Tuesday, September 30, 2014

Almanak Masakan Bumi dan Langit: Boddhisativa Membuka Jalan

Lupa nak cakap. Abang aku pernah makan oats untuk Quaker Oats challenge. Dia disuruh makan 10 sudu quaker oats sehari, minimum.

Hasilnya? Tak silap aku kolesterol darah turun dan tekanan darah turun sampai terlebih.

Aku pun pernah mengamalkan diet oats. Maksudnya, aku tak makan nasi, aku makan oats untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam. Aku makan macam bubur, dengan lauk biasa. Hasilnya (dengan exercise setiap hari), aku turun 17kg dalam masa kurang tiga bulan.

Jadi, aku amat percaya pada pemakanan serat tinggi. Kali ni aku nak kongsi tips untuk makan makanan serat tinggi, sebab aku tengok ramai Melayu takleh nak tetapkan sendiri cara nak makan suka ati dia. Dia kena ada orang cakap.

Okay:

1. Oats
Aku beli instant je

- kalau nak makan oats, kena makan LEBIH DARIPADA 10 sudu sehari. 10 Sudu ni kaut masa oats tu kering, bukan lepas dia dah kembang.
- Ko boleh makan macam bubur dengan lauk biasa
- atau ko boleh buat cam aku - aku letak lima sudu dalam gelas tinggi yang tahan air panas, aku campur susu rendah lemak atau susu soya. Aku makan dan hirup, dua minit habis. Aku buat dua kali - lepas sarapan dan makan malam.
- Lepas makan oats, minum satu atau dua gelas air kosong.

2. Psyllium husk



- ambik dua sudu psyllium husk, campur satu sudu madu, dua sudu apple cider vinegar, curah air, kacau, teguk terus telan. One shot.
- Kalau ko biar psyllium husk tu dalam air, dia kembang dan jadi gel. Ko nak dia kembang dalam perut.
- Lepas makan psyllium husk, minum satu atau dua gelas air kosong. Kalau tak, ko mati beragan.

3. Buah-buahan

Aku pilih pear dan epal untuk kandungan serat yang tinggi.


- aku dah tak makan SEMUA kek dan SEMUA kuih. Jadi, pencuci mulut aku ialah buah-buahan yang kurang manis sahaja. Aku makan tiga-empat biji sehari.
- Aku masukkan buah-buahan dalam salad

4. Sayur-sayuran

Ini cruciferous vegetables. Sila google


- Aku gandakan sayur yang aku makan.
- Aku tukar cara masak sayur supaya minimumkan minyak dan garam. Jadi, bila jumlah sayur yng dimakan digandakan, aku takdela menggandakan jumlah minyak dan garam. Common sense kan?
- Kalau aku malas memasak sayur, aku makan salad. Butterhead lettuce, romaine lettuce, green and red coral, rocket (yang ni tak sedap!) ni semua jenis sayur mat salleh yang tak payah masak. Basuh dan sumbat sahaja.
- Kos? Seikat sawi kat supermarket ialah RM2. Seikat Bok choy ialah RM0.99. Butterhead lettuce? RM4-5 untuk satu kotak, setiap kotak ada dua (satu butterhead lettuce atau one head boleh buat salad cukup untuk seorang makan dua kali sehari, kalau campur sayur dan buah lain)
- sayur agak murah, jadi gunakan dengan bijak.

Selain makanan serat tinggi, aku juga ada beberapa bahan makanan yang aku letak sebagai prioriti:

1. Bawang putih



- bawang putih yang dihiris atau direnyuk akan mengalami tindakbalas yang menghasilkan hidrogen sulfida. Hidrogen sulfida melembutkan urat dalam badan dan melancarkan perjalanan darah.
- tindakbalas penghasilan hidrogen sulfida dalam bawang putih akan berkurangan atau hilang sepenuhnya jika bawang putih diproses atau dimasak.
- Oleh itu, bawang putih harus dimakan mentah.
- Hidrogen sulfida menyebabkan bau telur tembelang, jadi selepas makan, kentut akan berbau super busuk.
- Untuk melawan bau kentut hidrogen sulfida, aku makan halia. Kentut akan berbau sedap atau tidak berbau langsung.
- bawang putih juga ada sejumlah antioxidant yang bagus.

2. Badam



- badam atau almonds (sebutan: Om-mon, "L" tidak disebut. ) ada banyak benda bagus dalam dia. Lemak tak tepu dalam badam akan menurunkan LDL-cholesterol, dan vitamin E bertindak sebagai anti-oxidant yang menyihatkan badan.
- badam juga kaya dengan zinc dan magnesium, bersama riboflavin (vitamin B2 ). Zinc membantu menawal perasaan. Magnesium melancarkan peredaran darah dan vitamin B menurunkan tekanan perasaan. Kombo ini bagus untuk jantung.
- Perlu diingat, badam ni kalori dia sedikit tinggi. So, sehari ko patut makan suku cawan sahaja. Lebih kurang setengah genggam atau satu genggam je lah. Jangan makan banyak sangat, nanti kang mati sebab benda lain dalam dia.
- Badam jugak kaya serat terlarut (soluble fibre) dan membantu kita berasa kenyang tanpa makan benda lain.
- Beli badam yang baked/panggang sahaja, jangan beli salted, honey roasted, or whatever. Kalau beli badam jenis lain tu, baik la ko pergi makan McDonalds, balik rumah, pastu terjun bangunan.