Sudah ada ramai orang cuba buat sesuatu untuk memartabatkan industri komik tempatan. Aku rasa tak layak dipanggil induatri, tetapi wajar digelar 'scene'. Aku tak tau apa perkataan yang boleh ganti 'scene'. Sebab tak cukup besar nak dipanggil industri.
Ada dah dibuat majlis anugerah, pesta, pasar, dan macam-macam lagi. Ini semua okay, tapi sebenarnya scene komik tempatan ketandusan satu benda - data.
Komik tempatan perlukan maklumat pasal 'industri'. Berapa orang artis komik yang ada? Penulis? Penerbit? Berapa ramai yang aktif? Apakah takrifan aktif? Berapa judul yang diterbitkan setahun? Berapa jualan?
Sebenarnya, tanpa maklumat pasal 'industri', apa-apa aktiviti atau program susah hendak dibentuk dan disasarkan tujuannya. Kalau ada duit pun, nak disalurkan ke mana duit tu? Kat member-member sendiri? Baik pergi rompak bank.
Dengan adanya data, kelemahan dan kekuatan scene boleh dikenalpasti. Juga, satu database yang sekurang-kurangnya hampir lengkap boleh menyalurkan kerja kepada mereka yang dalam 'industri', seperti satu guild.
Oh well. Dah lama aku tak menelaah sampel data yang besar.