Aku bermula dengan sarapan, kemudian aku mendapatkan teksi melalui EasyTaxi dan mendapat confirmation pada 10.50. Sambil menunggu teksi, aku check apa wayang yang main hari ni. Pada 10.53am, aku dapati Lucy ada show pukul 11.40am. Aku beli tiket melalui Maybank2U dalam masa 5 minit dan kemudian bergegas turun untuk masuk ke dalam teksi yang membawa aku ke Midvalley
SUSHI
Semalam, aku rasa macam nak makan sushi. Ini sebab aku nak dapatkan asid lemak Omega 3 dengan semua kelebihan dia. Of course, ini disebabkan sakit jantung aku dan maklumat yang aku kumpul untuk memastikan aku tak kena serangan sakit jantung atau angin ahmar lagi sepanjang aku hidup. Jadi, sampainya di Midvalley, aku bergegas ke Sushi King.
Jam tangan aku - jenama Polo (murah!) - menunjukkan aku masuk ke restoran Sushi King pada pukul 11am. Aku ada setengah jam saja untuk makan tengahari sebelum bergegas ke GSC untuk menonton Lucy. Sebelum pergi menonton Lucy, aku perlu mendapatkan bekalan Omega 3 dahulu!
Setakat ni, sumber Omega 3 aku ada dua - tuna dalam tin dan benda yang dicampurkan dalam susu kacang soya aku, menjadikannya kaya dengan Omega 3 dan 6. Dia cakap la. Standard pantauan makanan kat Malaysia ni aku tak confident sangat. Aku boleh botolkan air paip, pastu cakap ini air ada vitamin, hantu pontianak dan kote rimau. Bukan Kementerian Kesihatan ada ujian untuk tentukan sama ada terdapat kote rimau dalam air tu.
Malangnya, tuna dalam tin dituduh oleh beberapa website rujukan aku sebagai berisiko kandungan mercury yang sederhana tinggi. Sumber paling bagus masih salmon.
Malah, tilapia dan keli (juga hampir semua jenis ikan tempatan) ada kandungan lemak tepu yang tinggi. Penyediaan dan cara masakan di Malaysia pula menjadikan hampir semua jenis ikan tak selamat, terutama kalau digoreng dalam minyak kelapa sawit.
Seterusnya, aku nak berenti minum susu kacang soya sebab dia ada phytoestrogen. Aku nak minum low-fat milk sahaja atau skim milk lepas ni. Phytoestrogen memang boleh merendahkan kolesterol untuk lelaki, tetapi bagi aku, apa-apa yang ada nama estrogen melibatkan penumbuhan tetek atau pengecutan batu pelir.
Masalah aku yang lebih besar - secara umumnya, aku tak suka makan ikan. Ini masalah psikologi sejak kecil dan tak akan dibincangkan di sini.
Namun, menghadapi kemungkinan mati beragan jika tidak menangani kebencian aku pada rasa dan tekstur ikan, aku memberanikan diri pergi ke Sushi King setelah mendapati menunya menyenaraikan kandungan kalori untuk setiap jenis hidangan.
Ini penting sebab aku sedang menguruskan pemakanan aku dengan bantuan dietitian UMMC. Aku diberitahu, untuk berat badan aku, aku perlu makan lebih 2000 kalori sehari. Jadi dalam 600-700 kalori untuk satu hidangan besar atau aku juggle supaya tak lebih 2200 kalori sehari.
Satu hidangan nigiri sushi ada 96 kcal:
Kalau dibandingkan, scallops ada kurang kalori (81):
Dan memeranjatkan, Sushi UDANG ada kurang kalori (78kcal) berbanding sushi salmon:
Aku mula musykil dengan data Sushi King, terutama bila aku dapati hidangan Edamame mereka menyenaraikan jumlah kalori yang betul (147kcal, setara dengan jumlah yang diterbitkan saintis di laman web), dan ia lebih tinggi daripada semua yang lain, walaupun antara benda paling sihat boleh kau order kat Sushi King:
Tapi, sebab Raya Haji, aku pun makan edamame, sushi salmon tu, sushi scallops dan yang ini:
Chuka Kurage atau ampai-ampai jeruk antara sushi paling aku suka, walaupun tak sihat sangat.
Jadi, hari ni, aku makan sushi sebagai hidangan tengahari dengan jumlah kalori -yang didakwa oleh Sushi King - 496 kalori. Campur air teh hijau takde gula yang aku minum, aku rasa ada la 500 kalori lebih sikit kot.
Kesilapan ramai manusia, terutama Melayu, ialah fikir kau kena tambah item dalam pemakanan ko. Oh, minyak ikan bagus? Kita makan ikan banyak-banyak, on top of apa kita makan hari-hari!
Atau: Oats bagus? Kita makan oats on top of apa kita makan hari-hari!
