Maafkan aku.
Aku bukan orang budiman. Aku orang gasar (barbarian kata omputih).
Gila. Liar. Penakluk kemusnahan.
Kau mungkin nampak aku tadi, dengan penuh kegemilangan, merentap tombol pintu. Memusing penuh rakus. Hampir patah besinya.
Bukan aku sengaja.
Bukan aku sengaja, membuka pintu neraka. Menarik-narik baju dan seluar, menghamparkannya di atas sofa. Mengunci pintu selepas berbogel.
Dan berlari masuk dalam bilik air. Untuk berak.
Ahhhhhh...
Sekarang, selepas berak, aku mengarang karya yang bakal dibaca oleh anak cucu korang. Pasal orang gasar di pintu pagar. Pergi berak waktu malam terang bulan.