Sunday, September 28, 2014

Almanak Masakan Bumi dan Langit: Memasak Sambil Mencarut (Panduan Memasak Sihat... Sambil Mencarut)

Pagi tadi, aku naik teksi dari TMC. Aku borak dengan pakcik teksi tu dan dia pun beritahu dia kena sakit jantung macam aku jugak tahun lepas.

Aku pun mula bukak cerita pasal pemakanan dan cara memasak yang sihat. Malangnya, pakcik tu nampak cam tak tau langsung apa kebenda yang dia kena elak dan camana nak masak masakan yang walaupun takdele sedap tahap dewa, tapi jauh lagi sedap daripada 99% masakan kat KL ni.

So, aku jemput pakcik drebar tu ke apartment aku untuk dengar kuliah tengahari. Dia jemput diri sendiri untuk makan tengahari. Aku tak kisah, walaupun aku mulanya syak pakcik ni gay sexual predator ke, tabligh ke, MLM ke, gila atau kesunyian. Aku rasa, dia sebenarnya lapar. Mungkin pokai.

Tapi, point dia bukan pasal aku nak berlagak baik dan canang berapa kilo pahala aku ari ni, tapi aku nak maki pasal pengetahuan common sense Melayu pasal pemakanan sihat memang rendah. Korang ni bodoh ke apa?

Aku fikir, ini disebabkan tahap ilmu orang Melayu dalam pemakanan sihat ni hampir tiada disebabkan makanan dan masakan kita semua jenis nak bunuh orang dan kalau kita dengar Dr M maki Melayu, dia cakap Melayu ni pemalas. Dalam hal ni, malas nak ambik tahu sebab rasa diri sendiri takkan sakit selagi bagi makan hantu raya. Fuck off.

Aku nak maki Melayu banyak benda, tapi ari ni aku gunakan skil carutan aku untuk cakap pasal pemakanan dan cara masakan yang sihat, terutama untuk orang sakit jantung.

1. Pemilihan bahan makanan/masakan

Pergi mampus benda-benda ni:

- kulit dan lemak ayam
- minyak kelapa sawit (lemak tepu)
- minyak kelapa (lemak tepu)
- mentega (lemak tepu)
- marjerin (aku tak peduli diperbuat daripada minyak zaitun ke, minyak cap kapak ke, minyak bijik kelentit mak kau - buang semua)
- dengan terhapusnya mentega dan marjerin, maka ko tak boleh makan semua jenis kek, biskut dan sesetengah jenis roti. Kah kah kah kah! Padan muka!
- lemak dan semua jenis organ dalaman semua jenis binatang termasuk lembu, kambing, ayam, bebiri, unta, gajah, ular, whatever. SEMUA jenis organ dalaman sekarang dah jadi off-limits. Termasuk kepala udang atau kepala sotong.
- garam biasa. Gunalah Garam Perancis sama ada dari laut atau bukit.
- ais krim
- gula
- kopi
- teh
- minuman coklat
- minuman malt
- SEMUA jenis daging yang diproses (burger, hot dog, cold cuts, daging cincang yang tidak dicincang sendiri)
- KURANGKAN ATAU TOKSAH MAKAN LANGSUNG: Apa-apa benda yang ditinkan, dibotolkan atau diawet. Fuck off semuanya. Semua benda yang diawet menggunakan sama ada bahan kimia cam kimak (antaranya propelene glycol atau anti-freeze), garam, atau gula. Aku makan gak, Ayam Brand Tuna in Water, tapi aku kurangkan. Aku jugak makan Smuckers Sugar Free jam, tapi aku kurangkan.
- Kurangkan atau toksah makan langsung nasi putih, roti putih. Fuck off. Jangan makan. Makan, mati terus.
- kurma. Fuck off kurma. Kurma ada kandunganj gula tinggi. Aku was-was, so dalam lima tahun ni, aku makan dalam 5 biji kurma sahaja. Itupun sebab member bawak. Lepas kena sakit jantung ni, fuck off kurma. Sesapa offer aku kurma, aku bagi German Suplex on the spot.

Summary: Jangan beli bahan makanan yang ada lemak tepu/saturated fat, garam, gula, bahan pengawet. Basically, jangan beli bahan-bahan yang fun. Beli barang yang buatkan kau rasa macam ko penjaga kem tahanan Jerman Perang Dunia Kedua.

Sebaliknya, BELILAH:

