Aku pernah menulis yang aku menghabiskan banyak masa demi mencari ketenangan. Aku bertahun melawan rasa resah dan risau, yang orang lain memang tidak tahu langsung.
Dulu, ramai yang suruh aku sembahyang. Bagi mereka, sembahyang itu ajaib. Aku tak nafikan, dan tak juga aku setuju. Itu pandangan dan pegangan masing-masing. Walaupun aku ada jugak rasa terkilan dengan mereka yang menggunakan amalan agama demi memenuhi dan memantapkan ego sendiri. Itu, panjang ceritanya dan bukan apa yang aku ingin tulis.
Aku ingin menulis tentang ketenangan yang aku jumpa, bukan dalam mana-mana amalan agama, atau kata-kata hikmat, tapi dengan kepala sendiri.
Apa-apa perasaan dan fikiran negatif, yang membawa kepada perbuatan negatif, berasal daripada penolakan kepada hakikat dan kebenaran.
Sesuatu benda terjadi, katakan kereta kau dilanggar mat rempit. Kejadiannya hanyalah kereta kau dilanggar mat rempit. Bila masa dunia kiamat? Tapi mungkin itulah reaksi sesetengah orang.
Kenapa? Sebab perasaan yang kalau boleh, mahu mat rempit itu tidak pernah melanggar kereta kau. Malangnya, apa yang terjadi, sudah terjadi. Kau tak punya mesin masa yang mampu mengalih kereta kau, atau mengalih mat rempit itu, atau membunuhnya semasa dia bayi.
Bukan bermaksud kita wajib membiarkan mat rempit melanggar kita atau kereta kita. Pada pendapat aku, semua mat rempit patut dibunuh dengan kejam. Pakai parang tumpul. Start kat konek.
Maksud aku, walau apapun yang terjadi, reaksi kita kepada keadaan, penghakiman kita membentuk penerimaan kita kepada apa yang terjadi.
Dan usah khuatir. Sesuatu yang dilakukan dengan niat tidak baik, atau egotistikal, hanya akan memakan diri. Aku sudah mengalaminya, dan aku sudah nampak dengan mata kepala aku sendiri, bagaimana niat tidak baik akan menghancurkan si pelaku.
Kenapa? Kerana dalam niat tidak baik itu sendiri ada benih kemusnahan. Apakah yang akan lahir daripada niat tidak baik? Perlakuan yang tidak baik, hasil yang tidak baik dan akhirnya, penyudahan yang hitam dan kelam.
Penderitaan mereka yang berniat buruk datang daripada ketidakupayaan untuk berasa gembira. Kalau kita berniat buruk, jiwa kita kosong. Hampa. Jiwa yang kosong akan cuba diisi dengan pelbagai perkara yang tidak baik. Arak. Dadah. Terhegeh-hegeh macam Berukera Dari Planet Zargus. Pukul bini.
Jadi, jaga-jaga dan tenangkan hati, periksa niat kau betul-betul. Walau ada sekelumit ego di dalamnya, takkan selamat perlakuan kau.
Dengan membuka diri sendiri dan hati kepada kejadian dunia, maka kau akan jadi kebal. Tak ada perkara yang mampu mempengaruhi kau melainkan kau membenarkannya mempengaruhi kau.
AKu tau, ini bukan senang. Pengamal Zazen - satu jenis amalan tafakur Buddhism Shinto - ahli-ahli sufi, yogi-yogi Hindu dan yang lain menghabiskan masa bertahun-tahun menyempurnakan pemahaman ini.
Miyamoto Musashi, dalam buku-buku penulisannya, menggabungkan seni bermain pedang dengan fahaman ini.
Aku cuma percaya, kalau semua orang boleh mengenepikan ego mereka dan menerima kejadian dengan seadanya, takkan ada kejahatan yang berlaku di dunia ini.
Malangnya, aku cuma fikir, ubat paling mujarab untuk kegilaan manusia adalah beberapa biji bom nuklear.