Sambil bermain Jagged Alliance 2 - satu game old school seperti XCom - aku terfikir pasal ekonomi negara, dan peranan pengangkutan serta logistik dalam membentuk masa depan yang cerah.
Jagged Alliance 2, satu game tembak-tembak. Bukan FPS atau RTS, tetapi turn-based RPG dengan unsur RTS. Namun, yang menyebabkan aku bersengkang mata berjam-jam lamanya pada hampir setiap hujung minggu, adalah sesuatu yang amat remeh - menyusun barang dan kelengkapan berperang.
Mereka yang bermain Diablo (1, 2 dan 3) pasti akan faham. Aku pernah mintak kawan aku yang ada main Diablo 2 supaya bagi aku susun barang dia. Berjam-jam aku susun barang-barang dia, transmute potion jadi rejuvenation potion, pelbagai kelengkapan dan senjata yang ada, demi memastikan dia ada cukup ruang untuk menyimpan alatan yang bakal dimenangi dengan membunuh lembu yang dirasuk syaitan.
Jagged Alliance 2 membawa hal ini ke tahap yang lebih tinggi. Bukan setakat inventori yang boleh dioptimumkan, malah ada unsur logistik yang perlu diberi perhatian.
Contoh: Dalam game ini, akan diberikan satu lapangan terbang. Satu sahaja, dan bergantung lapangan mana yang kita bebaskan dahulu. Mengikut naluri normal, sepatutnya di lapangan pertama yang kita jumpa - di timur laut peta permainan. Namun, lapangan terbaik dan paling strategik ada di tengah-tengah peta.
Untuk menawan lapangan ini, harus berlawan dalam lima petak extra, dalam jangkamasa lima jam, atau lima hari, bergantung kepada pelbagai faktor.
Lokasi lapangan terbang penting sebab jumlah minyak yang boleh dikumpul dalam permainan ini amat terhad. Pengangkutan watak juga amat penting sebab watak yang terpaksa berjalan (membawa inventori yang sudah dioptimumkan) akan cepat penat dan mungkin pengsan ketika bertemu musuh.
Ada pelbagai kenderaan lagi seperti Hummer, trak aiskrim dan van yang juga menggunakan minyak. Ini biasanya digunakan demi menawan tapak peluru berpandu yang menyekat penerbangan helikopter.
Logistik dalam Jagged Alliance 2 amat penting dan berguna hingga ada kebarangkalian untuk menang dengan hanya menggunakan logistik, tanpa perlu menawan satu petak pun, atau menembak sebutir peluru!
Aku terfikir perihal Legoland, sebenarnya. Dengan Lapangan Terbang Changi menjadi lapangan terbang antarabangsa paling dekat, apakah nasib inisiatif Iskandar di sana? Lapangan Terbang Senai hanya menerima penerbangan dalam negeri. Kalau hendak Bolehkan Legoland hanya ditampung oleh pelancongan dalam negeri? Berapa kali orang Malaysia nak pergi Legoland?
Walaupun dengan kitaran tarikan seperti Sunway Lagoon, mampukah Legoland bertahan? Mungkin dalam sepuluh tahun pertama, bukan semua 28 juta orang Malaysia dah pergi ke sana, tapi kalau main dengan bini lepas 7 tahun pun dah bosan...
Lepas tu, aku fikir pasal projek MRT - projek infrastruktur terbesar dalam sejarah Malaysia. Aku ada ternampak petanya, dan aku amat teruja sampai hampir terpancut. MRT bakal menghubungkan kawasan pedalaman yang didiami berukera seperti Kajang dengan tempat yang cool seperti The Curve.
Aku yang duduk di Bangsar dan menolak pemilikan kereta akan dapat akses atau capaian yang mudah ke mana sahaja yang ada stesen MRT.
Mungkin, satu hari nanti, aku tinggal di Ipoh atau Kuala Pilah dan naik tren untuk bekerja di Bangsar. Ini projek yang bagus!
Aku mencari pelbagai maklumat tentang projek MRT ini, tetapi malangnya, aku tak jumpa maklumat yang sahih. Ada rakan daripada kumpulan pembangkang yang berkata, kononnya projek MRT ini dibiaya kerajaan dan bukan swasta. Betul ke?
Tepatkah angka yang mereka nyatakan?
Najib ni pun satu, macam projek bangunan tinggi-tinggi yang dia umumkan dahulu - itu projek kerajaan ke? Aku paham, kalau dia baru naik, dia nak buktikan dia boleh buat kerja, tapi relaks la, pakcik. Projek bangunan-bangunan yang lagi tinggi daripada KLCC tu - tu projek kerajaan ke?
Yelah, kalau projek kerajaan, maksudnya dia pakai duit kerajaan - duit kita. Sesetengah orang, takkan puas hati selagi duit tu tak dapat kat diorang. Ada sesetengah jenis pembangkang, main bangkang tak tentu pasal, mungkin pasal mak dia datang bulan dan tak boleh nak melakukan sumbang mahram dengannya pada hari tersebut.
Kalau projek ni semua projek swasta, dengan sokongan kerajaan, aku rasa, GO AHEAD! Projek infrastruktur dan logistik bakal memacu dan memeriahkan ekonomi negara. Aku pun senang nak pergi Ikea. Atau kalau aku nak kerja kat Bangsar, sewa banglo kat Ipoh, dengan awek pembantu rumah Ipoh Mali.
Katil Ikea yang aku pakai 5 tahun tu, memang tahan hentakan. Kalau patah, aku senang je beli satu lagi, naik tren je! Oh hohohoho!
Aku cadangkan, demi kesejahteraan semua, Najib atau kerajaan jangan nak claim credit kalau bukan projek kerajaan. Kerajaan ni kadang-kadang, hujan atau sungai pun dia nak claim credit. Pembangkang pulak, boleh tak sumbat mulut kau dengan bijik kelentit mak kau kejap? Bagila kita ada MRT, bangunan tinggi-tinggi dan pelbagai lapangan terbang antarabangsa pulak.
Aku tau la, sesetengah kita berkiblatkan Singapore. Nampak sangat. Tapi boleh tak jangan dengki sangat? Bukan semua benda kat Malaysia ni buruk, dan bukan semua benda kita kena tentang membabi buta.
Macam dalam Jagged Alliance 2, aku pernah main daripada mula sampai akhir, dengan menggunakan taktik logistik yang super hebat. Hasilnya, aku berjaya selesaikan musuh akhir, Deidranna, dalam masa 2 minggu (in-game time) daripada enam bulan, cara aku bermain biasa, menggunakan resource control.
Percayalah, logistik itu MahaPenting.