Aku pergi Pesta Buku 1Malaysia hari ni dan terjumpa sesuatu yang aku dah lupa. Aku juga terjumpa lelaki Perancis kacak yangsenang menjadi pujaan ramai wanita dan lelaki berhati wanita.
Pagi tadi aku bangun pukul 8 pagi, cepat-cepat aku siapkan kerja tertunggak pasal aku ingat nak siapkan bila aku balik nanti. Sedar tak sedar, kerja aku dah nak siap, jadi aku habiskan saja sebelum tidur sejam.
Aku bangun tidur pukul 1 tengahari, lepas tu terus mandi dan sampai di PWTC pukul 2pm. Aku janji dengan Amir Muhammad nak jumpa kat booth Buku Fixi pukul 2pm, tapi aku tersinggah kat kawasan jualan buku kat bawah. Gila murah, buku-buku yang tak laku, dan jugak agak sedih.
Aku beli buku pasal karya Neil Gaiman, RM10 je. Aku cuma nak tahu kalau ada apa-apa yang aku terlepas pandang pasal penulisan Neil Gaiman. Aku setiap tahun akan baca Sandman sekurang-kurangnya sekali dan aku dah baca dua tesis Masters pasal karya Neil Gaiman dan Alan Moore. Tapi memang biasa ada benda yang kita senang lupa, jadi buku itu amat membantu aku dan aku secara tak sengaja dah baca 40 mukasurat sambil duduk-duduk kosong.
Kesedihan aku tengok buku tak laku yang dijual dengan harga rendah oleh penerbit terhapus sebaik aku naik ke tingkat terletaknya booth-booth penerbit buku.
Ada Buku Fizi, Lejen Press, Dubook Press, PTS, Penulisan2u (penerbit paling berjaya pada era ini), Telaga Biru dan yang lain.
Aku pergi booth Buku Fixi yang JV dengan Lejen Press. Nak nengok awek, semua awek tudung. JilbabTwepz mesti suka, kalau dia datang.
Ya, SEMUA awek tudung, dalam erti kata lain, RAMAI GILA awek tudung pergi beli buku-buku novel ni semua. Pertama kali aku tengok buku-buku, bak kata mat salleh, 'flying off the shelves' kat semua booth.
Yang lelaki, datang, belek-belek, pastu blah. Kebanyakannya la. Ramai jugak beli.
Aku bimbang gak, kalau orang lelaki semua tak baca buku, nanti semua jadi beruk. Eh, okaylah tu. Kalau semua beruk, aku sorang manusia, semua perempuan, tak kira bertudung atau bogel sambil kepit tiang krom, akan datang pada aku. Aku akan kaya kemaluan perempuan, menjadi Syahpantat.
Zaman Kesultanan Melayu Melaka dulu, ada Sultan, Bendahara, Laksamana, Temenggong, Syahbandar dan Syahpantat. Bendahara - tolong hal-hal admin. Laksamana - ketua tentera laut. Temenggong, jadi chief of police dan keselamatan dalam negeri. Syahbandar, jaga pelabuhan. Syahpantat - jaga pantat.
Anyway, aku tengok bebudak yang beli buku-buku tu happy gila. Aku pun insaf. Dah lama aku tak rasa seronok membeli, membaca atau menulis buku. Aku sibuk dengan kerja korporat aku, sampai aku abaikan penulisan aku. Aku dah tak menulis. Tulis pun, pasal aku nak duit. Aku dah lupa keseronokan medium fiksyen.
Dulu, aku kira-kira, aku pernah menulis dalam 500,000 patah perkataan setahun, untuk diterbitkan kat semua tempat. Jap, aku kira.
Secara purata, aku tulis tiga-empat artikel untuk The Malay Mail sehari. Satu artikel, antara 800-2000 patah perkataan. Tiap-tiap malam, aku tulis satu entry untuk blog. Aku tulis novel yang orang komisyen, 50,000 patah perkataan dalam masa 6 bulan. Aku tulis filem, skrip TV, press release, etc.
Jap ya. Kalau aku letak dalam 4,000 patah perkataan sehari, sebulan katalah 20 hari, adalah 80,000 patah perkataan sebulan. 960,000 patah perkataan setahun.
Betul ke ni? Ah, nanti takde orang percaya pulak.
Dulu, aku rasa, aku pernah menulis dalam 500,000 patah perkataan setahun, untuk diterbitkan kat semua tempat.
Sekarang tak lagi. Mungkin aku dah tua.
Tapi budak-budak muda ni semua teruja je. Semua dengan semangat yang tulus. Yang suci. Aku lupa pasal tu semua.
Takdepun yang nak eksyen berangan nak jual kat omputih, kat negara omputih, walaupun ada antara mereka yang telah atau akan diterbitkan di Eropah, di US. Mereka menulis, menjual buku, aku harap, bukan untuk nama mereka diagungkan, walaupun itu okay jugak.
Memang lain, antara mereka yang bercakap nak buat sesuatu dengan mereka yang mengambil tindakan proaktif dan buat sesuatu. Haha. Aku pakai 'proaktif' dalam ayat.
Satu cerita aku yang aku sendiri suka, walaupun kedengaran seperti melancap, telah terbit dalam Readings from Readings 2. Sila abaikan apa orang kata. Cerpen aku kat situ ternyata hebat. Kalau kau jenis yang tak iktiraf kehebatan keluaran anak tempatan, aku boleh bagitau kau yang cerpen itu ditawarkan untuk dijadikan komik oleh pelukis komik antarabangsa yang karyanya hanya terbit di negara Amerika yang diagung-agungkan orang Asia yang punya kendiri lemah.
Aku punyalah yakin dengan kehebatan cerpen aku tu, aku akan kembangkan jadi novel yang bakal menang anugerah Nobel untuk Sastera. Aku nak menang bukan pasal aku nak sangat diagungkan, aku cuma nak kerek kat beruk-beruk kat sini yang rata-rata taknak dengar cakap dan nasihat aku.
Cerpen aku berikutnya, akan keluar dalam satu antologi yang hebat. Hebat pasal cerpen aku ada dalam antologi tu. Tajuk cerpen aku The Unbeliever.
Terimalah cerpen aku sementara aku siapkan beberapa novel tahun ni. Aku nak letak senyuman di muka ramai gadis, tanpa menggunakan konek aku sentiasa, sebab aku terlampau sibuk untuk berjimak dengan semua.
Hari ni, aku siapkan beberapa perkara berbangkit. Aku dapat rasakan stamina menulis aku kembali. AKu dah mula dipenuhi cerita-cerita dan babak-babak yang bakal ditulis.
Syaitan Pekerjaan bakal bertukar menjadi Syaitan Perniagaan, lantas juga mendokong dwi-peranan sebagai Syaitan Penulisan.