Mungkin ramai, terutamanya perempuan, yang terdengar tentang buku-buku pop-psikologi 'new age' seperti The Secret dan A New Earth karya Eckhart Tolle (dan dipromo oleh Oprah Winfrey bermati-matian). Mungkin tidak ramai yang berpeluang membaca buku-buku tersebut, atas pelbagai sebab.
Mari sini. Biar aku bagi edisi mampatnya.
The Secret menyatakan berkenaan rahsia kejayaan yang ajaib nak mampus. Katanya, apa sahaja yang kita fikirkan akan menjadi nyata.
Ya, aku setuju, tapi bukan secara magik, ya. Seperti ilmu hitam, magik tidak wujud sebenarnya.
Apa yang terjadi adalah apabila kita asyik menumpukan pemikiran dan perasaan pada sesuatu, maka akan lebih senang untuk mencari jalan menyebabkan benda itu terjadi atau menghadirkan diri.
Contoh:
Dulu, aku tak pernah perasan farmasi. Lepas kerja di farmasi, aku mula perasan banyak gila farmasi.
Contoh yang lebih praktikal:
Aku rindukan Thailand. Aku duk berfikir pasal Thailand selama beberapa bulan.
Member aku, yang juga rindukan Thailand, menelefon aku dan mengatur percutian ke Thailand.
Aku pun secara 'magik' berada di Thailand. Lepas bayar tiket, hotel, dan sewa teksi.
Itulah kehebatan The Secret. 'Magik', kan?
A New Earth pula.
A New Earth bercakap pasal dua perkara penting: ego dan fokus.
Nak dipendekkan cerita, ego kita mencengkam hidup kita semua. Kebanyakan orang ingin menjadi lebih bagus, lebih betul, lebih bermoral dan lebih segala-galanya agar rasa kerdil diri ego kita dapat dipuaskan.
Ego kita bukanlah diri kita yang sebenar, tetapi cuma personaliti tempelan dengan identitinya sendiri.
Demi ego kita, kita sanggup menjahanamkan orang lain agar ego sendiri rasa best.
Satu cara untuk mengatasi ego ialah dengan menjauhkan definisi diri kita yang sebenar dengan ego kita.
Apabila ada orang yang cuba membuatkan kita rasa cam puki, sebenarnya, ego orang itu sendiri yang cuba mengerdilkan ego kita agar kita rasa seperti mangsa, supaya ego mereka dapat rasa cambest, walaupun sebenarnya sama je pukimaknya.
A New Earth menyarankan agar kita tidak lari daripada apa yang kita rasa, tidak menafikan perasaan dan pengalaman semasa, dan pada masa yang sama, tidak membenarkan ego dan perasaan yang dialami oleh ego tadi untuk membuatkan kita bertindak seperti berukera dari planet Zargus.
Ego hanya boleh hidup pada masa lampau dan masa hadapan. Ego tidak boleh hidup pada masa sekarang. Jadi, fokus pada masa sekarang adalah maha penting.
Tiga konsep penting dalam A New Earth:
1. Is That So?
2. Maybe?
3. This, too shall pass.
Nak terjemah:
1. Kembang cipap aku mendengarnya...
2. Pedulittaik aku?
3. Semua orang boleh pergi mampus lah.
Apabila diserang atau ada orang yang cuba membuatkan kita berasa tak best, cuma cakap macam ni:
KEMBAAAANG CIPAP AKU MENDENGARNYA.
Maksudnya? Satu, cipap memang dah kembang. Dua, 'okay, aku faham apa yang kau katakan, apakah kesan kenyataan kau ini pada cipap aku yang sudah kembang? Ada?'
Ataupun, gunakan 'pedulittaik aku?'
Apapun krisis atau drama yang berlaku, adakah situasi itu akan mengubah pergerakan cakerawala? Adakah kandungan isi hati si polan binti si pukimak akan menyebabkan kutub utara dan kutub selatan beralih arah dan menyebabkan kematian segala macam jenis hidupan dan membuatkan bumi tidak dapat didiami sampai 50 juta tahun?
Ya? Tidak?
Kalau tidak, pedulittaik aku?
Kalau ada 100 juta orang yang bencikan kau, fikir kaulah manusia paling hina di alam semesta, maka adakah puki kau akan bernanah?
Jika ya, sila jumpa doktor.
Jika tidak, pedulittaik aku?
Dan semua orang boleh pergi mampuslah: apa-apa jua keadaan kita sekarang, keadaan atau situasi itu tidak kekal. Orang pun tidak kekal. Bumi ini pun tidak kekal.
Semasa matahari menjadi gergasi putih dan menelan bumi, atau kalau manusia membina Dyson Sphere, adakah rasa sedih, marah atau tidak puas hati yang kau rasakan beribu-ribu billion tahun sebelum itu, selama sepuluh saat, akan mengubah apa-apa?
Kalau tidak, maka kau dan semua orang lain boleh pergi mampuslah.
Tiada yang kekal dalam dunia ini. Termasuk filem Esok Tetap Kekal, lakonan Pierce Brosnan dan Michelle Yeoh.
Falsafah New Age sebenarnya banyak mencedok daripada agama-agama lama seperti Buddhism, Hindu dan juga Islam. Hati-hati, ya. Aku cuma berminat dengan bahagian sekularnya sahaja.
Pasal aku percaya yang kita hidup sebaik yang boleh. Semampu yang kita dapat capai. Yang lain, Tuhan tentukan.
Benda-benda dan orang yang tidak penting? Pergi mampuslah semua. Hisaplah jubur taik aku beramai-ramai.