Friday, January 29, 2016

Hal Hal Bosan Berunding Dengan Penerbit/Stesen TV

Kepada penulis skrip, biasanya korang akan bercakap dengan penerbit atau stesen TV untuk jual skrip ko. Ini aku senaraikan beberapa benda yang diorang biasa cakap dan bagaimana ko boleh jawab.

Sebelum itu, beberapa cadangan:

1. Tinggalkan dunia produksi.

Rezeki di tangan Tuhan, bukan di tangan industri yang dangkal ini. Pergilah cari kerja lain. Mula berniaga ke, mintak derma keluarga diraja Arab Saudi ke.

2. Lepaskan nafsu untuk melihat karya ke layar

Dunia takkan berhenti berpusing kalau karya ko masuk TV atau masuk panggung. Lepaskan nafsu ini, demi mendapat kekuatan dalam rundingan. Lepaskan semua nafsu lain untuk beroleh kekuatan rohani yang tidak terkalah.

3. Semua orang penipu

Jangan percaya sesiapa pun.

Okay, sekarang kita beralih ke dialog biasa bersama penerbit.

1. "Ko buatlah projek ni untuk exposure. Boleh letak dalam CV ko. Jadi, harga ko tak payah tinggi sangat sekarang, nanti naikkan kadar bayaran ko, bila ko dah power nak mampus."

Terjemahan: "Jadilah hamba abdi kepada kami dengan bayaran seperti kena rogol kat lubang jubur."

Bila ada penerbit cakap camni, bangun dari kerusi dan mula berjalan ke kereta/stesen LRT/motor. Start motor, blah dan jangan sekali-kali toleh ke belakang. Kalau ko toleh, ko akan nampak pernbit tadi jadi hantu penanggal nak isap darah ko.


2. "Kitorang takleh bayar ko lebih atau bagi ko percentage sebab stesen TV yang menindas kitorang dan ambik semua hak."

Terjemahan: "Kalau ko berani, pergile saman stesen TV yang ada lawyer ramai gila tu. Ini bukan salah aku, walaupun aku perdulittaik pasal hak ko. Aku nak duit je. Ko boleh pergi mampus la."

Kalau dia cakap macam ni, ko terus book flight ke Siam, ko jadi hamba abdi pengupas udang. Sesungguhnya hidup sebagai hamba abdi pengupas udang mungkin lebih baik daripada jadi penulis skrip.

3. "Ko kena paham, kitorang dah keluarkan duit. DUIT! Ko paham tak kitorang dah keluarkan DUIT? Kitorang buat suatu kerja yang murni sebab melaburkan sesuatu yang kau takda."

Terjemahan: "Dengan nama Ringgit Malaysia yang Maha Hebat lagi Maha Kacak. Tiadalah Tuhan melainkan Ringgit Malaysia."

Sebenarnya, usaha dan idea kau sebagai penulis juga satu pelaburan dan satu aset. Masa yang kau sumbang untuk membuat apa-apa juga ada nilai. Dan duit stesen TV atau syarikat penerbitan bukanlah istimewa sangat sebab kau boleh dapatkan duit yang sama, mungkin dalam jumlah lebih banyak, kat tempat lain.

Dan sememangnya biasa untuk syarikat atau individu melaburkan duit ke dalam sesuatu projek untuk mendapatkan sebahagian daripada pulangan, biasanya bukan SEMUA pulangan. Jadi melaburkan duit bukanlah benda yang macam makhluk asing merogol anjing di lubang jubur di tengah hari.

4. "Kitorang je yang melabur dalam produksi tempatan. Kitorang je yang membela nasib produksi tempatan."

Terjemahan: "Hisaplah kote kami."

SEBENARNYA, semua stesen TV perlukan pengisian tempatan. Local content. Kalau kau ada data penyiaran, rangkaian yang menyiarkan pengisian antarabangsa (kalau ditolak bolasepak), angkanya agak kecil.

Aku kira-kira bodoh yang content antarabangsa di TV menarik lebih kurang 300-500 ribu orang sahaja. Netflix ke Malaysia, hanya relevan untuk beberapa ratus ribu orang.

Rangkaian TV yang menyiarkan pengisian tempatan pula mencecah angka penonton berjuta. Sebab itu Netflix/iFlix pun sudah mula mencari rancangan tempatan, begitu juga HBO Asia atau apa-apa yang lain.

Masa depan SEMUA stesen TV ialah pengisian tempatan. Oleh itu, pengeluar pengisian tempatan sebenarnya memegang telur semua orang dalam tangan.

Alihkan semua pengisian tempatan sama ada ke Netflix/iFlix atau mana-mana syarikat yang mahu bertapak di Malaysia, dan secara perlahan-lahan (5-15 tahun), kita akan lihat kehancuran.

Juga, alihkan semua pengisian tempatan ke platform lain seperti YouTube dan jual di situ. Adalah tidak mustahil, pada hari ini, untuk menjual pengisian di platform Internet dan meraih jutaan ringgit. Bukan bermaksud senang - boleh tekan butang dan tetiba jadi kaya, tetapi ini hanya salah satu saluran untuk usaha.

Dengan wujudnya ASEAN Economic Community (AEC) dan perjanjian TPPA, pengeluar pengisian tempatan atau pengisian rantau dalam posisi yang agak baik.

AEC membuka pasaran kepada Asia Tenggara yang ada setengah billion penduduk. Belum ada mana-mana entiti atau individu yang mengusahakan platform pengisian yang mampu menangkap pasaran ini, tetapi aku fikirkan hanya perlu tunggu dalam 5 tahun untuk sesuatu seperti YouTube berbayar rantau Asia Tenggara.

Entiti pengisian seperti HBO Asia dan studio pengisian dan pengedaran seperti Legendary pun sudah mula melabur dalam local content dan online content. Sesetengah projek itu sudah menjana keuntungan berpuluh juta dolar US dengan kos yang rendah.

Kita sekarang berada pada titik pusingan kuasa untuk pengisian, apabila dunia sudah mula melangkah ke alam baru. Apa yang aku impikan pada 30 tahun yang lalu dan apa yang aku hadapi 10 tahun yang lampau sudah banyak berubah.

Mari kita lihat apa akan jadi dalam gerak perlahan.