Ko ingat, lepas bertahun aku panggil ahli politik sebagai makhluk paling hina di dunia ni, aku nak jadi hipokrit dan masuk arena bangang camtu? Melayu memang bodoh.
Tapi, ya, aku nampak kenapa benda camtu orang Melayu suka fikirkan. Member-member abang aku, generasi dia, dah ada masuk politik. Siap jadi calon GE13.
Member-member aku - walhal baru umur 33 - dah ada nak masuk jadi calon. Aku faham kenapa. Kalau ditengok ahli-ahli politik sekarang, kau letak anjing atau babi pun, anjing dan babi nampak lebih logik dan menarik sebagai calon.
Mat Sabu suka menyamar beruk. Rais Yatim suka buat kenyataan macam dia tu dinosaur terlepas meteor. Nizar Jamaluddin terlompat-lompat macam arnab, ketar kepala masa buat statement, berbuih kat mulut dan ada iras-iras arnab.
Bugs Bunny
Nizar Jamaluddin
Hishamuddin H20, mulut ikan baung.
Dalam keadaan macam ni, tak hairan kalau sesiapa pun fikir diorang boleh jadi ahli politik. Asalkan kau bukan binatang, rasanya kau layak, kan?
Tapi, sebenarnya, dunia politik tu amat sukar, dan hanya mereka yang bukan manusia mampu survive kat situ.
Aku agak lega dengan pilihan Najib, meletakkan dalam 1/3 muka baru dalam pencalonan BN, sebab aku rasa Generation X harus diberi lebih banya peluang. Baby Boomers dah lama menjahanamkan muka bumi ini, dan Gen Y takleh diharap pasal kerek tak tentu pasal dan fikir dunia berhutang sesuatu pada mereka. Hanya Gen X (lahir 1966-1980) yang faham bagaimana dunia ini rosak dan diracun ketamakan dan sifat pentingkan diri Baby Boomers.
Kepada yang bercita-cita mahu masuk arena politik, fikir elok-elok dan dapatkan maklumat yang terperinci. Idea saja tak cukup - pelaksanaan jauh lebih penting. Kau pun tak tau jenis apa punya serangan dan tikaman kau bakal hadapi.
Aku? Aku pedulittaik. Aku neutral. Yang membezakan aku dengan Switzerland cuma Switzerland banyak duit dan banyak bank.