Aku baru balik dari kerja membuat kajian di Langkawi dengan penuh pancaroba dan espa roba, dengan tidur hanya dua jam dalam masa dua hari, dan balik naik keretapi yang sungguh menyeronokkan, apabila aku berdepan pula dengan skrip dokumentari lain yang amat menarik.
Salah satu sebab aku berhenti kerja adalah untuk menumpukan perhatian kepada projek-projek sebegini. Aku tau batasan aku, dan aku tak mampu nak mengimbal kerja tetap dan freelance yang makin mencabar.
Dokumentari aku ni, dokumentari pasal zaman 1940s-1980s di Malaysia. Adalah subjeknya. Kehendak dan keperluan produksi memang ketat, dan aku berazam memenuhi kesemuanya walaupun terpaksa mengorbankan masa tidur aku.
Projek ini, tiada jalan pintas. Memang wajib menumpukan perhatian dan usaha. AKu bergelumang dengan rakaman temuramah selama enam jam, beberapa jam visual arkib dan beratus-ratus keping gambar. Juga, tiga buah buku setebal batu-bata. Kekayaan maklumat yang jitu.
Mujurlah, ahli kumpulan ini amat senang membantu. Aku rasa seperti semua orang mahu aku berjaya dalam kerja aku, supaya kerja mereka akan senang juga.
Aku sedang menyiapkan skrip pagi tadi, apabila tiba-tiba, blackout. Cilakak punya TNB. Aku call, pastu diberitahu yang pencawang kat Bangsar dah meletup dibom pengganas komunis.
Dia cakap lagi satu atau dua jam.
Aku pun tunggulah, sambil mintak maaf kat kumpulan aku, pasal aku akan hantar lambat.
Tiba-tiba, aku dapat panggilan telefon waktu tengahari. Ada la pulak orang nak suruh aku buat tiga bijik dokumentari. Aku tak tau aku akan ambik atau tak, pasal tengok jadual, kelapangan masa dan juga bayarannya, serta subjek dokumentari. Kalau nak buat dokumentari pasal pengetip kuku, aku taknaklah kot, melainkan dia bayar aku banyak.
Tunggu punya tunggu, dah dua jam. AKu call TNB balik. Rupa-rupanya, dua pencawang pulak kena bom dengan puak pemisah Hamas.
Berapa lama? Aku tanya. Satu-dua jam lagi.
Aku baring, dah tertidur. Bangun-bangun, takde eletrik lagi. Pastu baru ada. Ada la, empat jam kot?
AKu cepat-cepat siapkan dan email. Sekarang rasa selamat dah, tapi aku perasan dokumentari tu dah jadi panjang sangat. Panjang takpe, boleh potong.
Sekarang, aku nak tumpukan pada projek yang berikutnya pulak. Projek yang mampu bawak aku pergi menjelajah satu Malaysia.
Inilah dia Jejak Kelana!