Lepas pilihanraya, Melayu-Melayu jenis beruk mula melompat-lompat dan terjerit-jerit propaganda perkauman supaya jangan beli barangan Cina. Sekarang, mana boikotnya? Mana hayunan duit ke arah orang Melayu? Aku rasa boikot ini gagal.
Aku membantah sejak dulu sebab:
1. Ini perkauman.
Perkauman dalam apa saja segi, tak bagus. Tak baik. Bodoh.
2. Aku pun Cina
Rakan niaga aku ramai Cina. Aku bekerja dengan ramai orang Cina. Ahli keluarga aku ada yang Cina. Nama keluarga Cina aku Fong. Jadi nama Cina aku, kalau DAP menang Malaysia ialah Fong Sai Yuk. Atau Lip Fong (Penjejak Badai). Sebenarnya, nama Penjejak Badai Lip Fung, dan nama Cina aku tak bermaksud 'angin', tetapi lebih kurang 'kuda'. Tapi boleh la kot?
3. Usaha boikot ini pasti akan gagal.
Aku tak suka buat kerja sia-sia/bodoh. Semua benda aku buat, ada sebabnya dan ada peratusan kejayaannya.
Boikot ini akan gagal. Pasal apa? Pasal matematik.
Sebab tumpuan Melayu pada pembiakan dan usaha dengki mendengki selama beratus tahun, kaum Melayu hanya dapat meraih kurang daripada 20% ekonomi Malaysia. Bergantung pada laporan mana kau percaya, ada meletakkan angka ini pada kurang 15%.
Ini bermakna, kalau Malaysia ada RM100 billion, Melayu cuma ada kurang RM15 billion. RM15 billion inilah kalau kau nak beli makanan, beli kereta sport-rim besar, beli spek itam untuk jalan-jalan usha awek dalam shopping mall.
Kuasa beli orang Melayu cuma paling hebat pun 20% daripada nilai pasaran. Memang ada beberapa industri yang memang bergantung pada orang Melayu. Industri hiburan tempatan, misalnya. Industri SMS. Apa lagi?
Kalau kau ambik industri filem la, contohnya. Orang Malaysia membelanjakan RM600 juta kat pawagam tahun lepas. Daripada jumlah itu, hanya RM97 juta untuk filem tempatan. (Sumber: FINAS).
Bagi aku, industri yang menjadi tunjang ekonomi Malaysia seperti carigali minyak, pembinaan, sektor perindustrian, semua tidak bergantung sepenuhnya atau dipengaruhi oleh duit orang Melayu sangat.
Fokus utama yang menjadi ikon boikot ialah roti jenama Massimo. Roti Massimo menjadi tumpuan kebencian orang Melayu. Belilah roti Gardenia, sebab Melayu punya.
Ceteknya pandangan kau.
Pandulah kereta Toyota atau Honda yang kau gunakan untuk menunjuk pada jiran Melayu kau yang membeli Proton Saga ke kedai 7-Eleven demi membeli roti Gardenia, dan baliklah ke kawasan perumahan kau yang kemungkinan besar dibangunkan dan dijual kepada kau oleh pemaju Cina. Dalam semua transaksi ini, kau hanya beli roti je yang berharga RM3-RM4. Itu aje bisnes Melayu. Yang besarnya - kereta, rumah, kedai - semua Cina punya.
Mana kau nak lari, kalau kaum Cina dah memiliki dalam 80% ekonomi Malaysia?
Aku cakap semua ni, sampai hilang suara aku. Ada beberapa orang Melayu datang jumpa aku, marah. Aku cakap Melayu beruk, dia marah. Diorang marah aku dengan terjerit-jerit, sama macam beruk.
Aku faham, diorang marah. Marah sebab kena pelempang semasa pilihanraya. Ego tercalar. Kejantanan dicabar. Hahaha. Jantannya. Macam beruk.
4. Ada cara yang lebih bagus
Aku rasa Melayu-Melayu ni semua harus muhasabah diri dan mengakui kelemahan diri sendiri serta bertanggungjawab pada 'dosa-dosa' sendiri selama ini.
Perkauman itu bukan jalan penyelesaian, mahupun jalan yang baik.
Aku rasa semua Melayu perlu gunakan otak untuk berfikir pasal diri sendiri. Lepaskan isu dan beban kaum yang dipikul, kemudian mula berfikir untuk diri sendiri. Perkasakan diri sendiri, bukan nak jahanamkan orang lain.
Aku dah berbuih mulut macam Shabery Cheek cakap pasal apa yang Melayu perlu perkuatkan. Dr M dah menangis berkali-kali, dan dengan pemerintahannya selama 22 tahun pun gagal mengubah pemikiran Melayu ke arah yang lebih baik.
Aku peminat tegar Dr M, namun aku pun harus mengakui yang ada beberapa langkahnya mendodoikan orang Melayu sampai jadi lemah. Ini bukan salah dia sahaja, tetapi salah dan tanggungjawab semua.
Bila aku cakap kat kawan-kawan Melayu aku sendiri supaya menggunakan otak dan berfikir untuk diri-sendiri, rata-rata diorang memberi reaksi macam itu kali pertama diorang terjumpa idea itu.
Aku mengkritik tumpuan Melayu pada pembiakan, telah menyinggung perasaan ramai. Aku cakap kalau nak ada anak, kena ada cukup duit untuk hantar dia ke universiti - satu pemikiran yang biasa dan logik - pun kena maki.
Ramai Melayu tau beranak, pastu takde duit nak jaga. Takde masa nak jaga. Harapkan orang lain. Dia nak anak tu jaga dia. Ini pemikiran tahap beruk, bukan tahap manusia.
Ada beberapa usahawan Melayu aku jumpa, lagi Cina daripada Cina. Bukan daripada segi yang positif, tetapi negatif. Bayar 50 sen, nak Ferrari. Butuh mak kau.
Mesej aku simple - tak kira la kau Melayu ke, Cina ke, India ke. Demi negara ni, semua kena perkasakan diri sendiri. Lebih-lebih lagi lepas PERKASA dan Kelab Isteri Taat terbukti gagal segagal-gagalnya.
Pergi mampus sama ahli politik tu semua dan wannabe ahli politik. Fuck off Malay Apologists. Mereka yang bertopengkan Islam untuk dapat duit dan puki semua anak-anak anjing betina.
Tak usah fokus pada isu Melayu. Perhebatkan diri sendiri, macam aku - Genius Terhebat Alaf ke-21 dan Best in the World.