Ini nama dia: bodoh. Benda-benda tu untuk ganti apa sampah yang kita makan setiap hari. Kalau makan ikan bagus sebab ada asid lemak Omega 3, maka kita sepatutnya tukar ayam atau daging yang kita makan dengan ikan.
Kalau oats bagus, maka kita jangan makan nasi, sebaliknya ganti dengan oats. Kalau madu atau agave nectar bagus, buang semua gula dan pakai agave nectar SAHAJA. Aku dah buang SEMUA gula dan garam kat rumah aku, termasuk semua jenis sos dan kicap. Yang ada sebagai sumber gula hanya organic agave nectar yang mahal (RM30 untuk 340ml or something), jadi kalau aku nak pakai pun sayang. Sumber garam hanya fleur de sel atau French Sea Salt SAHAJA yang harganya dalam empat kali ganda harga garam biasa (RM8++ sebotol, boleh tahan setahun atau dua tahun, jadi takde le mahal sangat pun muahahaha).
Masalah aku yang tak suka rasa dan tekstur ikan aku atasi semasa makan sushi mentah ni dengan menggunakan wasabi. Aku letak wasabi kat ikan dan aku kunyah, telan, sebelum aku rasa loya dengan tekstur ikan.
Aku rasa, aku boleh makan salmon, tapi kena ada rempah.
Kemudian, aku fikir, "Daripada makan sushi tetiap hari sampai bankrupt, baik aku beli minyak ikan je."
Malangnya, pada masa itu aku terpaksa bergegas ke GSC untuk menonton Lucy
LUCY
Aku sempat sampai ke panggung pada tepat jam 11.40 pagi, kalau mengikut jam Polo aku (bermakna, aku sampai tepat 11.34 pagi, sebab jam tu cepat 6 minit). Ambik tiket kat kaunter, terus masuk - inilah sebabnya aku suka beli kat rumah je tiket.
Di sebelah kiri aku ada sepasang beruk, dan jauh di tengah barisan juga ada sepasang beruk. Beruk-beruk ini asyik bercakap pada beberapa ketika semasa wayang ditayangkan. Ini menyebabkan aku marah! Jadi aku toleh ke kanan, dan menjerit, "SHHHHHHH!!!" sebanyak dua kali sebelum si celaka-celaka yang tidak diajar oleh mak bapak mereka bagaimana nak ada adab tu senyap, tapi hanya untuk sekejap.
Untuk pasangan beruk di sebelah kiri aku, aku menggunakan taktik menjeling dengan pandangan orang gila. Aku berjaya menakutkan mereka dengan renungan kegilaan aku, yang seolah-olah berkata - "Mak bapak ko tak ajar ko adab ya? Tapi mak bapak aku campak aku dalam hutan dan aku dibesarkan oleh SYAITAN JADI KALAU KO NAK MAMPUS MASUK LUBANG JUBUR NERAKA HARI NI, KO BERCAKAP LAGILAH DALAM PANGGUNG, DASAR PUKIMAK ANAK ANJING TAK RETI BASA!"
Filem Lucy ditulis dan diarah oleh Luc Besson. Premis dia agak straightforward dan sedikit lemah. Lucy (Scarlett Johansson) terperangkap dalam situasi yang mendedahkannya kepada sejenis dadah yang menyebabkan otaknya diteroka sampai 100%. Sambil dia meneruskan pengembaraan dengan kemampuan dan bakat baru sebagai seorang yang bijak dan ada kuasa luarbiasa, Morgan Freeman memberi kuliah dan menerangkan teori yang tak betul ini.
Teori manusia menggunakan 10% kemampuan otak hanyalah satu dongeng moden yang tidak diambil serius oleh sesiapa kecuali Luc Besson, Tony Wong (dalam babak-babak awal komik HK terjemahan Dewata Raya) dan mereka yang mahu percaya pada potensi diri sendiri.
Selaras dengan itu, keseluruhan filem Lucy ialah satu power fantasy atau igauan kuasa (?) bagi penonton yang mahu percaya mereka boleh jadi lebih bagus dengan hanya satu dadah yang istimewa.
Bagi aku, sebagai seorang omega-level genius, Lucy tidak mengambil tindakan yang pandai sangat. Dia boleh menidurkan semua orang dalam satu bilik dengan tahap penerokaan otak yang lebih rendah, jadi kenapa dia memilih untuk menggunakan cara lain untuk menangani musuh pada babak lain (mengapungkan mereka)? Ini mesti kes Luc Besson nak buat babak yang dia rasa cool dan popular.
Lagi satu, Lucy membuat kesilapan dengan tidak membunuh Mr Jang lakonan Choi Min-Sik pada awal filem, sebaliknya, memenjarakan pelakon itu selama 15 tahun, kemudian membebaskannya semata-mata supaya dia boleh melakukan sumbang mahram dengan anak perempuannya. Eh, itu filem lain.
