Aku melayan seorang tetamu semalam, sampai ke pagi. Kami tak buat maksiat!
Hahahaha. Kalau aku merapu sekarang, adalah pasal aku belum tidur lagi. Aku melayan tetamu aku sampai pagi, kemudian apabila aku cuba nak tidur, telefon aku berdering tak henti-henti. Rupa-rupanya, ulasan filem Hikayat Merong Mahwangsa telah keluar di akhbar dan juga di internet.
Ini aku senaraikan apa yang aku jumpa setakat ini:
1. Berita Harian, oleh Farihad Shalla Mahmud
2. Utusan Malaysia oleh Syazwan Zakariah
3. The Malay Mail by Eena Houzyama
4. Murai oleh Syafiqah Jalal
5. Kosmo! pasal Yusry dengan Ummi
6. Tonton Filem oleh Fadz
Ada lagi, kot, tapi aku dah tak larat, nak try pergi tidur dan padamkan Blackberry kesayangan aku.
Aku menyampaikan ucapan dan rasa terima kasih yang menggunung - kemungkinan besar, secara halimunan - kepada semua yang mengulas filem Hikayat Merong Mahawangsa ini. Yang baik, yang buruk, aku cuma tersentuh ada juga yang masih mengambil kisah untuk berkata sesuatu tentang filem ini.
Yang kurang tu, aku mintak maaf bagi pihak aku, dan akan aku gunakan untuk buat kerja yang lagi bagus. Yang lebih tu, thanks!
Bak nukilan Neil Gaiman yang aku rompak dan cabul, "To his virtues, a little kind, and to his faults, a little blind..."
Yay! Aku nak tidur pun tak boleh. Ada je orang call aku. Terima kasih lah! Iklhas!
Aku nak try tidur balik ni.
Kalau aku terima kasih jugak kat KRU, krew dan barisan pelakon, macamlah aku menang Academy Awards pulak, sebagai Best Actress atau Best Stunt-Cock, jadi aku akhiri di sini dahulu.
Aku tahu banyak lagi yang akan menyusul. Majulah sukan untuk negara. Dan jugak filem.