Aku dah tiga bulan dah, tak tidur malam.
Bukan tak tidur. Jarang tidur malam. kalau tidur pun, aku bangun pukul empat pagi atau pukul lima.
Oleh sebab aku jaga pada awal pagi, aku sekarang asyik makan sarapan pagi kat kawasan rumah aku.
Sejak tiga minggu lepas, aku naik teksi pagi-pagi buta pergi makan nasi lemak kat satu gerai Sri Petaling.
Gerai tu ada dua peniaga - dua-dua perempuan Melayu. Aku kalau perempuan Melayu berniaga makanan ni, biasanya aku beli. Pasal kesian satu hal, tapi pasal nak cari masakan Melayu sekarang makin susah. Asyik mamak je, berak cair aku.
Dua orang kakak tu ambik sebelah menyebelah. Yang satu, memang berniaga nasi lemak berlauk sahaja. Panggil dia Kak Nasi Lemak la. Yang satu lagi, jual air, lontong, nasi kerabu, pulut kuning, roti canai, bihun/me sup/kari. Tengahari dia jual nasi campur. Aku panggil dia Kak Lontong la.
Kak Nasi Lemak dan Kak Lontong ni pakai pekerja dari Indonesia. Ramai yang dia ambik, cuma aku rasa macam cacamerba sikit. Takde sistem.
Masa aku nak beli nasi lemak, ada sampai empat orang bekerja, tapi takde sorang pun yang layan aku.
Pasal apa? pasal semua empat orang tengah buat benda yang sama. Semua tengah bungkus nasi lemak, jadi takde sapa yang letak nasi dalam kertas minyak.
Bila dah habis bungkus, semua empat orang pergi isi nasi lemak dalam bungkus, tapi sudip ada satu je. Berkerumunlah empat orang keliling tempat isi nasi.
Aku jenis tak tidur, jadi kadang-kadang, aku datang awal. Sejak kebelakangan ni, Kak Nasi Lemak tu asyik bukak lambaaat je.
Aku tak kecoh pun. Aku duduk je. Isap rokok.
Pastu, pekerja dia tiba-tiba cakap kat aku.
Pekerja: Kak ___, dia nak kahwin.
Aku: Hah, hah.
Okay. Kalau ada bapak aku kat situ, memang dah kena dah.
Pekerja: Kak ___, dia nak kahwin.
Bapak Aku: Pedulittaik aku?
Aku layan jelah orang Indonesia tu. Jauh dia datang pasal nak bagitau orang kahwin.
Aku: Wah! Kahwin! Muda lagi ke akak tu, kak?
Pekerja: Ni dia kahwin nombor kedua.
Okay. Maksudnya, ni kali kedua la minah tu kahwin. Bukan laki nombor dua.
Aku pun tunggulah. Tunggu punya tunggu, sampai pukul 8.45 pagi baru datang bawak nasi lemak dia. Aku dah selamat dah, makan lontong.
Beberapa kali dia datang lambat. Mungkin dia tak perlukan pelanggan yang masuk kerja pukul 8 pagi atau dia sibuk buat baju pasal nak kahwin, takpun, dia saja nak jahanamkan bisnes dia pasal laki dia orang kaya. Apa-apa hal pun, lantak dia lah. Bisnes dia.
Okay, jadi aku pun datang makin lambat. Pasal nak makan nasi lemak.
Satu perkara aku perasan, harga dia tak pernahnya sama.
Aku makan nasi lemak, ambik lauk kerang dengan telur, sambal udang petai - aku tak ambik udang, aku ambik sambalnya aje. Ko tau berapa dia caj? RM5.80. Lantak kau lah kan? Bisnes ko. Kalau aku tak suka, aku makan benda lain.
Sedap la pulak kerang dia. Berbaloi la dengan harga. Aku nak bungkus satu untuk makan tengahari. AKu ambik sebijik, sama macam apa aku makan tadi. Ko tau dia caj aku berapa? RM4.80.
Aik?
Apa pasal? Aku malas nak kecoh, aku blah je. Takkan pasal seringgit, aku nak gantung akak tu, lekatkan bateri kereta kat ibu jari kaki, pastu tanya pasal Amitabh Bachan?
Aku: Mere mangke Gangga, altere mangki jamenata. Bol, radha bol de Pearl Harbour, hoga ke nehi.
KAk Nasi Lemak: Nehi!!! Inspektor sahab da chai walla!
Pekerja: Amitabh Bachan!
Hari ni, aku pergi la, lambat macam biasa.
Aku: Kak, ni kira macam mana sebenarnya nasi lemak ni?
Kak: Ambik je dulu. Nanti kira.
Aku: Yelah, tapi kalau kelempong (peparu) ni berapa? Saja tanya. Pasal kadang-kadang, harga lain-lain.
Kak: Ambik je dulu.
Huuuuh. Okay. AKu pun ambik la.
Aku: Berapa ni?
Kak: RM4.50. Kira, kalau banyak, tinggi la harganya. Kalau sikit, sikit la.
Aku sebenarnya tak selesa sangat, kalau nak kira main rasa-rasa ni. Bukan pasal kedekut nak bayar lebih seringgit atau lima puluh sen. Tapi, aku cuma nak tau macam mana dia kira. Supaya aku boleh buat keputusan dengan lebih senang. Masa aku tengah kaya, boleh le hentam udang masak petai ke, robot masak merah ke. Masa cek tak clear lagi, aku boleh berjimat dengan makan telur goreng je.
Ada duit atau takde, duit, aku nak tau berapa yang aku ambik. Aku taknak main rasa-rasa je. Tapi lantak lah. Bukan bisnes aku.
Aku dah kasi banyak peluang dah kat Kak Nasi Lemak ni. Aku rasa, aku akan terus beli nasi lemak dia. Bukan pasal sedap sangat - aku pun boleh masak lagi best - tapi pasal aku kesian. Dan aku harap laki baru dia bukan jenis yang paksa perempuan kerja, pastu ketagih dadah. Pastu belasah bini.
Tapi, untuk makan tengahari, aku beli pulut kuning la dari Kak Lontong.
Aku: Wah, banyak nya kak letak?
Kak Lontong: Sedekah hari Jumaat.
Aku sengih je. AKu ni, boleh ke terima sedekah? ATau tzedekah, kata orang Yahudi. Aku bukan fakir miskin. Hadiah, boleh la aku terima. Sedekah, haram aku rasa.
Ala, macam la aku masuk syurga. Aku bukan orang PIS-M.
Masa balik, ada la pulak pemintak sedekah lalu depan aku. Aku tengok, dari jauh, elok je dia jalan. Sampai kat depan aku, tiba-tiba terketar-ketar la pulak.
Apa, aku ni Hanuman Kera Putih ke? Atau ikut sebut orang lama, Anduman? Siluman Mawas Merah? Panji Semerang? Jaka Sembung? Joko Suprianto?
Aku terfikir jugak nak kasi pulut tu kat orang mintak sedekah, tapi aku malas jugak la nak layan conmen macam ni.
Apa-apa hal pun, aku naik teksi, borak dengan pakcik teksi pasal politik, pastu sampai rumah cukup awal untuk terima pencuci rumah. Hari ni, rumah aku dicuci. Akan jadi bersih.
Perempuan ni pun ada banyak cerita dia. Orang Indonesia. Yang tu nanti la aku tulis. Aku nak bukak TV, tengok Najib masuk jadi PM.