Ari ni, dengan tak mandi sejak dua hari, aku pergi keluar, lepak dengan member aku. Lepas lunch, dengan satu family la pulak. Bukan keluarga aku. Keluarga orang lain.
Lepas tu, lepak dengan orang lain pulak. Terserempak dengan kawan lama.
Sambil tu, tak mandi lagi ni.
Tapau nasik kat Mahbub, pastu balik. Dah makan, sekarang nak berak. Mungkin mandi sekali.
Sebelum berak, aku menulis.
Trip pergi jelajah satu Malaysia sudah ditangguh ke hari Rabu. Jadi, aku free lagi dua hari - Isnin dan Selasa.
Boleh aku hantar dobi dulu - lupa nak hantar semalam, sebenarnya. Dan boleh pergi temuramah orang esok untuk projek dokumentari aku. Projek dokumentari aku buat dengan satu team yang best gila. Harap aku dapat memuaskan kehendak kreatif dan intelektual aku sendiri dengan projek ini, sebelum aku melawak dalam skrip filem seterusnya.
Inilah hidup seorang vagabond - entah ke mana aku melangkah esok, aku sendiri pun tak tahu.
Ain't no grave, can hold my body down.