Thursday, January 28, 2016

Hal-Hal Bosan Penulisan Skrip

Aku nak korang baca email Alfie Palermo kepada Ketua Pengarah Finas ni.

Alfie menyuarakan kebenaran. Selama ini, penulis skrip di Malaysia secara keseluruhannya dilayan seperti hamba abdi pengupas kulit udang di Siam.

Semasa FINAS membuat kenyataan bahawa industri ketandusan skrip yang bagus, hal sebenarnya ialah penjanaan skrip tidak dibuat oleh penulis skrip, tetapi oleh penerbit.

Penerbit fikir skrip jenis rempit buat backflip atas lori sambil Whatsapp "Ucux nx tmn qaw bt ittew" boleh jual dan paksa penulis skrip tulis. Ini antara sebab banyak filem tempatan kalau kau tulis skrip pun, rasa malu nak bagitau orang kau yang tulis.

Untuk mereka yang bergantung sepenuhnya kepada penulisan skrip, pilihan yang ada biasanya ialah: tulis cerita merapu dalam jangkamasa yang amat terhad sebab penerbit nak buat duit sebanyak mungkin, atau mati kebuluran.

Sebab inilah aku tidak pernah menjadikan penulisan skrip sebagai mata pencarian utama aku. Aku bernasib baik. Ramai lagi penulis skrip yang tahu mereka buat kerja bodoh, tapi buat je pasal berdepan kebuluran.

SEMUA rintihan artis atau krew, pasal takde simpanan, insurans, KWSP, penerbit lari, bayar lambat atau tak bayar langsung, juga berlaku kepada penulis skrip.

Makin teruk lagi, penulis skrip juga tiada kuasa dalam menentukan integriti kreatif karya mereka, tetapi selalu dipersalahkan kalau pelakon tak reti berlakon, pengarah jenis ketua kampung melawat kawasan atau penerbit jenis melompat tak tentu pasal dan tak paham yang dia takde taste dan tak layak menentukan halatuju kreatif apa-apa industri, hatta industri katalog barang pencuci tandas.

Bukan semua penerbit bodoh piang, tetapi cukup ramai untuk menjadikan ini satu masalah. Bukan salah diorang je, tapi salah satu industri. Penulis skrip sendiri pun sebahagian masalah ni, kadang-kadang sebab taknak bersatu sokong bila ada penulis yang berani seperti Alfie Palermo yang memperjuangkan sesuatu yang perlu.

Aku kata Alfie berani sebab aku boleh maki sebab aku tak bergantung pada kerja daripada mana-mana syarikat penerbitan atau penerbit. Aku pernah tolak tawaran syarikat gergasi nak beli skrip aku dan diorang terperanjat. Aku pedulittaik? Aku nak pegang hak untuk buat komik berdasarkan skrip filem aku dan itu pun diorang tak bagi, pasal diorang nak pegang semua rights. Jadi aku bagitau diorang, diorang boleh fuck off and die.

Alfie bergantung sepenuhnya pada penulisan skrip. Sebab dia bersuara dengan lantang, ada kemungkinan dia akan disenaraihitamkan oleh sesetengah syarikat atau penerbit. Seruan Alfie agar kita mengikut Writers Guild of America (WGA), selaras dengan negara ini menandatangani TPPA ialah sesuatu yang hanya akan memperkasakan industri filem. Tetapi harganya mungkin mahal untuk Alfie.

WGA menjamin:

1. Hak menentukan kredit dalam mana-mana produksi.

SEMUA kredit di US atau mana-mana negara maju yang bertamadun, tak ditentukan oleh editor atau pengarah mahupun penerbit. Mereka hanya menghantar cadangan kredit kepada WGA yang akan menentukan siapa dapat kredit apa.

Ini menghalang mana-mana pengarah tak sekolah yang meletakkan nama mereka sebagai penulis lakonlayar dan penulis skrip sebagai 'penulis skrip' sebab FFM ada anugerah hanya untuk penulis lakonlayar dan bukan penulis skrip. Malaysia ialah satu-satunya negara yang aku tahu tidak memberi kredit lakonlayar kepada penulis skrip, sebaliknya kepada pengarah. Tak dibuat dek orang, ko tau?

2. 3++% across the board

Penulis skrip dapat 3++% across the board untuk semua duit yang dapat kepada sesuatu IP menerusi apa-apa platform. Ini gross, bukan nett.


3. Menjamin semua hak yang lain

Banyak sangat nak tulis.

Sebab dah ada orang macam Alfie, aku memutuskan untuk kembali daripada persaraan untuk menulis skrip balik, tetapi aku bersumpah:

1. Aku hanya akan tulis skrip kalau aku dapat sekurang-kurangnya apa yang WGA jamin. Ini bermakna aku akan tulis skrip yang hakciptanya aku boleh pegang, atau sekurang-kurangnya 3% of gross revenue across all platforms.

ATAU

2. Aku dibayar dengan lumayan untuk menulis skrip. Lumayan bagi aku dalam lingkungan RM40,000-100,000 untuk satu skrip filem.

3. Kedua-dua syarat di atas bergantung pada pengehadan bilangan draf kepada 3 (nak rewrite lelebih, aku caj) dan terma bayaran yang mengikut cadangan Alfie (pergi baca seruan dia).

Sekarang ni aku tulis skrip komik Nafiri pada hujung minggu dan waktu lapang, juga mula menulis benda lain kalau jalan. Semuanya aku pegang IP/hakcipta. Kau boleh ambil hak aku bila kau bunuh aku dan banish roh aku ke neraka.