Wednesday, April 14, 2010

Fiksyen Kipas

Aku baru habis lepak dengan member-member. Mungkin keagungan aku membuatkan salah seorang daripada mereka berpeluh. Pasal aku best gila. Atau mungkin dia berpeluh pasal baru lepas main Nintendo Wii.

Yang penting, aku memang best.

Ada sorang member aku pulak, dok mengadu. Ada orang cakap macam-macam la kat dia.

Aku cakap, dalam bahasa omputih yang telah dialihbahasa kepada Bahasa Terjemahan, "Ah, Patrick, walau apa pun orang cakap pasal kau - buruk atau baik - tidak mampu mengubah kebenaran. Mereka tetap bodoh dan engkau tetap engkau."

Patrick pun mencapai jaring ubur-ubur dan mengajak aku menangkap ubur-ubur. Aku menolak, kerana aku sibuk berasa best dengan diri sendiri.

"Kau rasa, dalam bandar Bikini Bottom ni, ada ke orang yang sehebat aku?" tanya aku, penuh ikhlas.

"Mana mungkin pak," kata Sandy. "Semuanya mati enggak, hidup enggak mau. Kapan pergi mampus pun enggak tau."

"Ko ni, asyik kapan orang apasal?"

"Vois ektornya orang Indonejia."

"Kok ngoyok ngono?"

"Pendet tempe garuda sri rama malim kundang dian sastrowardoyooooooo!"

"Pergi mampus."