Ada orang tanya aku, kenapa aku banyak melepaskan benda-benda yang orang lain akan gembira untuk dapat.
Aku cuma boleh cakap, itu orang lain. Mati hidup semula pun, aku takkan 'settle' untuk apa-apa yang bukan aku inginkan.
Kalau untuk tujuan menimba pengalaman atau ilmu, aku sanggup bersusah. Aku sanggup buat dan tahan macam-macam perkara. Namun, untuk menghentikan pencarian kerana aku telah mencapai apa yang orang lain - dan bukan aku - inginkan, maaf, aku tak hidup bertuhankan orang lain.
Orang putih kata, "All or nothing."
Apa yang orang lain buat, pekerjaan orang lain, bukan hal aku. Aku tak pedulikan itu semua. Takde masa aku nak membanding-banding pasal rasa tak selamat manusia sendiri. Aku sibuk dengan kerja aku.
Aku sibuk menelaah kerja orang yang aku hormati, seperti Neil Gaiman dan Alan Moore. Pergi mampus sama yang lain.
Aku takde masa nak bertanding dengan sampah-sarap atau melayan Berukera dari Planet Zargus.
Yang aku tau, sampai saat aku mati, aku akan terus menuju Kuasa Tahap Kesempurnaan - satu impian yang tak mungkin tercapai, tetapi menjadi pendorong untuk aku terus keras kepala.
Namun, aku sentiasa ingat yang keinginan itu satu racun. Aku tidak dihantui keinginan atau nafsu. Aku pergi ke Siam, untuk belajar tentang keinginan dan nafsu. Aku faham bagaimana keinginan dan nafsu oleh memusnahkan.
Bila bercita-cita, kita sering harus memeriksa niat, sama ada cita-cita itu berasal daripada niat yang baik atau ego.
Ego akan meracun kita dengan 'idea kejayaan' yang akhirnya menjadi kejayaan palsu. Kau tak mahu menulis karya-karya yang hebat, kau cuma suka idea menjadi seorang penulis. Banyak bezanya. Ramai yang bercita-cita menulis, mengarah, menerbit yang aku jumpa, tapi hanya angan-angan dan bual-bicara kosong menyedapkan hati dia sendiri.
Adakah kau cukup berani untuk menilai karya kau sendiri? Adakah kau pengkarya, atau pengecut?
Neil Gaiman bagi aku, penulis paling hebat di dunia. Adakah dia berhenti menulis? Adakah dia berehat, bersandar di rumah agam besarnya dan memerhatikan anjing dan kucing-kucingnya berlari-lari anak?
Tidak. Gaiman masih menulis. Malah, dia berkarya ke bidang yang lain pula. Daripada kewartawanan, ke komik, buku, filem dan sekarang dia ingin mengarah pula, selepas mengikut Gullihermo del Toro (betul ke aku eja ni?) mengarah Hellboy 2.
Dalam hidup juga, ramai yang 'settle'. Cukuplah. Dah okay dah. Daging, walaupun busuk, dibasuh, dimasak juga.
Hah. Pengecut.
Bukan aku suruh sesiapa jadi taksub dengan nafsu dan keinginan. Tapi, kalau kau berlaku jujur dengan diri sendiri, kau takkan buat benda-benda jahat. Kau takkan buat benda-benda yang kau taknak buat.
Tapi... itu pilihan masing-masing. Pergilah mampus.
Selagi aku mampu, aku akan terus berada atas jalan yang aku pilih sendiri, dan bukan yang orang lain pilihkan untuk aku.
Mati pun matilah. Jadi, maka jadilah.