Awek tu gelak je, bila aku cakap pasal aturan hidup aku sekarang.
"Ko taknak cari bini ke?"
"Buat apa?" tanya aku.
Kalau aku nak bersihkan rumah, aku panggil pakcik Hindu yang warak. Semua bank aku, dalam 5 minit naik teksi.
Semua benda dalam lima minit naik teksi. Shopping mall ada tiga setengah - Bangsar Village I and II, BSC, Midvalley Megamall. Aku nak makan mamak, Mahbub ada kat Lucky Garden. Nak massage betul? Thai Odyssey ada kat Jalan Telawi. Nak bayar Unifi secara manual? Telawi. Nak renew passport? PBD ada imigresen.
Dentist aku kat sini, dan klinik aku pun kat sini jugak.
Nak fast-food apa? Semua jenis fast-food yang ada kat Malaysia ni dalam lingkungan lima minit je dengan rumah aku, kecuali Sugar Bun. Tapi aku tak makan fast food dah.
Aku dah atur hidup aku, supaya semua benda sepelaung sahaja. Jalan kaki pun boleh.
Dobi naik harga, jadi aku beli washer dan dryer. Aku beli pun, sebab aku nak pergi gym. Kenalah basuh baju yang berpeluh tu, untuk kegunaan esok.
Companionship? Bangsar tempat pertemuan yang strategik untuk ramai kawan aku.
Secara praktikal, lokasi dan aturan logistik aku membolehkan aku hidup senang, tanpa perlu menyumpah seranah sambil memandu kereta di jalan yang jam setiap hari.
Secara emosi dan kerohanian, aku percaya pada falsafah New Age yang banyak menolong aku berdamai dengan ketentuan Tuhan pasal aku. Kadang-kadang, bila penat, aku masih meroyan, macam tadi. Tapi kesihatan mental aku jaga dengan bertafakur dan teknik pernafasan yang membolehkan aku melancarkan Kitaran Asura.
Aku mungkin takda simpanan, tapi akhir tahun ni, aku nak bebas daripada hutang-piutang, termasuk PTPTN. Supaya aku jadi orang merdeka.
Jadi, apa lagi yang aku nak, sebenarnya?
Bila ada yang tanya, aku memang tak nak anak. Aku taknak berkeluarga, sebab keluarga ni bukanlah satu perkara yang indah atau berguna. Tidaklah juga sesuatu yang hodoh, bodoh atau menyusahkan, tetapi sememangnya semua di atas.
Satu-satunya sebab aku nak bersama mana-mana perempuan adalah sebab-sebab yang ideal dan memualkan. Juga, seks yang rakus dan hebat. Oh hohohohoho!