- buah-buahan omputih. Buah-buahan Melayu ni tak sihat sangat. Durian, nangka, cempedak semua ada kandungan gula tinggi. Aku paling suka nangka, tapi aku sedang cuba memastikan aku tak dapat kencing manis, jadi aku elakkan terus. Benda yang was-was ni, kita elakkan. Memandangkan buah-buahan dengan kandungan gula melampau boleh memudaratkan, aku elakkan terus. Pergi mampus. Aku tak beli. Tak mampus pun (lagi) kalau tak makan.
- sayur-sayuran cruciferous. Erm. Susah nak explain. Beli je la sayur bebanyak.
- dada ayam. Jangan lupa buang semua kulit dan lemak dia.
- daging tanpa lemak Australia/New Zealand. Aku makan daging import je, yang takde lemak. Bahagian lembu yang takde lemak, cuts dia dipanggil: tenderloin. Harga memang paling mahal antara semua daging, tapi sebab tu aku makan daging sekali seminggu je pun. Daging tempatan, walaupun cut sama (tenderloin = batang pinang), lemak dia still banyak. Aku pernah proses batang pinang dua kilo kat dapur mak aku. Aku tau la bahaya dia. Kalau dah sakit jantung tu, beli daging Australia je la. Fuck off daging tempatan. Biar orang tak kena sakit jantung/stroke pergi makan daging tempatan.
- beras perang
- oats
- rolled oats
- steel-milled oats
- badam
- psyllium husk
- roti wholemeal
- low-fat milk with sterol (sterol ni macam klorofil la. Kalau tak mampu, makan rumput tu ha).
- agave nectar. Dulu aku makan madu. Sekarang aku dah beralih ke agave nectar sebab glycaemic index dia rendah dan rasa manis dia lebih intense.
- apple cider vinegar (terbukti boleh menurnkan kolesterol)
- bawang putih
- bawang merah
- halia (khasiat bawang putih, merah dan halia serta cara memakan akan dibincangkan dalam entry akan datang)


Summary: Aku mengamalkan diet Sekolah Kung Fu Serat Tinggi. Kelebihan pemakanan macam ni ialah penurunan kolesterol dalam darah dan penjagaan kadar indeks glycaemic yang sederhana. Tujuan besarnya ialah mengelak serangan sakit jantung lagi, ataupun stroke, sambil memastikan aku tak dapat kencing manis.

2. Hikmat Masakan Orang Nak Mampus

Kalau dah sedar diri nak mampus, jangan goreng atau masak makanan macam dulu. Aku cadangkan EMPAT jurus masakan SAHAJA:

A. Rebus
B. Bakar
C. Kukus
D. Gaul (Salad)

A. Rebus

Ini termasuk tumis air. Resepi semua ada kat beberapa post kat bawah blog ni. Rebus je semua. Simple. Senang. Sihat. SSS. Asses.


Sekadar Hiasan


Basically, untuk sayur: tumis bawang putih, masukkan air, masukkan garam Perancis (sikit je), masukkan sayur, tunggu 5-10 minit. Abis.

Untuk sup ayam: tumis bawang merah dan halia, masukkan air, garam, bunga lawang, dada ayam, tunggu 5-10 minit.

Pakai jurus merebus ni,buat kari, kurma pun boleh.

B. Bakar

Aku baru beli grill. Bukan grill la, tapi double-sided pan. Brand Happycall.

Ari ni aku masak apa orang Kuantan panggil grilled chicken breast with aubergine, button mushroom and onion. Orang KL panggil: ayam panggang dengan cendawan dan terung.

Nak pakai grill ni ada trick dia, kalau nak kekalkan sihat.

Pertama sekali, masukkan minyak yang ko pakai (untuk grill, aku pakai minyak zaitun) dalam spray bottle.





Ini memastikan, bila ko pakai minyak ni, ko tak pakai lebih. Biasa kalau Melayu masak, dia main tuang je. Tak boleh tuang. Tuang = beruk. Manusia pakai spray je minyak tu. Lagipun, minyak zaitun mahal. Aku beli RM40 untuk 1L kot. Pakaila sikit-sikit acah-acah je.

Tip ni aku tengok kat satu show Oprah Winfrey dulu. Tapi bukan dia je pakai. Gordon Ramsay pun ada tip nak buat vinaigrette pakai botol lebih kurang camni. 

Lepas spray, ko pakai pastry brush atau food brush:



Ni untuk ratakan minyak kat sesuatu permukaan, jadi lepas spray dua tiga kali, dah boleh sapu. Takyah nak spray sampai lima belas kali. Baik tuang je terus.


C. Kukus

Semua benda yang ko boleh kukus, ko kukus je.

D. Gaul (Salad)

Ni paling senang untuk orang pemalas macam aku.

Ambik butterhead lettuce, campak buah yang dipotong, letak dua sudu besar apple cider vinegar dan gaul. Settle. Makan terus. Tak abis? Simpan, makan esok.

Apa benda susah sangat? Pergilah mampus.

Aku ada banyak lagi benda nak share, tips and tricks yang aku dah cuba serta kumpul sejak sebulan aku kena sakit jantung itu hari. Tapi setakat ni dulu la.

Sumber: Semua maklumat yang aku kongsi kat sini aku kumpul daripada kajian asli aku, lebih 20 jam dokumentari pasal pemakanan dan cara memasak sihat di YouTube (kebanyakannya terbitan BBC), juga wikipedia dan jurnal kesihatan tentang sesetengah bahan makanan. Kajian pemakanan sentiasa dijalankan dan penemuan baru akan diumumkan setiap hari oleh saintis. Untuk keterangan lanjut, sila tanya doktor. Aku bukan doktor. Aku pesakit. Nutritionist kat Malaysia ni agak gagal la. Semua tak tau apa yang aku tau. Google pun malas diorang ni.