Wednesday, June 12, 2013

Jalan Syaitan Tidak Terbatas

Baru balik rumah. Semalam doktor gigi aku cakap tak boleh pulak walhal last week cakap boleh. Aku agak terkilan sebab dia tak call aku pun. Kalau dia call, takde la aku pergi sana hari ni. Oh well. Aku dah tukar (Ubah!) doktor dan klinik gigi dan appointment aku yang berikutnya, hari Jumaat.

Cakap pasal terkilan, semasa aku menunggu masa appointment aku dengan doktor gigi, aku telah diserang di Twitter oleh beberapa orang yang mewakili Unit Media Baru UMNO (UMB).

Semua bermula bila aku dok ngumpat UMB dengan sorang member. Sejak berakhirnya GE13, aku selalu mengkritik kaedah yang digunakan cybertroopers UMNO dan BN sebab aku rasa diorang jauh terkebelakang daripada Red Bean Army, mahupun kumpulan pemilik akaun Twitter untuk mempromosi aiskrim, filem atau buku.

Hari ini, semua persoalan aku terjawab apabila mereka menyerang aku dengan cara mereka. Apa yang aku akan tulis ini bukan untuk memastikan mereka dibuang kerja (khabar angin mengatakan kepala UMB, Tun Faisal mungkin nak blah dah atau mungkin UMB dibubarkan. Aku tak tau kesahihan khabar angin ini semua, dan aku tak minat. Bukan niat aku menabur pasir dalam periuk nasi orang. Aku cuma ingin membincangkan kaedah dan taktik yang digunakan)



Pertama sekali, mereka menuduh aku mewakili BN Youth Volunteers. Ini sebab member aku di Twitter memang BNYV yang jelas dan nyata.

Ini kesilapan pertama mereka - membuat andaian tanpa usul periksa. Kemudian, setiap serangan mereka berbentuk peribadi dengan beberapa cubaan lucu untuk melagakan aku dengan ketua BNYV - Khairy Jamaluddin, PapaGomo dan Parpukari.

Aku rasa ini lucu sebab semua ini mengingatkan aku pada zaman sekolah rendah dengan budak-budak kecil cuba melagakan antara satu sama lain. Jelas, bagi aku, ini taktik untuk minda kerdil yang senang terpedaya. Namun, demi rasa ingin tahu, aku layan dan ikut saja bila mereka suruh aku maki KJ tak tentu pasal.

Perlu diingat, yang kami tidak membincangkan sebarang isu pun. Pertembungan ini terjadi semata-mata sebab aku duk mengumpat kegiatan BN cybers yang bagi aku memang tidak berkesan semasa GE13 dan jika diteruskan akan memastikan Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pimpinan negara pada GE14, mungkin 2018. Ini kebarangkalian yang aku sudah tidak endah sebab bagi aku, semua ahli politik dan jentera politik, serupa saja rejimnya. Depan belakang sama sahaja.

Aku juga dituduh golongan 'elit' yang tak faham kerja orang bawah. Elit? Elitiskah kalau aku berasal dari paya? Namun, mungkin sebab kekacakan dan kepetahan aku berbahasa Inggeris, Jepun dan mencarut dalam bahasa Hakka menyebabkan mereka teruja.

Sebenarnya, aku faham 'frustration' yang mereka rasa. Ramai yang frust sebab kehadiran BN di media sosial begitu senang dijahanamkan elemen asing, termasuk aku sendiri. Kami mahukan perlawanan yang lebih sengit, tapi apa yang ada sekarang amat berat sebelah, dan ini antara sebabnya.

Seterusnya, aku dituduh ingin mengambil alih pucuk pimpinan Tun Faisal, mahupun BN sendiri. Ini tuduhan yang bagi aku seperti si buta meraba dalam gelap. Aku tak hingin jawatan Tun Faisal dulu, sekarang dan selamanya. Aku pun tak berminat menjawat jawatan dalam BN, sebab aku rasa parti itu akan kalah dalam masa 5-15 tahun ini.

Kemudian, mereka mengajukan pelbagai lagi tuduhan seperti orang mengamuk. Aku nak ambil alih BN cybers (dulu aku ada fikir aku boleh menjual khidmat syarikat aku untuk memperkasakan jentera media sosial mereka, tetapi sekarang aku fikir tiada siapa dalam dunia ini atau yang lain, mampu menaiktaraf situasi BN di media sosial).

