan masyarakatnya? Ko nampak cam ahli politik pulak dah - penghinaan paling teruk aku boleh bagi.
Orang Melayu ni - dan jugak orang Malaysia - antara potensinya adalah daya adaptasi yang hebat.
Kalau bercakap dengan apek jual kangkong, tetiba cakap macam ni, "Aiyaa, apek, ah, itu kangkong manyak busat itu dia punya daun laaaa. Tapi, takkan mau caj sampai lua linggit? Haiyaaa!"
Dengan mamak, "An-neh! Kasi itu teh woh ais satu, kurang manis kalu?"
Potensi pembelajaran dan adaptasi orang Melayu tinggi - tapi sayang, oleh sebab ego dan beruk-beruk pemusnah, maka takuk penghayatan kuasa semulajadi hanya pada tahap Kuasa Tolakan Elektron. Minda orang Melayu, bagi aku, rata-rata minda yang mati pucuk dan terbantut pada zaman tadika.
Itulah antara sebab aku menulis. Aku percaya, sedikit sebanyak, aku boleh membantu menanam idea-idea ke dalam minda Melayu melalui penulisan aku. Bukan pasal aku nak manipulate orang atau nak psycho orang tak tentu pasal. Aku hanya ingin berkongsi, supaya jumlah beruk yang aku berbual setiap hari akan berkurangan, digantikan dengan manusia yang lebih terbuka dan pandai. Supaya aku tak perlu menerangkan semua benda daripada awal.
Kau mungkin cakap aku seorang yang angkuh dan takbur - aku pedulittaik. Apa yang aku buat - semua usaha aku, aku rasa lebioh mulia daripada menjadi ahli politik yang sentiasa menipu dan merampas hak orang lain.