Wednesday, March 16, 2011

Jejak Kelana: Pengembaraan Belum Bermula

Pengembaraan aku satu Malaysia nampak macam tertunda tak tau bila. Nak buat camana? Bukan aku yang ngeluorkan duit.

Kalau tertunda, pastu tak tau sampai bila, baik aku ambik kesempatan ni, menulis.

Sejak pilem Merong tu keluo, ada la pulok oghang duk ngantor aku emel, tanya pasal menulis. Ada jugok yang nok ngantor idea, suruh aku buat skrip.

Kira kerja susah, dia dah buat la. Kerja senang, menulis, aku la yang buat. Share 50-50.

Emph.

Kalau setakat idea, makcik buat kopi pun ada idea.

"Anak makcik tu, dulu hebat dia belajor. Dapat nombor 12 dalam kelas corot. Kira tak corot la tu. Ada 20 orang lagi bodoh daripada dia. Kalau ko kira satu Malaysia, mau nak 20 juta orang yang otaknya tak sebagus anak makcik. Lepas tu, dapat kerja despatch, jadi mat rempit. Abissss..."

Tu idea cerita kutip 10 juta tu. Sapa nak? Aku kasi nombor telepon makcik tu.

Aku baru buat tiga pilem je la. Bukannya aku buat 100. Bukannya aku ada duit nak buat pilem pun.

AKu menulis, apa yang menarik untuk aku tulis. Kalau pilem, pilem lah. Kalau dokumentari, dokumentari lah. Kalau komik datang, maka komiklah.

AKu belajar dengan hanya tengok orang aje. Mana ada kelas menulis kat Malaysia ni. Takde yang aku boleh rekomen lah, pasal aku tak pergi pun. Kelas menulis, kelas darjah satu sampai darjah enam la.

AKu start dulu, berangan nak buat komik je. Sampai ke hari ni, lapan tahun kemudian, aku takde buat komik yang aku nak. Asyik orang ajak suruh buat mende lain.

Komik yang aku nak buat, komik syok sendiri. Aku sorang je paham. Tak boleh jual punya. Ada la kot, 2-3 orang member nak jaga hati, beli, lepas tu komplen pasal mahal. Pastu tak paham.

Itu omputih panggil vanity project. Kita cakap projek syok sendiri je. Hanya untuk orang kaya-kaya yang mampu rugi, asalkan puas hati.

AKu tak kaya, jadi takleh nak buat komik syok sendiri lagi. Nak cari duit untuk bayar nasi campur Restoran Mahbub kat Lucky Garden, dengan rokok Marlboro Menthol Lights (Philip Morris tanak ambik aku kerja ke?), aku buat kerja untuk orang.

Sampai bila pun aku tak tau. Tapi, aku tak komplen. Pasal dalam batasan yang ada, aku syok sendiri dalam tu je. Dalam kawasan yang tu.

Tunggulah, aku menang loteri, nanti aku buat la komik syok sendiri.