Entah kenapa, sebaik saja aku meletakkan jawatan kat Media Prima pada bulan April, sampai sekarang tak kurang daripada tiga syarikat berbeza dan beberapa rakan yang bertanya kepada aku soalan ini:
"Bagaimana menembusi pasaran Melayu?"
Jawapan aku biasanya: "Kalau aku tahu, aku dah kaya dan dah bersara."
Industri kreatif di negara ini, contohnya, disokong hampir sepenuhnya oleh satu bahagian kecil orang Melayu.
Kita ambil muzik. Siapa beli album, download ringtone, pergi konsert artis tempatan, tak kira la bangsa artis tu apa?
Orang bandar yang mendabik dada intelektual dan pandai, bijak serba-serbi dan mahukan "sesuatu yang boleh 'dibanggakan'", pernahkah membeli mana-mana album artis tempatan?
Jualan album muzik jatuh merudum, kalau dibandingkan dua tiga dekad lepas. Dulu, kalau nak dapat piring emas, kena jual paling kurang 50,000 unit album. Lagi lama dulu, 100,000 unit. Sekarang? 20,000 unit terjual pun dah dikira berjaya nak mampus.
Aku bukan orang pertama cakap pasal benda ni. Ramai dah wartawan hiburan yang tulis.
Orang bandar? Orang bandar, dengan Unifinya, YES4G nya, aku fikir kebanyakannya lebih suka download secara haram. Duit ada, nak download halal ada, tapi buat apa nak bagi duit kat artis? Tak standard la, dengar muzik tempatan.
Jadi yang beli, orang kampung takde internet.
Filem Malaysia? Siapa pergi tengok? Siapa yang masih pergi tengok filem tempatan? Rempit, pondan, bebudak. Ko hantarlah print filem ke pawagam kat bandar-bandar - sapa nak belanjakan wang ringgit, habiskan masa sejam lebih tengok cerita kau?
Orang kampung jugak yang bersemangat. Orang bukan-KL. Masa Merong tayang kat pawagam dulu, aku follow dari jauh perkembangan kutipannya. Setiap minggu, Norman KRU buat video, macam nak announce puasa, pasal kat mana kutipan yang bagus.
Aku ingat lepas 2-3 minggu, Pahang, Johor, Kedah, Putrajaya dan kawasan yang dekat dengan Shah Alam (Klang) yang tak ada pawagam tapi ada 69% Melayu (terima kasih, GE13) yang banyak lagi orang tengok.
Masa Kil baru-baru ni, aku dengar kat Alamanda Putrajaya hampir penuh, tapi kat Cheras tiga orang je dalam panggung.
Kalau kita lihat KL Gangster - box office terbesar dalam sejarah filem tempatan - RM12 juta lebih kurang - kita dapat menelaah yang daripada 1.2 juta tiket terjual (lebih kurang), kita ada mungkin maksimum 500 ribu penonton filem tempatan (lebih kurang).
Daripada jumlah 28 juta penduduk, 500,000 orang ni lah ko nak harap datang tengok filem kau, dengar muzik kau, baca buku kau. Siapa 500,000 ni?
Aku percaya, 500,000 ni mereka yang masih sukakan hiburan tempatan. Mereka inilah yang membanjiri shopping mall bila ada Jelajah ABPBH, yang berpanas kat padang masa JomHeboh dan kempen Jelajah Janji Ditepati. Juga Marhaban Astro, Gempak Astro, Pesona Bersama Bintang dan lain-lain.
Aku sempat follow JJD dan ABPBH dalam masa dua tahun, dan aku nampak betapa bersemangatnya diorang ni. Diorang ni la yang rempuh pintu kaca PWTC pada tahun 2003/2004 masa reveal peserta Akademi Fantasia musim pertama kali pertama selepas show tu hit. Sampai pecah.
Aku suka tengok langkah pemasaran WWE - World Wrestling Entertainment (dulu WWF) - sebab aku amat menghormati langkah yang mereka ambil untuk memasarkan sesuatu yang dulunya hanya ada segelintir peminat tegar yang rata-rata datang daripada kelompok miskin US.
