Thursday, June 27, 2013

Tok Sukaria Daripada Kumpulan Sukaria

Pagi tadi, aku bangun tidur je, aku dapat mesej menerusi Twitter daripada Fadli Al-Akiti. Dia suruh baca pasal Shabery Cheek tanya soalan pasal industri filem Malaysia.

Aku pun mula melancap kat Twitter pasal pengalaman singkat aku dalam dunia filem Malaysia. Sampai ke malam, dan sekarang, sambil aku minum kopi sebelum sambung kerja-kerja korporat dan kreatif aku, aku nak kongsi apa yang aku alami dalam industri penuh 'glamer' ini.

Ramai member tanya aku, "Ko tak buat filem dah ke?" Jawapan aku banyak, daripada, "Aku tengah buat filem porno pertama Malaysia untuk arus perdana." ke "Aku hanya nak buat filem yang aku nak atau kalau dibayar dengan tinggi untuk buat filem orang lain."

Ada yang tanya, sama ada aku dah merajuk. Sebenarnya, takde apa yang aku nak rajukkan atau nak komplen. Aku bersyukur dengan semua peluang yang datang tanpa diundang.

Aku tengah takde kerja pada tahun 2006 bila Norman KRU call aku, tanya, "Ko nak tulis filem tak?". Aku cakap, "Okay", pastu aku Google format skrip. Untuk penulis skrip baru, format skrip ada di www.imsdb.com (Internet Movie Script Database).

Kat IMSDB ada skrip-skrip hebat macam A Beautiful Mind. Skrip A Beautiful Mind yang lengkap, dibaca macam novel. "Cahaya matahari menembusi jag berisi lemonade dan membentuk pola geometri di atas alas meja. Pola ini naik, terapung dan hanyut ke kiri." Cam sial, kan?

Kalau nak tanya pasal software, aku pernah pakai Final Draft, Celtx.org dan jugak Word. Semua boleh pakai. Final Draft dan Celtx ada formatting yang dah automatik. Kau tekan enter, action line. Tekan enter lagi, nama character. Ko tekan je butang 'A', dia keluar list semua character bermula huruf A. Ko tekan enter lagi, dia masuk dialogue font dan format.

Celtx.org jugak ada Gantt chart, siap kira berapa line dialogue setiap character cakap, berapa scene, kira scene sama kat mana. COntoh - Scene office ada 20, scene neraka ada 40, blablabla.

Aku start pakai Word je. Kadang-kadang, OpenOffice pun aku lenjan. Ko boleh import format masuk dalam Word. Astro, Media Prima, ada format berbeza untuk benda berbeza. Ada format skrip rancangan majalah kat TV, format skrip drama TV, filem, animasi, etc.

Filem pertama aku buat ialah MySpy. Aku tulis skrip ikut format skrip komik. Lepas tu, aku dipanggil untuk buat Merong. Tengah buat Merong, aku buat Magika. Pastu, 29 Februari.

Semua filem dengan KRU. Walaupun ramai jugak orang komplen pasal KRU, aku okay je. Diorang bayar aku untuk skrip aku, dan dah takde hutang dah. Diorang bagi aku peluang terlibat dengan projek-projek filem yang gah, jadi aku takde apa nak cakap melainkan terima kasih.

Aku tau aku amat bernasib baik.

Ramai tanya pasal nak tulis skrip, tapi last-last, biasanya takde yang tulis. Semua nak tanya pasal software apa, macam kalau pelukis komik orang tanya pasal berus apa pakai, pensil nombor berapa, dkawat apa pakai. Hakikatnya, ramai yang berfikir kalau dia ada peralatan yang sesuai, semua benda akan siap secara automatik.

Butuh. Eh, sorry. Naif.

Camnilah. Ko beli la Canon 5D Mark 42 pun, kalau ko tak spend berjam-jam atau berhari-hari ambik gambar, takkan ada gambar ko yang macam Ansel Adams. Ken Rockwell, seorang photographer, pernah beli kamera second hand harga USD 5 (RM15), fixed focus, fixed zoom. Pastu dia pergi ambik gambar Death Valley, gantung kat Smithsonian. Pasal apa? Pasal nak buktikan yang bukan alat yang bikin sesuatu, tapi diri sendiri.

Of course, takde sapa tanya dia pasal dia bangun pagi sebelum subuh ke, berapa lama dia scout nak ambik shot tu ke, apa ke. Semua terpesona dengan kamera dan bukan usaha orang di belakang kamera.

Bagi aku, pengalaman aku dalam industri filem amat terhad. Dan aku tak pernah bercita-cita nak menerap revolusi atau 'menggempar' industri. Aku buat semua tu, pasal aku nak belajar. Kat mana lagi aku nak faham pasal penulisan skrip, kalau bukan dengan menulis skrip itu sendiri?

Ramai orang tanya tadi, camana nak kembangkan industri filem, camana nak improve.

Aku rasa, industri dah cukup berkembang dengan munculnya ramai gila pembuat filem Malaysia. Tak kira la, indie ke, chinie ke, melayie ke. Bobo pun dah dipinang MIG, kau. Untuk beberapa tahun akan datang, indie filmmakers akan cuba-cuba, acah-acah masuk mainstream. Cuba buat crossover hit. Indie film yang mampu menggamit minat masyarakat arus perdana. Maksudnya, ujian litmus (litmus test) ialah kutipan di box office. Aku rasa ini perkembangan yang amat sihat. Sejajar dengan ramalan aku beberapa tahun lepas yang ujian bagi generasi ini ialah menggabungkan kepuasan dan kebebasan kreatif dengan pulangan wang ringgit yang berbaloi. Filem-filem yang memuaskan hati sendiri dan khalayak. Chewah!

