Aku berhenti kerja, antara sebabnya aku mengimpikan menyiapkan novel-novel aku yang terbengkalai.
Aku buka balik fail-fail lama dalam komputer aku - aku tak pernah membuang apa saja fail dokumen Word sejak tahun 1996, walaupun ada yang hilang sebab virus komputer.
Ada novel yang mulanya saja sudah lucah, perihal melakukan hubungan seks dengan pelacur Siam. Kemudian, ada adegan melancap depan mayat.
Aku baca balik dan... hmmm... apa yang aku nak sampaikan dalam cerita tu, sebenarnya? Mungkin aku dah tua, tetapi kalau setakat nak bermain puting dan menggentel biji, aku dah macam lali. AKu dah 31, beb! Kena tunggu aku 40 tahun, baru nak beriya-iya memberukkan p[erempuan kot?
Senang untuk hilang, sesat dalam gaya dan struktur, tetapi membunuh mesej. AKu mungkin akan tulis balik novel itu, dan kalau kurang unsur ranjangnya, maka harus diganti dengan benda lain.
Hmmm...