Monday, January 25, 2016

DnD: Bard Yang Kesuntukan Masa

Aku bermain DnD dengan satu kumpulan geek sejak tahun lepas. Watak aku ialah seorang Bard halfling bernama Bardrolhisham Bidin. Nama timangan: Bard.

Peranan seorang bard dalam sesuatu kumpulan ialah sebagai 'watak sokongan' yang memberikan semua orang bonus ketika bertempur. Tetapi, baru-baru ini, dalam salah satu pengembaraan kami yang membawa kumpulan ke Neraka, Bard telah mendapat sebilah tongkat sakti yang ada sihir lightning bolt tahap tinggi.

Sejak itu, semua lawan yang sukar, jenis raksasa kelas tinggi, ataupun perajurit yang kuat-kuat, semua perlu dibunuh atau dilemahkan dengan tongkat sakti itu. Naga, hantu penanggal, Lunar Nagas, Knight, Warrior, Hydra, semuanya terkesan dengan tongkat sakti.

Tongkat sakti itu sekarang tinggal 22 atau 21 caj sahaja. Selepas habis digunakan, tiada cara untuk caj balik dengan murah. Aku sedang memikirkan dan menyediakan cara untuk mengimbal-balik kegunaan Bard dalam pertempuran sebaik saja caj dalam tongkat sakti itu habis.

Aku sedang mengumpul spell yang boleh digunakan dalam banyak keadaan. Tapi itu tidak cukup. Juga, ilham untuk menggunakan Alchemist Fire sebagai senjata baling belum boleh berhasil sebab kekuatan Bard hanya 5, yang membuahkan modifier -3.

Hmmm...