Yay! Aku betul. Lagi.

Ramai komplen kat FB Shabery Cheek, cakap pasal filem bodoh. Aku rasa ini tak adil. Twilight mungkin bodoh untuk ramai orang, tapi siapa lagi banyak duit, Stephenie Meyer ke, ko? Kalau aku boleh tulis buku cerita bodoh pastu kaut duit beratus juta, aku tak fikir itu kerja bodoh. Pergilah mampus. Aku ambik je duit tu.

Sama macam filem Malaysia. Ramai tak dengar cakap David Teoh, walaupun mamat tu kelakar dan menghayati sesuatu yang kebanyakan terlepas pandang.

"Ramai orang tidak faham, apa itu berdagang filem," kata David, dalam satu interview aku dengan dia.

Betul! David Teoh dah buat berapa puluh filem? Ke dah lebih seratus? Sumbangan dia pada industri ialah menhgindustrikan filem ini. Ko takde industri kalau hanya sebuah Bunohan - antara filem terbaik dalam masa 30 tahun kebelakangan ini - dibuat setiap tiga-empat tahun.

"Awak tau macam mana mau buat filem boleh jual sama Melayu? Kasi Melayu buat filem lah!" - ini statement David Teoh yang sebenarnya amat bijaksana dan menghayati intipati suasana dan keadaan sosial Malaysia. Kejap lagi aku huraikan.

Yusof Haslam? Pada satu masa, Yusof Haslam je yang buat filem lain daripada orang lain. Dia buat filem Sembilu, masa zaman filem komedi je yang keluar. Semua poster kartun, dia punya poster ada Ziana Zain posing tepi. Fuyoo, wa cakap lu.



Pengakuan: Aku pernah mengaut untung RM2 daripada Sembilu 2. Aku beratur kat panggung Seremban. Harga tiket Sembilu 2, RM4. Ada la dua-tiga brader mintak aku belikan tiket sebab aku dah ke depan. Aku caj RM1 extra setiap tiket. Dapat la RM2, subsidikan separuh harga tiket aku.

Ramai orang 'urban' kutuk filem-filem rempit, tapi aku rasa, selagi masyarakat Malaysia masih mahukan filem rempit, tak salah untuk mereka disajikan dengan filem sebegitu. Kalau kita suka sesuatu, tak semestinya semua orang suka benda tu. Contoh, aku suka filem Babe. Tak semua orang suka tengok filem babi bercakap, atau babi yang bercita-cita jadi anjing.

Nak paksa orang suka benda yang kita suka, jadilah cam cybertrooper BN. Orang tak vote parti dia sokong, marah. Apahal? Orang tak tengok filem yang dia 'sokong', marah. Sama jelah korang dengan cybertroopers - melalak tak tentu pasal.

Paling takleh blah - nak salahkan penonton. Samalah macam salahkan tsunami Cina. Dah demokrasi, beb. Cina nak undi orang utan ke, gajah ke, suka ati dia la. Cina taknak tengok filem Melayu? So? Apa ko nak buat? Ko nak masuk ke setiap rumah orang yang tak tengok filem yang ko suka, pastu nak heret dia ke panggung?

David Teoh faham yang filem bukan benda yang perlu untuk masyarakat Malaysia, macam nasi, gula, telur, ayam, petrol dan diesel. Filem ni, kalau nak suruh orang tengok, kena pujuk, kena mintak. Orang tengok filem Malaysia kebanyakannya membelanjakan wang ringgit yang mereka boleh gunakan untuk beli rokok, gula, ayam, atau tengok filem asing yang secara keseluruhannya - secara purata, ya - dibuat dengan modal lebih besar, dengan kelengkapan lebih baik, dengan kemahiran lebih jitu yang telah diasah sempurna selama berpuluh-puluh tahun.

Filem Malaysia hanya mempunyai satu tarikan untuk audience Malaysia - jika filem itu dibuat khusus untuk mereka. Cerita yang mereka suka, pelakon yang mereka suka, apa-apa saja yang mereka suka. Filem ni, untuk seronok-seronok. Siapa yang pergi tengok filem sebab nak kena dera?

Aku kadang-kadang tengok International Screen kat GSC, filem entah hapa-hapa dari Eropah, Iran dan Jepun bukan pasal aku nak kena dera atau nak berlagak kat beruk, tapi sebab aku seronok. Kadang-kadang la. Dan paling aku suka - bila dalam panggung biasanya ada dua-tiga orang je yang memang tak bercakap atau tendang belakang kerusi aku macam beruk - pengalaman biasa menonton filem Malaysia.

Namun, kalau pembuat filem baru ingin penonton arus perdana sukakan benda yang lain (bukan baru, sebab aku tak nampak apa-apa yang baru dalam masa beberapa dekad ni), mereka harus menghidangkan filem yang berjenis itu secara konsisten dan berharap orang akan belajar suka.

Ini cara untuk memenangi hati penonton arus perdana, kalau nak try kutip 12 juta la. Itu bukan matlamat semua orang. Ko ingat Dain Said pedulittaik? Dia buat je. Pergilah mampus orang nak cakap apa. Hasilnya, dia dinobatkan ramai orang - termasuk aku - sebagai pembuat filem paling berjaya dalam masa beberapa tahun ini. Bunohan ialah sebuah filem yang selayaknya diarkibkan sebagai salah satu warisan budaya Malaysia.

Tapi, kalau duit bukan tujuan, lagi bagus. Buat je filem apa yang kau suka. Tak salah, dan walaupun ada beruk serta kera yang akan cakap 'filem syok sendiri' atau 'filem tak laku', pedulik hapa?

Masalah birokrasi, berukera tu semua pergi mampus. Hada aku kesah? Cak cak cak.