Saturday, March 12, 2011

Jejak Kelana: Antara Pantun, Pantoum dan Pan... tai...

Aku membaca ulasan ini, yang dihantar kepada aku oleh seorang rakan melalui email. Klik Sini untuk membacanya.

AKu tertarik pasal dibincangkan tentang pantun, yang aku sendiri terjemahkan dalam subtitle filem Hikayat merong Mahawangsa sebagai 'pantoum'.

Pertama sekali, ya, pantoum itu wujud, dan memang berdasarkan pantun Melayu. Tapi, pantoum adalah interpretasi orang putih pasal seni puisi kita. Jadi, dari segi bentuk, memang ada kelainannya.

AKu mula mendengar perihal pantoum daripada komik dan juga cerita pendek Neil Gaiman, yang menyemarakkan keinginan aku untuk menulis sestina dan couplets.

Pada abad ke-19, (tahun 1800, sebagai rujukan kepada aku yang dah pening sikit pasal berbicara dengan seorang kenalan yang membincangkan bagaimana ada orang Rom pada abad ke 16), banyak benda seni yang dicari oleh pengamal di Eropah. Mereka terjumpa pelbagai bahan dan gerakan di Asia Tenggara. ANtaranya, pantun.

Seorang sahabat yang memang ahli muzik klasikal memberitahu aku yang gamelan memang popular di Eropah - Perancis terutamanya - pada abad ke-19, Dasar 'pandang ke Timur' sudah bermula walaupun pada abad tersebut.

Pantun amat mirip couplets dan villanellle. Terutamanya, couplets dan pantun dua kerat.

Gendang-gendut tali kecapi,
Kenyang perut, senang hati.

- pantun dua kerat Melayu

True wit is nature to advantage dress'd;
What oft was thought, but ne'er so well express'd.
— couplet tulisan Alexander Pope

Kalau dilihat meternya, atau penekanan dan ritma sebutan, memang agak sama.

GenDANG-genDUT taLI kcaPI
KeNYANG peRUT, seNANG haTI

True WIT is NAture adVANtage dress'd
What OFT was THOUGHT, but ne'ER so well express'd

Teknik yang hampir sama, rasa aku. Kalau aku salah menilai, maafkan aku.

Jadi, pengaruh seni puisi dunia sememangnya berkait. AKu rasa belum cukup untuk cakap yang pantun Melayu mempengaruhi sajak mat salleh. Cukup kalau dikatakan pantun telah diangkat menjadi salah satu cabang bentuk puisi dunia, pada masa yang lama dahulu.

Mungkin sama dengan pengaruh gamelan kepada muzik dunia. Gamelan, apa yang aku tahu, menggunakan gaya improv, yang dibuat-buat mengikut rasa. Ini hampir sama dengan jazz, yang juga mengikut rasa dan dibuat-buat pakai syok sendiri.

Tapi, pasal muzik aku memang kurang periksa.

Saja je, nak cakap pasal pantoum, pantun dan pan...tai.