Aku seringkali membuat cadangan nama kepada beberapa syarikat dan rakan niaga aku, untuk khidmat terjemahan. Akhirnya, aku biasa bersengkang mata tengah-tengah malam buta, menulis semula atau menterjemah kembali kerja yang dibuat. Sambil itu, kata-kata dan integriti aku, kepercayaan orang kepada aku semakin terhakis sebab mencadangkan mereka yang tiada kemahuan dan kerajinan.
Itulah sebabnya, mereka yang aku kekal berurusan hingga hari ini, mereka yang boleh pakai sahaja. Yang tak boleh pakai, aku rasa baik ambil borang, dan pohon bantuan Azam Niaga daripada Kerajaan.
Pasaran terjemahan di Malaysia agak baik, dengan bayaran yang berpatutan. Aku memberi khidmat kepada pelanggan besar dan kecil dengan saksama, tetapi keutamaan memang diberikan kepada pelanggan besar dengan akaun besar yang membayar dengan pantas.
Aku fikir, rezeki yang ada cukup untuk semua, dan aku berharap ramai lagi yang boleh membuat kerja terjemahan - sama ada dengan aku atau sendiri. Jadi, aku ingin kongsi beberapa perkara yang boleh menolong menjadikan sesiapa penterjemah yang baik:
1. Google Translate hanya untuk mereka yang terencat akal atau berukera
Kalau kau seekor beruk, maka gunalah Google Translate, sebab tangan kau keras dan sukar menaip. Google Translate telah dihasilkan oleh seorang penulis perisian yang mengalami tekanan emosi sebab ibunya dirogol oleh seekor anjing.
Mereka yang menggunakan Google Translate untuk membuat terjemahan samalah dengan seekor berukera yang suka minum air kencing sendiri.
2. BACA DAHULU artikel sebelum menterjemah
Ramai orang yang mahu membuat terjemahan hanya menterjemah perkataan secara individu, tanpa memikirkan konteks mahupun mesej/isi kandungan/pesanan yang ingin disampaikan.
Contoh: After Abu solved the case, he went out to party with Isabella, where they had sex all night long.
Terjemahan Pemalas: Selepas Abu menyelesaikan itu kes, dia keluar untuk majlis dengan Isabella, di mana mereka ada jimak seluruh malam panjang.
Terjemahan Beruk: Pisang Pisang Pisang Pisang Pisang Pisang Pisang Pisang Pisang Pisang Pisang Pisang Pisang Pisang Pisang, TAIK! Taik Taik Taik Taik Taik Taik Taik Taik Taik Taik Taik Taik Taik Taik Taik Taik Taik Taik!
Kalau kita perhatikan Terjemahan Pemalas, benda paling aku menyampah, penggunaan 'di mana'. Bagi aku, dalam BM, tak wujud perkataan 'di mana' untuk menggantikan 'where'.
Mereka yang menggunakan 'di mana' semuanya Berukera Dari Planet Zargus.
3. Ikut nahu/tatabahasa BM
Nahu atau tatabahasa BM sukar untuk diikut sebab Nik Safiah Karim dan rakan-rakan suka menukar undang-undang bahasa setiap 3 bulan.
Pada tahun 1997, cikgu-cikgu Bahasa Malaysia aku antara panel menetapkan soalan SPM. Mereka diwajibkan pergi kursus bahasa setiap tiga bulan. Setiap suku tahun ini, ejaan banyak berubah.
Contoh: Keretapi menjadi kereta api, kemudian keretapi, kereta api balik, dan akhirnya keretapi sebaik sebelum SPM. Sama dengan jalanraya, lebuhraya, walaubagaimanapun (kadang-kadang walau bagaimanapun). Sebab itu, sampai hari ini, aku selalu pakai 'Namun' dan 'Justeru' sebagai wacana, sebab bila aku tulis 'walaubagaimanapun', aku jadi sangsi.
Jangankan perkataan, nama matapelajaran pun asyik tukar sebab pengaruh ahli politik. Dendam kesumat aku pada ahli politik bermula sejak mereka asyik menukar Bahasa Malaysia menjadi Bahasa Melayu, Bahasa Malaysia balik, Bahasa Melayu Malaysia dan akhirnya Bahasa Malaysia.
Jika Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menukar nama bahasa kita menjadi Bahasa 1Malaysia, aku bersumpah akan mengundi parti pembangkang pada kesemua pilihanraya akan datang. Kini dan selamanya.
Namun (wacana!), ada beberapa undang-undang bahasa yang aku ikut. Pertama, 'dari' dan 'daripada'. 'Dari' untuk masa dan tempat. Dia bekerja dari pagi hingga petang. Dia berasal dari Kuching, Sarawak. 'Daripada' untuk asal-usul dan semua yang lain. Iron Man diperbuat daripada kayu cengal.
Kalau ingin tahu nahu dan tatabahasa yang betul dan terkini, maka beleklah majalah terbitan DBP seperti Dewan Siswa (kalau masih diterbitkan). Kesalahan tatabahasa dalam majalah itu tidak banyak.
Maaf, aku kembali bekerja sekarang. Esok aku harus ke klinik gigi kerajaan sebab (oh, ya, aku kurang menggunakan 'kerana' sebab satu undang-undang yang aku sudah lupa) aku sudah rongak dan sudah kurang gadis-gadis sunti yang mahu melakukan hubungan seks luar nikah dengan aku - Askar Jerman Yang Penyedih.
- Askar Jerman Yang Penyedih