Ada orang tanya aku, kenapa aku menulis pasal penulisan.
"Kau, penulis paling best dalam dunia ke? Banyak sangat ke ilmu ko?"
Tentulah, jawapannya tidak. Neil Gaiman adalah penulis paling hebat dalam dunia. Tiadalah yang sehebat Gaiman, melainkan Gaiman sahaja hendaknya.
Aku cakap banyak, pasal aku memang kurang ilmu. Aku percaya yang satu-satunya cara untuk mengembangkan ilmu aku adalah dengan berkongsi apa saja yang aku ada. Lagi banyak aku kongsi, lagi banyak aku dapat.
Hidup ni, takleh tamak sangat, beb. Jangan pulak biarkan diri diambil kesempatan dek orang lain. Pandai-pandailah kau menilai.
Tapi, kalau pasal ilmu, aku percaya yang lagi banyak ko kongsi, memang lagi banyak ko dapat. Aku mula dengan sekelumit ilmu di dada. Sekarang, ada la dua-tiga kelumit.
Kalau ilmu aku dah penuh, aku senyap je. Tau-tau, billionaire. Ye la, kalau aku terer sangat, aku takdelah duduk kat apartment kecik je. Aku beli apartment harga 8 juta kat sebelah KLCC nu. Aku beli sekampung pelacur. Aku tak naik kereta. AKu naik heli.
Bila kau kongsi apa yang kau tahu, kau boleh tengok sendiri sejauh mana pengetahuan kau. Kau jugak boleh kembangkan pengetahuan kau dengan input orang lain.
Aku percaya yang aku akan sentiasa mengembangkan pengetahuan dan skill aku sampai aku mati. Aku menuntut ilmu setiap hari. Menuju tahap kesempurnaan yang tak mungkin dicapai.
Dan aku tahu, selagi niat aku murni lagi suci, aku takkan perlu rasa resah, ingat saat indah.
Malam ni, aku akan bekerja keras. Lantak pi lah orang nak parti mabuk-mabuk. Nak beromen sampai terkeluar bijik mata.
Aku dah memilih jalan pedang. Kau ingat aku takut?