Semalam, member aku yang dok luar negeri tanya aku, kenapa pengkarya kreatif tak buat itu atau ini, seperti mempopularkan diri dan hasil kerja yang ikhlas kat YouTube sebelum studio-studio besar Amerika atau Eropah bayar diorang US$200 juta untuk buat filem atau animation.
Soalan-soalan dia mengingatkan aku masa aku muda-muda dulu. Masa aku fikir, kalau aku bagi idea aku je, DC Comics akan ambik aku kerja. Pastu bila jumpa Neil Gaiman kat SDCC - San Diego Comic Con - dia akan melutut pegang kaki aku pastu lempang diri sendiri, menjerit-jerit, "I'm not worthy! I'm not worthy!" sambil berikan aku semua hakcipta untuk komik Sandman.
Berbekalkan keyakinan diri yang jitu, aku pernah hantar idea dan skrip, cerpen ke syarikat-syarikat antarabangsa, masa umur aku 19 tahun sampai aku grad pada umur 23. Ramai gak member-member aku yang cakap diorang nak buat benda yang sama.
Malangnya, diorang tak pernah buat. Aku je yang terhegeh-hegeh pergi rumah awek member aku print thesis dan beberapa cerpen yang aku hantar untuk masuk slush-pile beberapa penerbit di Amerika. Aku hantar pakai internet, bagi yang ada alamat email.
Aku rasa, kenapa aku je yang hantar dan member-member aku masa tu tak hantar, adalah pasal tujuan yang berbeza. Masa aku tanya, member-member aku semua cakap diorang nak disanjung, dihormati dan dipandang tinggi. Itu niat dan tujuan mereka menulis. Aku cuba menerbitkan karya aku, pasal aku nak karya aku dibaca.
Kalau kau mahukan sanjungan dan orang puji kehebatan kau, fokus kau bukan pada mencari tempat untuk cerpen, novel, atau komik kau. Fokus kau pada benda lain. Tapi, kalau aku cakap itu, maksudnya aku judgmental. Apapun, ini cerita pasal aku dan 'feeling-feeling' aku.
Aku kena reject. Dengan gembiranya aku baca semua email dan surat yang dihantar oleh editor-editor Amerika - mat salleh, yo! - yang membaca cerpen-cerpen aku dan beritahu aku aku tak sepatutnya hantar cerita seram kat publisher sci-fi, atau cerita fantasi kat publisher novel remaja.
Hahahaha. Masa tu aku dah buat kesilapan yang paling hebat - tak peduli orang. Usain Bolt nak berlari 100M ni. Aku cuba jual kat dia bobsled. Berlari bawak bobsled akan menyebabkan Usain Bolt tak layak ke akhir sukan Olimpik.
Balik ke soalan member aku tu, aku bagitau dia, memang ada orang Malaysia buat benda kat Youtube, pastu Volkswagen bayar diorang suruh buat video kat Youtube. Ada gak sorang mamat Mexico ke mana ntah, dia buat short video kat Youtube yang mengakibatkan idea, konsep dan kepakarannya dibeli oleh studio besar Amerika. Ada satu filem ni, start kat dalam forum, dengan beberapa orang duk wanking pasal cerita kereta kebal lawan samurai, akan dijadikan movie.
Jadi, memang tak mustahil. Soalan yang aku lempar balik, siapa nak buat?
Terus-terang aku cakap, beberapa tahun lepas, aku dah jaded. Aku jadi orang tua. Aku taknak menulis dan aku dah tak suka menulis. Aku dah takde impian. Aku jadi macam member-member aku yang sama-sama menulis dulu, yang tak pernah hantar penulisan diorang.
Masa tu, aku dah meluat. Aku dah malas.
Kalau dah nama industri, pemacu utamanya, duit. Aku dulu duduk dan mendengar syarahan, ucapan dan pidato ramai pengkarya, penerbit, pemilik stesen yang cakap betapa mereka hargai cerita-cerita yang bagus, watak-watak yang berlapis dan kerja yang halus.
Pastu bayar murah, mengakibatkan ramai penulis seangkatan berenti menulis, masuk kerja gomen, jual burger, bukak kedai makan. Beberapa projek member yang menjadi, dah macam kena rogol sampai robek jubur.
Ramailah pulak conmen dalam industri. Kaki kelentong tak tahu malu. Tapi, itu cerita lain.
Aku bertahan dengan semua ini. Aku buat kerja-kerja yang bagi aku duit untuk terus hidup. Aku memang ada dunia wartawan aku, pastu aku masuk pendidikan, jadi pensyarah, pastu aku masuk dunia korporat. Sampai last-last aku fikir, baik aku jadi tokoh korporat je.
Dunia korporat pun, bukan dunia yang mudah. Chewah! Sebagai tokoh korporat, aku harus sentiasa bersabar dan dunia penulisan kreatif banyak mengajar aku untuk bersabar.
Lari ke dunia korporat, memberikan aku masa untuk mengatur kembali pernafasan. Aku dulu stress pasal karya aku, dan pasal mana nak cari duit sampai tiga tahun kena insomnia. Muahahahaha!
Aku duduk dan aku belajar falsafah New Age oleh Eckhart Tolle, demi mencari jalan ke arah ketenangan. Aku membuat latihan pernafasan, dan aku bertafakur.
Lepas tu aku tengok balik filem Jepun Rajio no Jikan atau 'Welcome Back Mr McDonald'. Cerita tu, cerita kelakar pasal drama radio. Aku malas nak cerita panjang, nanti jadi ulasan pulak, tapi kalau kau nak tahu apa kesimpulan dan pendirian yang aku ambil dalam dunia penulisan kreatif, ko tengok filem tu. Ada satu watak yang menyimpulkan apa yang aku rasa perasaan dan isi hati ramai pengkarya serata dunia.
Hari ni, Hari Merdeka. Ada satu projek filem (bukan KRU) akan berjalan tanpa aku, dan aku bersyukur pasal aku masuk pun dah lambat. Lagipun, aku ada dua novel aku nak siapkan, skrip satu lagi filem dan ya, satu skrip drama radio yang masih perlukan perhatian aku. Semalam, filem 29 Februari yang aku tulis bersama Edry KRU mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.
Aku pandang balik apa aku dah buat dan apa karya aku yang dah keluar, aku hanya mampu tersenyum, syukur. Semua orang aku pernah kerja, tak pernah tipu aku. Banyak benda yang aku tulis, dah keluar. Sekarang, ada beberapa benda lagi yang menunggu masa untuk keluar kat TV, wayang, buku atau komik yang harus aku tunggu atau usahakan.
Beberapa minggu lepas, aku gali balik cerpen-cerpen masa aku 19 tahun. Aku polish dan aku hantar pada penerbit. MUNGKIN akan diterbitkan, tapi itu tak penting. Kalau jadi, fantastic. Kalau tak, whateverlah. Yep, tujuan aku pun dah berubah. Aku tak lagi menulis untuk memastikan penulisan aku diterbitkan. Aku menulis, untuk menulis, sebab aku suka menulis. Aku terjumpa balik minat aku untuk menulis karya-karya kreatif selepas beberapa tahun menyampah dan meluat dengan semua aspeknya.
Sebab aku 'feeling-feeling' penulis.
Oh hohohohohoho!