Aku jumpa keluarga aku.
Kitorang ingat balik masa dulu-dulu, pasal bela lembu.
Keluarga aku dulu bela lembu.
Abang dengan kakak aku jadi gembala. Abang aku akan bawak lembu balik setiap petang dan kokot tahi lembu pakai siling asbestos, pastu bakar.
Aku ikut abang aku je.
Kakak aku ada seekor lembu tu jadi dia punya pet. Nama lembu tu, Manja, anak kepada Kurus dan Bapak Lembu.
Kurus ialah seekor lembu betina yang agak tua. Agak berang dan tak boleh dijangka.
Bapak Lembu pulak ialah jantan dominan kawanan lembu tersebut.
Lembu-lembu ni, suka minum air garam. Tiap-tiap hari minum bergelen-gelen air garam. Aku tukang ambik garam, kadang-kadang. Garam kasar, simpan dalam tempayan besar.
Bancuh dengan air paip. Berbesen-besen, wa cakap lu.
Mujur, masa abang sulung dengan kakak aku kena masuk asrama, aku masih terlalu kecik untuk jaga lembu. Takde sapa nak jaga, jadi bapak aku jual.
Aku memang selalu bernasib baik dalam semua ni. Hehehe. Kelebihan lahir lambat. Ada jugak kekurangannya.
Kitorang ingat ini semua sambil aku makan sup ekor.
Bapak aku memang suka bertani. Tanam sayur, pokok buah, bela binatang.
Ayam, itik serati, puyuh, lembu, semua dia dah jaga.
Jadi, pandangan dia dan pendapat pasal manusia agak mudah.
Kenapa orang buat macam itu atau macam ni? Pasal nak makan. Simple.
Untuk orang macam bapak aku dan mak aku yang hidup sejak zaman perang dan darurat, pada masa orang sanggup makan benda yang lekat dekat kulit pisang, pakai baju kain guni dan kulit pokok, mendapatkan cukup makanan untuk anak-anak adalah sesuatu yang amat penting.
Diorang datang dari zaman susah-susah. Mana ada fast food. Kalau ada pun, tak mampu.
Masa perang dunia kedua, bapak aku dengan nenek angkat aku duk curi beras Jepun. Ambik kot mana tikus dah tebuk lubang.
Pakcik aku, Cina, masuk Polis. Dia pergi bunuh komunis. Pasal komunis bunuh sedara mara kitorang.
Bapak aku ada kat rumah dia masa komunis datang, kidnap abang dia. Tembak dalam hutan. Pakai peluru rifle. Muka berlubang. Bapak aku kena pergi kenalpasti mayat.
Dan kau nak agung-agungkan komunis?
Pasal tu, kalau ada sesapa nak jadi komunis atau nak agungkan komunis, aku pun akan bunuh dia jugak. Pakai cara aku. Sori la. Komunis kat Malaysia ni memang pukimak mak bapak dia. Kalau boleh, dengan mak bapak dia sekali aku bunuh.
Pukimak mak bapak korang la.
Duit RM1 dulu boleh beli macam-macam benda. Dia pergi sekolah, duit belanja setengah sen sehari. Tupun dah kira mewah. Nenek angkat aku kerja memotong getah. Bapak aku tolong sebelum pergi sekolah.
Satu hari, tahun 90an, dia bawak aku pergi memotong bagi pihak makcik aku yang demam. Gila banyak nyamuk siut. Dan aku tak boleh nak isap rokok depan bapak aku. Dia ok la. Isap Gudang Garam.
Tapi, walaupun nenek aku miskin, bapak aku dapat ke sekolah Inggeris. Mungkin pasal anak dia tinggal sorang je. Yang sulung dah kena bunuh dek komunis. Cikgu bapak aku mamat Amerika yang pakai wig.
Bapak aku starting gaji RM200. Jadi cikgu.
Dia beli Vespa.
AKu tengok gambar-gambar lama dia. Masuk ekspedisi pergi ke Gua Charas, bergambar dengan cikgu-cikgu. Ramai yang dah tak ada.
Dalam semua gambar, pakaian dia sentiasa kemas. Bergosok, berkanji, berlipat. Untuk orang yang hidup zaman kena pakai guni buat baju, nikmat pakai baju betul, macam orang, bukan macam beruk, memang amat dihargai.
Makanan kitorang agak mewah, zaman dulu.
Memang dijaga. Pasal diorang pernah merasa zaman tak ade benda nak makan.
Apa yang ko makan, ialah satu status symbol. Bukan mahalnya makanan tu, tapi APA yang kau makan. Ko ingat, orang kampung semua pernah makan KFC? Pernah makan McDonald's?
Member aku ada cerita, ada orang kaya belanja orang miskin makan McDonald's. Bebudak tu makan sikit, tak biasa, pastu tanya, "Ada nasi?" Pastu basuh tangan kat swimming pool.
Ko ingat orang kampung pernah minum Starbucks? Semua pernah makan apa yang ko makan?
Aku tengok orang KL ni mewah betul hidup. Nasi lemak RM20. Baju RM600, t-shirt je.
Ko tayang kat orang kampung macam aku, aku cuma ingat ko bodoh, tamak, berlagak dan bakal kena sambar petir.
Lebih 50 tahun Merdeka, dan masalah orang kampung masih sama. Ramai yang bodoh piang, memang tak boleh nak tolong. Gaji RM120 sebulan, pastu nak beranak sampai 14.
Ye la.
Tapi, tak cukup yang orang kat bandar ni sanggup buat untuk orang kampung yang macam hidup segan, mati tak mahu.
Aku akan melancarkan beberapa program kebajikan dalam beberapa bulan lagi. Aku harap, korang akan tolong. Korbankan lah nasi lemak RM20 ko tu, kalau ko nak, untuk kasi diorang makan seminggu.
Dah melalut la pulak. Kurus, Manja dan Bapak Lembu. Siapalah yang makan lembu-lembu tu?