Monday, July 15, 2013

Team Jongang: Sakit Gigi dan Isu Alvivi

Aku tak puasa hari ni, jadi aku nak maki orang bodoh.

Selepas tiga hari sakit gigi, aku baru jumpa dentist hari ni. Doktor gigi aku cakap aku punya pre-molar belah kiri aku mungkin baru nak kena jangkitan, sebab tampalan kat situ dalam sangat.

Dia bagi dua pilihan rawatan:

1. Ambik antibiotik selama lima hari

ATAU

2. Buat root canal kat gigi tu.

Dia syorkan aku ambik antibiotik dulu, mana tau kalau-kalau jangkitan tu boleh dicegah dan dipulihkan dengan hanya antibiotik yang agak hebat (mahal). Kelemahan cara ni ialah aku tak boleh puasa selama lima hari.

Whatever la, bro. Aku sekarang ada sebab kukuh untuk tak berpuasa - aku tengah makan antibiotik. Dan aku bersyukur, gigi aku masih agak sempurna, kalau dibandingkan dengan gigi Vivian daripada kumpulan pelawak kurang ajar Alvin dan Vivian, juga dikenali sebagai Alvivi. Aku panggil diorang Team Jongang.

Team Jongang dulu menggemparkan dunia orang yang tak pernah tengok porn dengan buat sex-tape sendiri. Aku dah tengok video lucah tersebut dan aku hanya ada komen ini: industri perfileman Malaysia masih di takuk lama.

Kemudian, selepas menerangkan yang mereka mahu 'famous' macam Kim Kardashian, Team Jongang masih tak famous lagi. Aku syak ini pasal gigi jongang, tapi mungkin jugak sebab orang Malaysia masih lain daripada orang US, dan Team Jongang, seperti biasa, tidaklah sepandai yang mereka berangankan.

Aku tak pernah endahkan Team Jongang, sebab aku faham apa yang mereka mahu lakukan - mendapatkan perhatian dan dengan itu menjana wang. Kalau akaun YouTube, Twitter dan Facebook mereka mendapat beratus ribu subscriber, mereka boleh dapat RATUSAN ringgit! Pakcik (Jongang) Kayooo!

Aku juga mahu mempertahankan hak bersuara mereka dalam negara yang kadang-kadang ada kebebasan bersuara ini. Ini, walaupun aku tak bersetuju dengan apa yang mereka suarakan - sebuah video lucah berkualiti rendah oleh dua ekor yang sangka mereka pencetus revolusi, penggempar industri! Huh! Daru 9-2! Eh, sorry, tersasul.

Jadi, reaksi aku pada masa itu sama dengan ramai warga Malaysia yang lain - pergilah mampus. Ko nak tayang puki dan konek tak seberapa dengan teknik kelamin picisan itu, silakan. AKu takkan bazirkan bandwidth kurniaan Kerajaan (Ooooo, terima kasih, Kerajaan!) pada aku dengan memuatturun satu produk yang jauh tidak berkualiti kalau dibandingkan karya lucah Roman-Nikkatsu di Jepun dan gelombang Category III di HK.

Gagal menarik minat masyarakat Malaysia dengan video lucah jongang,  tidak dicalonkan dalam Anugerah Bintang Popular, Festival Filem Malaysia, mahupun menjadi artis Mentor, Team Jongang dalam keadaan seperti telur (puyuh) di hujung tanduk (kambing).

Mereka buat satu posting di Facebook, tunjuk diorang tengah makan Bak Kut Teh (sup babi), dan mengucapkan Selamat Berbuka Puasa kepada semua Umat Islam, dan cuba 'mempromosi' Bak Kut Teh kepada orang Islam Malaysia.

Bila orang mula marah, aku bagitau kat semua yang sanggup mendengar leteran aku - "Diorang ni cuma nakkan perhatian, jadi jangan bagi perhatian. Biar dia mampus takleh join AF musim baru."

Juga, atas dasar kebebasan bersuara, aku fikir Team Jongang wajar diberikan ruang untuk menjeritkan mesej mereka yang cuba mengapikan sentimen keagamaan. Di bulan Puasa.

Biar je. Aku fikir reaksi pandai untuk Team Jongang hanya ada dua:

1. Biar je dia nak buat statement-statement macam tu. Rekod, buat poster besar-besar, jaja kat setiap pelusuk Malaysia. Ko nak famous, kan, Team Jongang? Kami boleh buat kau famous nak mampus. Biarlah Team Jongang menjadi simbol kekurangajaran sesetengah rakyat Malaysia. Moga mereka hidup selamanya sebagai peringatan kepada semua. Patut buat tugu untuk Team Jongang. Patut masuk muzium. Atau zoo.

ATAU

2. Ambil tindakan sekeras-kerasnya dengan semua undang-undang yang ada. Kalau tak cukup, letak dua kilo heroin dalam spender atau belakang gigi Team Jongang. Hukuman gantung mandatori. Nak buat, buat betul-betul.

Malang tidak berbulu, orang Malaysia mengambil jalan tengah. Diorang buat laporan polis. Je. Team Jongang patut jumpa MCMC pagi tadi, tapi mengekalkan tema kurang ajar, datang lewat 45 minit.

Haih.

Kau nak buat apa, MCMC? Huh? PDRM? Takde senario yang aku fikir akan menguntungkan ko.

Malaysia terlepas peluang mengabadikan Team Jongang sebagai simbol pemodenan negara. Dan tindakan Team Jongang merosakkan perjuangan kebebasan bersuara apabila pihak konservatif akan menggunakan mereka sebagai senjata melawan pihak liberal (yang betul, bukan yang main-main penipu macam bebudak URBAN sekarang).

Tengok macam aku. Bila gigi sakit, aku tak mengambil jalan tengah, sebaliknya memilih antara dua langkah yang logik. Sebab apa? Sebab aku pandai. Ya, bila aku cakap aku pandai, maknanya aku cakap ko bodoh.