Aku tidak tidur selama 48 jam. Sengaja aku memaksa diri sendiri, pasal aku nak delirium Nostradamus, tanpa mengambil peyote.
Pagi tadi, ada kerja. Balik pejabat, kerja lagi, kemudian mengharung sesak lalulintas KL untuk majlis buka puasa. Bukan aku makan pun. Aku datang pasal nak buat kerja. Sambil menyelam, minum air.
Sekarang, 'menyelam' alam siber dan minum air kopi pekat. Tunggu meeting satu lagi.
Aku tak lama lagi (tahun depan), akan masuk umur 30. Aku boleh bosankan semua orang dengan pendapat aku pasal 'state of self-actualisation' yang merupakan hikmat tertinggi komik Prince of Tennis.
Atau, aku boleh buat macam Alan Moore, dan cakap aku berhenti menulis untuk menjadi ahli sihir hitam yang sekarang memuja Tuhan Ular Rom - Glycon - yang menjadi boneka stokin.
Atau aku boleh senaraikan semua 'pencapaian' aku setakat ini. Atau aku boleh senaraikan pera ngai orang yang aku tidak suka. Seperti mereka yang palsu. Mereka yang hanya tahu mengumpat dan membenci.
Tapi, itu semua sudah aku buat, masa aku muda remaja dulu. Aku dah tua. Aku dah malas. Dah liat. Dan itu sahaja yang mampu aku kongsi dengan semua.
Pergi mampus la ko nak berdemonstrasi ke, ko nak cuba buat orang lain rasa cam kimak ke. Ko nak bertanding dalam perlumbaan yang tidak dianjurkan sesiapa dan hanya wujud dalam otak sempit ko.
Kejarlah! Kejarlah syurga yang kau nak. Kejarlah rasa betul pada diri sendir dan betapa salahnya orang lain.
Ya, mungkin orang lain salah. Mungkin aku salah. Mungkin kau betul. Mungkin aku betul.
Yang penting:
ADA AKU KISAH?
CAK.
CAK.
CAK.
Berdepan dengan manusia yang badan-kesakitannya amat tinggi boleh memenatkan. Dan boleh mengaktifkan badan-kesakitan aku sendiri.
Kewujudan aku tidak bergantung pada pertuturan dan pemikiran dan perasaan sesiapa. Kalau Tuhan kata wujud, maka wujudlah aku. Pergi mampus sama pukimak-pukimak semua.
Malah, nak cakap pergi mampus pun, aku dah penat. Aku letih.
Tenaga aku lebih penting digunakan untuk kerja aku yang menimbun. Menimbun pasal aku timbunkan sendiri. Aku timbunkan sesuka hati. Tiada beban batu digalas. Pasal aku ketagih menggalas batu. Takde batu, tak best. Aku memang kena ada batu.
Pasal akulah Sang Elektron. Satu lawan seribu. Hanya berbekalkan kuasa 230,000HP. Mana mungkin melawan Orga(sm), mana mungkin melawan kombinasi Blue Dream dan Raja Ubur-Ubur si pemukul curi yang hodoh dan tak best pasal emo.
Sapa tak baca Pendekar Laut memang tak paham.
Aku kosongkan kepala sebelum bermesyuarat. Pasal taknak cakap sorang-sorang. Tadi, dah menakutkan barista-barista berapron hijau. Pasal aku dah mula cakap sorang-sorang.
Mamat yang sukar dikenalpasti etniknya, mencebet beg kamera dan beg komputer riba, beserta sebuah beg plastik berisi empat kotak rokok.
Aku rasa macam Plastik Man. AKulah rebel yang asal. Mana ada budak sekolah menengah yang mampu melawan kerebelan aku?
Aku ludah di kaki writer's block. Aku kencing di muka koheren. Akulah syaitan penulisan yang bakal menulis tanpa henti sampai masa tetamu aku datang.
Tidakkah kau tahu, yang alamak...sudah sampai daaaa...okeh. Gua chow dulu.