Kemudian, mereka cuba lagi melagakan aku dan KJ, walhal aku dengan KJ ni, seperti hidupan berasaskan karbon dan hidupan berasaskan silikon. Kami tidak hidup di dunia yang sama - KJ anak diplomat, membesar penuh kemewahan, aku budak paya yang suka baca komik. Mereka juga cuba dengan PapaGomo dan Parpukari, dengan harapan aku akan kena maki dengan dua orang ni.

Selepas aku cakap, "Butuh ah, KJ," mereka menganggap ini satu kemenangan, lantas cuba menjaja tweet itu beberapa kali. Aku di rumah, terus buka seluar dan meraba alat sulit aku.

Diorang lupa, maki hamun, carut tu senang. Antara sebab blog aku pernah popular pada masa dulu ialah tarikan mencarut. Ada sebab kenapa aku tak mencarut sangat sekarang: 1) aku bosan 2) kesannya akan berkurangan kalau aku sentiasa mencarut.

Kemudian, mereka mendakwa mereka sudah menang. Ini bertujuan untuk menjadikan aku rasa goyah, agar ego aku mengecut dan aku akan berusaha membesarkan ego aku dengan membuat kenyataan-kenyataan bodoh.

Tanpa mereka sedari, nenek moyang aku sudah mengalami evolusi daripada beruk kepada manusia, dan aku adalah bentuk terakhir manusia sebelum menjangkau alam kerohanian.

Yang kelakarnya, mereka mendedahkan betapa mereka bencikan BNYV - sejurus mengiakan cakap-cakap kosong bahawa UMB dan BNYV sedang bertelagah. Kalau isu dalaman pun tak boleh diselesaikan, kalau UMB dan BNYV tak boleh bersatu, bagaimana hendak menyatukan kaum-kaum di Malaysia? Bagaimana hendak melawan Red Bean Army? Aku tak fikir Red Bean Army itu kuat sangat, tetapi sep[erti biasa, BN dikalahkan diri sendiri.

Pertanyaan-pertanyaan mereka di akhir percakaran lucu ini berbunyi seperti, "Ko tak malu ke?" "Ko tak rasa bodoh ke?"

Ini teknik psikologi rapuh yang digunakan untuk anak-anak kecil. "Eeeee tak malu!" kalau anak kecil itu tak pakai seluar. Cara ini antara yang digunapakai dalam pelbagai ujikaji psiko-sosial dijalankan pada tahun 60an dan 70an di US.

Aku juga rasa amat kasihan bila mereka kata yang orang lain (aku) tak faham kerja orang bawahan yang sukar, berat dan selalu kena maki. Aku simpati. Mereka juga mendakwa mereka sudah dilatih - satu kenyataan yang membuatkan aku amat sedih.

Yang paling sedih - mereka juga mendabik dada dengan pengalaman di Pilihanraya Kecil. Kalau diingat, markah untuk Pilihanraya Kecil adalah seri antara Kerajaan dan Pembangkang.

Kesimpulan:

Aku fikir BN cybers menggunakan taktik dan teknik berlandaskan emosi yang sesuai untuk sesetengah khalayak. Malangnya, aku tak fikir cara mereka laku di bandar - medan tempur baru dan tempat BN paling lemah.

Siapa mahu dengar intipati yang kau perkatakan, kalau asyik menjerit? Apa objektif mereka yang menyerang aku tadi? Memperjuangkan agenda Melayu? Memenangi hati pengundi? Memuaskan nafsu amarah? Memusnahkan BNYV?

Adakah ini cara BN melihat pengundi? Sebagai berukera yang senang dimomokkan, dijolok dan diusik dengan ranting kayu?

Aku amat bersimpati dengan mereka yang mungkin sudah kehilangan kerja akibat taktik dan strategi serta latihan sebegitu. Aku juga menghulurkan tangan dan menepuk bahu mereka yang frust dengan keadaan sebegini.

Aku dulu berfikir aku boleh jual khidmat aku kepada BN demi impian aku untuk bersara. Namun, selepas melihat beginilah kacau-bilau yang sedang berlaku, aku fikir baik aku memberi tumpuan kepada kerja yang lebih berfaedah. Seperti melancap.