Ye, ko tak paham lawak di atas sebab Choi Min-Sik dulu berlakon jadi Oh Dae Su dalam OldBoy |
Tak, Lucy patut bunuh je mamat tu bila ada peluang. Tapi takpelah, sebab kalau tak, babak ketiga filem ni takde adegan aksi dan hanya ada Morgan Freeman bagi kuliah pasal ilmu biologi berdasarkan dongeng yang dah lama dibuktikan palsu.
Lakonan Scarlett Johansson, buah hati pengarang jantung aku (yang sudah luka), sebenarnya agak biasa sahaja. Lakonan Scarjo dalam Captain America: The Winter Soldier lebih best, sebab dalam Lucy, dia cuba mengKeanuReeveskan diri - dan bukan Keanu Bill and Ted, tetapi Keanu The Day the Earth Stood Still.
Apapun, Lucy membuktikan Scarlett Johansson mampu memikul hampir keseluruhan filem berseorangan, jadi aku harap si celaka-celaka kat Hollywood boleh luluskan filem Black Widow yang best.
Morgan Freeman macam dia buat episod Through the Wormhole je. Interchangeable dengan sesiapa yang ada suara best.
Lucy ialah filem yang okay, dan memenuhi keinginan ramai orang yang ada fikiran, "Sebenarnya, aku power, aku ada potensi, cuma aku takde dadah boleh bukak semua kehebatan aku." Fikiran sebegini ada dalam setiap manusia yang umurnya 8 tahun ke bawah. Namun, sesetengah orang sampai ke tua pun akan cuba meyakinkan orang bahawa dia akan buat lagi best "Kalau aku betul-betul serius".
Ini semua melancap tak tentu pasal dan cubaan ego untuk jaga air muka. Setiap kali ko buat sesuatu, kalau kau tak buat dengan sepenuh kekuatan dan kebolehan (setaraf dengan bayaran), maka ko akan mati dalam keadaan rugi.
100% All the way, all the time. Tengok macam aku ni. Sampai sakit jantung sebab intense sangat. Dan kacak.
Anyway, abis tengok Lucy, aku ke farmasi untuk membeli minyak ikan.
Raya Haji di Midvalley
Sampai ke farmasi, aku tengok ada promosi - kalau aku beli minyak ikan dengan harga RM205, aku akan ada bekalan untuk 10 bulan (300 kapsul).
Tetapi, aku tak sure benda ni bagus sangat. Aku nak cuba je dalam 2-3 bulan dulu dan consult doctor aku, kalau ada perubahan.
Promoter kat situ cuba jual aku minyak ikan dengan evening primrose oil. Aku cakap, itu untuk perempuan. Dia balas, lelaki pun boleh jugak maa.
Ye la, boleh jugak, kalau aku nak besarkan tetek. Dan dapat kanser tetek. Kimak punya promoter. Aku paling menyampah orang cuba bagi aku maklumat palsu atau menipu aku. Akulah minda terhebat abad ke-21 ni, berani ko nak sabotaj aku dengan besarkan tetek aku?
Lepas tu dia cuba suruh aku makan minyak ikan dua kapsul sekali gus. Nampak sangat tamak haloba, betina ni.
The American Heart Association mencadangkan pesakit jantung makan 1 gram DHA/EPA sehari.
Ini bermakna SATU pil (1000mg atau 1gm minyak ikan) sudah cukup untuk keperluan sehari. Tak payah lah nak ngengada makan banyak sangat.
Lepas tu, aku beli multivitamins, sebab dengan kawalan pemakanan yang aku jalankan sekarang, aku dah kurangkan gila babi jumlah makanan dan jenis makanan yang aku makan. Ada kemungkinan aku tertinggal apa-apa zat atau vitamin, juga menambah risiko kehilangan nutrien ialah pemakanan serat tinggi aku yang mengeluarkan banyak minyak daripada tubuh.
Kalau aku makan kurang minyak, dan minyak yang masuk pun banyak terbuang, aku mungkin kekurangan vitamin E. Jadi aku beli multivitamin untuk memastikan kandungan vitamin aku okay.
Selepas beli benda-benda ni, aku beli bawang, badam, halia pastu balik rumah. Aku dah tak tahan dikelilingi ramai orang. Dulu pun aku menyampah dengan manusia ni semua, terutama kalau ramai-ramai.
Jadi, Selamat Hari Raya Haji untuk semua orang, tak kira ko sambut ke tak. Kalau aku mati dan tak sempat mintak maaf, ketahuilah, aku tak pernah rasa bersalah atau nak mintak maaf sebab aku tak pernah menganiaya sesiapa dalam hidup aku, kecuali sorang budak yang aku terpecah thermos dia masa umur aku 15 tahun pastu taknak bayar. Apapun, point is: aku tak mintak maaf dan aku tak maafkan sesiapa yang pernah buat dajal dengan aku. Kalau sempat, aku balas. Kalau tak sempat, then what to do? No Sympathy for Mr Vengeance.