Thursday, April 7, 2011

Jejak Kelana: Falsafah Neraka Dan Kitab Damo

Hari ini, hari yang menenangkan. Setelah semalam yang amat memenatkan, hingga aku rasa seperti badan berbalut kain putih saja hari ini. Cuma tak masuk liang lahad je.

Aku pergi mengajar di sebuah kolej swasta pada paginya, dan kemudian pergi menghadiri mesyuarat di Bangsar. Sementara itu, dengan bateri yanag makin kehabisan tenaga, aku membalas emel serta panggilan telefon.

Kau takkan dapat menduga betapa menggunungnya kerja yang menanti aku. AKu tak rasa bimbang. Malah, aku teruja. Dalam ketenangan, dibawa oleh kepenatan yang sukar dijumpai manusia, aku dengan berhati-hati, mampu menaruh harapan, macam Zaiton Sameon.

Sekarang, dengan lampu kalimantang yang berdengung, aku rasa seperti sebuah bangunan yang bakal rebah ke atas katil sebentar lagi.

Namun aku tahu, esok aku akan bekerja dengan kesungguhan yang aku pelajari daripada Kitab Falsafah Neraka.