Monday, September 15, 2014

Resepi Orang Nak Mampus: Salad Campur

Lepas kena sakit jantung yang menyebabkan aku hampir nak mampus, aku dah berusaha menukar pemakanan aku. Antara benda yang aku buat ialah:

A. Dapatkan tidur yang cukup dan konsisten
- ini penting untuk memastikan aku dapat cukup serotonin dan tak mampus sebab tekanan.

B. Berenti isap rokok
- ini bukan pilihan lagi dah.

C. Reformasi pemakanan dengan:

1. Makan makanan serat tinggi.
2. Minimumkan minyak dan kolesterol
3. Minimumkan garam dalam makanan
4. Tukar garam kepada Garam Perancis.
5. Merombak penyediaan makanan
6. Memilih bahan-bahan dengan teliti
7. Mengawal jumlah makanan yang diambil
8. Makan di meja makan dan bukan makan sambil bekerja.


Hari ni aku nak cakap pasal buat salad. Ramai orang Melayu pemalas, bak kata Dr M, dan selebihnya, bodoh, bak kata aku. Jadi aku kongsi cemana nak buat salad.

Bahan-bahannya:

1. Butterhead lettuce



- Ini ialah pasak bumi untuk salad ini. Aku pakai satu kepala salad terus dan memang terlampau banyak dan terlalu kenyang bila dicampur dengan bahan-bahan lain.

2. Red and green coral lettuce/salad thing



- Okay je. Tak payah pakai banyak sangat. Saja nak tambah texture.

3. Capsicum



- Kepelbagaian masa makan.

4. Cherry tomatoes



- Tambah warna pada salad, penuh vitamin C, blablabla. Rasa best gak.

5. Wild rocket - TIDAK DIREKOMEN



- Rasa macam kesing (serangga busuk)

6. Epal hijau



- Epal merah pun okay. Kalau aku malas, aku letak pear.

7. Oren.



- Oren ni belah dua. Satu belah, perah. Sebelah lagi, kerat kecik-kecik.

Dressing: Bragg's Apple Cider Vinegar dan jus oren segar (diperah sendiri).


- Masalah orang Melayu makan salad ialah dressing. Ramai melantak mayonais atau thousand island. Ini menggagalkan salad sebagai hidangan sihat, dan menjadikannya hidangan bodoh terencat yang mengakibatkan serangan sakit jantung, angin ahmar dan mati pucuk.

Dressing yang tinggi kadar lemak, garam dan benda-benda bodoh lain mengakibatkan kesan pemakanan sama sahaja dengan makan fast food.

Kalau nak makan salad dengan mayonais, atau makan apa-apa saja benda dalam dunia ni dengan mayonais, silalah makan kulit ayam goreng KFC, Big Mac dan pizza keju lebih. Juga, buka penutup bekas garam, dan tuang dalam mulut.

Cara-cara memasak:

1. Basuh semua bahan. Buah semua kena potong.

2. Masukkan dalam mangkuk

3. Curah dua-tiga sudu Bragg's apple cider vinegar

4. Gaul.

5. Makan.

Anggaran penyediaan dan gaul = kurang 5 minit.