Friday, April 10, 2009

Sejenak Bersama Sasterawan Negara: Komik

Dulu, masa aku muda-muda dulu, aku ingat yang aku akan ada rancangan untuk masa depan penulisan aku.

1. Mula-mula, habiskan lapan tahun jadi wartawan.

- Pasal apa? pasal Neil Gaiman habiskan lapan tahun jadi wartawan. Dia cakap, 'jadi wartawan mengajar bagaimana dunia berfungsi.'

2. Tulis komik.

- Pasal Neil Gaiman hanya berjaya tulis dan publish komik selepas buat banyak kenalan dalam industri, dan hanya selepas berguru dengan Alan Moore, berbekalkan pengalaman lapan tahun jadi wartawan.

3. Tulis TV dan filem.

- karya Neil Gaiman dijadikan filem hanya selepas kejayaannya dalam bidang komik. TV, dia dah mula dengan Neverwhere, sebelum Sandman.

Sekarang, aku dah terbalik. Lepas jadi wartawan, aku terus buat TV dan filem. Tahun depan, aku rasa ada dalam 3-4 filem yang aku terlibat akan keluar. TV, pun aku dah buat.

Sekarang, aku takde komik.

Memang ada peluang nak buat, tapi aku hanya akan tulis komik yang aku suka. Komik yang aku ada kawalan kreatif dari A-Z. Cerita, aku nak buat sendiri. Lukisan dan panelling, aku cuma akan guide je lah. Biar le artis yang tentukan.

Aku ada beberapa outline cerita yang memang dah lengkap.

Contohnya, Nusantara - epik habis. Menggabungkan Heroes of Might and Magic III dan Dragonlance, setting di Asia Tenggara. Aku ada first story arc, ending dan beberapa story arc cadangan di tengah-tengah.

Kent - tak boleh buat sampailah DC bagi aku buat. Hehehe.

Ted Pelvas - siri detektif pontianak dan kelahiran Buddha dan second coming of Jesus Christ. Noir habis. Dashiell Hammet cam haram.

Haven - komik mecha. Typical manga.

Apa yang aku menyampah dengan scene komik Malaysia, adalah banyaknya atau ramainya orang yang cakap berdegar-degar, tapi lepas tu hanjing takde apa-apa pun.

Masa aku pergi join komuniti komik online dulu-dulu, punyalah ramai suka cakap pasal 'identiti komik Malaysia'. Kononnya nak define identiti komik Malaysia macam Jepun define identiti komik diorang.

Aku rasa, persoalan ni, persoalan bodoh.

Artis Jepun takdepun kecoh pasal 'identiti komik Jepun' masa diorang mula-mula start dulu.

Datuk komik Jepun, Osamu Tezuka relaks je, cakap, "Saya tiru stail Disney". Mata besar, mulut kecik tu, tiru Alice in Wonderland dan SNow White la, brader.

Go Nagai - asal lucah dan/atau ganas, dia tak kisah.

Lepas tu, artis-artis dan pengkarya komik diorang sekarang takde hang-ups pasal stail.

Mamat yang buat Short Cuts tu, asalnya nak buat komik pasal seni Leonardo Da Vinci.

Hashiguchi/Takiguchi yang buat Yakitate! Japan tu pun, takde menggelabah cakap, "Saya nak ketengahkan seni lukisan komik Jepun!" tapi komik dia jelas nasionalismenya.

Tengoklah One Piece, karya Oda Nobunaga. Eh. Amende tah. Tapi ada Oda la dalam nama dia.

Seni dia bukan typical manga Jepun, tapi dapat nombor 1 tu kat sana. Takde setting kat Jepun pun. Malah, pengaruh seni baroque jelas dalam karya dia.

Masa ada senarai top 100 comics or animation of all time kat Jepun, masa tahun 2000 dulu, Tom and Jerry dan Bugs Bunny masuk top 20 kat Jepun. Pasal apa? Pasal untuk orang Jepun, ko lukis la camana pun. Kalau benda tu komik, komik lah. Kalau animation, animation lah.

Kau cuma boleh nak buat kajian pasal 'komik Malaysia', lepas memang dah ada banyak 'komik Malaysia'. Kau kaji lebih-lebih dan kau kongkong karyawan masa tengah baru nak bercambah ni, maka jahanamlah dia.

Lagi satu, pengaruh duit. Duit harus menjadi perkara penting dalam komik. Kalau tak, sampai mati pun takkan jadi profesional. Profesional -> profesion-al -> profesion = kerja -> kerja = DUIT! -> DUIT! DUIT! DUIT! $$$$$$$$!

Banyak orang yang nak buat komik kat Malaysia ni, bukan buat komik, tapi habiskan masa bercakap pasal komik. Pasal apa? Mungkin pasal diorang malas atau takut nak buat. Jadi diorang sembang pasal komik sahaja.

Nak meng-akademik-kan komik. Supaya diorang ada tempat dalam komik Malaysia, tanpa perlu buat komik.

"Aku boleh, kalau nak buat komik, tapi saja aku malas," mungkin kata mereka. "Kalau aku buat, mesti best gila babi lah! KALAU aku buat."

Penakut.

Ceh.

Aku nak try buat komik la pulak, pasal itu satu-satunya benda yang aku belum tulis lagi. Suratkhabar, dah. Majalah, dah. Buku, dah. Short story, dah. TV, dah. Filem, dah. Komik je belum lagi.

Dan aku hanya consider aku dah tulis komik, sama macam benda-benda kat atas, lepas benda tu dah publish. Ramai orang asyik tulis/lukis komik, pastu tayang kat message board sahaja. Atau kat personal websites sahaja. Kalau setakat nak berlatih, takpelah. Kalau dah lebih 10 tahun, tu bukan berlatih tu. Dah jadi benda lain dah tu.