Gila! Memang kerja gila.
Tengah aku sibuk-sibuk buat persiapan untuk menjelajah satu Malaysia hari Isnin ni (oh, aku takde dalam dua minggu ni. Jangan rompak rumah aku dah la. AKu dengan pak guard kamceng. Nanti, dia kalari payat mak kau kang, sapa yang susah?), gila babi ramai hantar email pasal filem Hikayat Merong Mahawangsa. DIorang hantar link ke review kat blog.
Baru aku tau, banyak gila blog Bahasa Melayu yang ada. Aku selama ni duk baca blog orang Malaysia tulis omputih je.
Ada member aku siap call pukul 1 pagi, pasal dia tengok pukul 9 dengan kawan-kawan, pastu diorang lepak bincang, pastu nak call aku la pulak. Bukan apa, bro. Aku tak kisah, biasanya, tapi malam semalam, aku dah berjaga 48 jam, pastu nak tido. Apa ko cakap pun, aku iyakan aje. And thanks sebab ucapkan tahniah, walaupun ko patut kasi tahniah kat krew, cast and Yusry.
Tapi yela, nombor telefon aku je ko ada, kan? And sorry, aku takde nombor telefon Ummi Nazeera. Nell Ng aku ada, tapi aku rasa dia pun tak suka kalau aku pergi lacurkan nombor telefon peribadi dia kot? Mano Maniam pun aku ada. Ko nak? Gavin Stenhouse takde. Gavin Yap, ada. Datuk Rahim Razali punya nombor, takde. Tapi, Harun Salim Bachik aku ada nombornya.
Tak pernah la aku tulis filem, orang duk bagi perhatian cam gila. Dan aku penulis skrip je. Oops, dan aku stunt-cock je. Aku tak tau apa jadi kat pengarah dia. Mau tak kena serbu.
Kalau korang suka Hikayat Merong Mahawangsa, aku tak sure kalau kau jugak akan suka MySpy atau Magika. Semua aku buat, stail lain-lain. Tujuan aku, untuk mendapat sebanyak mana pengalaman yang boleh sebelum aku mampus.
Aku ada cita-cita tinggi nak bikin satu Jean-Pierre Jeunet (Amelie, A Very Long Engagement) punya filem. Cerita aku dah ada. Tengoklah dalam 20 tahun lagi.
Dalam masa terdekat, aku nak try buat homage Chow Sing Chi yang lagi best daripada MySpy. Hari Jumaat, aku ada jumpa penerbit/pengarah yang nakkan cerita tu. Jadi, mungkin projek aku yang seterusnya adalah sebuah filem komedi-aksi dengan lawak Stephen Chow. Akan aku bukak hikmat 'mo lei tau' peringkat tinggi.
Aku ada jugak pergi temuduga kerja, hari Jumaat jugak. Gila busy hari Jumaat tu. Tak tau la, dapat ke idak. Harap dia tawar lumayan, supaya aku boleh fokus kat satu benda je.
Apa-apa pun, aku amat terharu dan tersentuh dengan perhatian yang Hikayat Merong Mahawangsa dapat. Bagi aku, selain krew dan barisan pelakon yang berhempas pulas sampai hitam pasal nak siapkan filem tu, penonton yang mengambil Hikayat Merong Mahawangsa sebagai filem mereka sendiri selepas ianya ditayangkan adalah bintang sebenar Hikayat Merong Mahawangsa.
Aku terhibur baca apa pengalaman diorang. Ambik cuti la, tayar pancit la, tepuk tangan lah, nangis lah, salah book tiket la, panggung penuh la, buat reunion sekolah tengok Merong lah, puji, maki. Serius, aku amat hargainya.
Siap quote dialog Kamawas tu, kat Facebook, kat Twitter. Hahahaha. Aku sekarang rasa macam penulis dalam Amelie yang mengimpikan karya tulisannya diquote orang, lepas tu Amelie pergi conteng dekat dinding, apa yang dia tulis.
Ramai cakap, 'Hikayat Merong Mahawangsa terbaek'! Bagi aku, korang semua lagi terBaek!
Caption: Baek!