WWE sekarang bernilai US$1.7 billion. Ya. Billion. B. Sapa kata gusti tu bodoh? Ko? Ko ada US$1.7 billion? Kalau takde, ko lagi bodoh daripada gusti.
Empayar WWE merangkumi permainan video, filem-filem murahan (tapi berjaya buat duit macam siri Marine, 12 Rounds, etc) barangan seperti t-shirt, topi, sarung tangan buih plastik besar.
Asas WWE ialah roadshow diorang, sebab gusti ni mula popular sebagai sebahagian karnival atau pesta atas tanah yang rata-rata penuh penipuan.
Diorang dulu hanya bergantung pada kutipan tiket peminat-peminat fanatik yang begitu teruja bila penggusti datang ke tempat mereka. Dan WWE secara tak malunya mempromosi benda-benda sensational seperti pergaduhan suami isteri, krisis keluarga, dendam kesumat, berebut bekas abu dan pelbagai elemen bangang, tapi menjadi.
Hasilnya, WWE diterima di hampir setiap negara dia lawat. Orang ramai berpusu-pusu membeli tiket, melemparkan wang mereka untuk tengok orang dewasa lawan acah-acah sambil menari di dalam gelanggang.
Seperti kata-kata Executive Vice President of Talent Relations, Triple H (Paul Levesque) bila ditanya kenapa produknya diterima di semua tempat, "Kami menjual cerita, dan cerita kami amat mudah difahami - dua lelaki, seorang baik dan seorang jahat, masuk ke gelanggang. Seorang keluar sebagai pemenang, seorang keluar sebagai orang kalah."
Aku rasa apa yang kita boleh ambil daripada WWE ialah mereka mencipta satu produk yang dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat. Maaf, hampir semua lapisan masyarakat. Orang bandar kat Malaysia yang sungguh genius dan tak menonton gusti sebab hanya orang bodoh menonton gusti takkan terlibat dengan pengalaman WWE. Mereka sungguh genius sampai semua rata-rata ada duit melebihi US$1.7 billion dalam akaun bank mereka.
Ini ialah jawapan aku sendiri kepada industri kreatif yang aku minati - aku ingin membuat karya yang berfungsi pada lapisan yang banyak. Kalau rempit nak tengok, rempit happy. Kalau pondan tengok, pondan happy. Kalau intelektual tengok, golongan intelektual boleh pergi mampus sebab intelektual kat Malaysia ni sama taraf dengan bulu kat lubang jubur taik aku je.
Satu perkara lagi - perkauman. Selama 40 tahun lebih, industri filem Malaysia dah jadi industri filem Melayu. Dibuat oleh orang Melayu, untuk orang Melayu. Jadi aku tak pelik kalau orang bukan Melayu bolayan dengan filem Melayu. Apa ada dalam filem Melayu untuk mereka?
Soalan sama boleh ditanya untuk golongan orang bandar yang ada duit melebihi US$1.7 billion ni semua. What's in it for them? Ini wajar ditanya sekiranya ada penggiat karya kreatif yang mahu membuka segmen baru pasaran dengan menarik pelbagai audience baru yang dulunya tidak menonton filem Malaysia.
Kalau filem macam KL Gangster ialah wish-fulfilment untuk mat rempit dan watak-watak dalam tu ialah superhero bagi rempit, dan Ombak Rindu ialah wish-fulfilment untuk wanita Melayu punya rape fantasy dengan Maya Karin seorang superhero gadis bertudung yang sanggup menundukkan seorang perogol menjadi lelaki baik hanya dengan menjadi mangsa - apa karya kau boleh beri pada golongan yang tak tengok filem tempatan? Sesuatu yang The Avengers tak boleh bagi?
Daripada kau tanya aku, macamana nak tembusi pasaran Melayu, baik kita semua tanya diri sendiri - macamana nak tembusi pasaran Malaysia.
Apakah jawapannya? Kalau aku tahu, aku dah ada US$1.7 billion. Tapi, tak salah untuk mencuba, malah digalakkan dan dialu-alukan. Aku pun mahu melihat industri kreatif berkembang.