Aku diberikan sedikit kerja sampingan dalam Bahasa Malaysia, jadi aku nak berlatih kejap kemahiran Bahasa Malaysia aku dengan menulis artikel yang bosan.
Aku agak kecewa dengan kegagalan dan kesunyian Pembangkang dalam hal menangani sokongan pengundi luar bandar kepada Barisan Nasional (BN). Walaupun undi popular (53.47%) sudah berpaut pada pembangkang, mereka gagal menawan Dewan Rakyat pada Pilihanraya Umum (PRU) lepas (2013).
Kalau aku Pembangkang, aku akan teruskan apa-apa usaha aku di bandar dan kemudian cuba menawan ketumbukan BN yang sebenar - kawasan luar bandar.
Aku asalnya mahu memberikan analisis objektif perihal strategi pilihanraya tetapi setelah meneliti nombor dan fakta, aku dapati kepercayaan dan telahan aku pun selama ini salah. Jadi aku berikan analisis kualitatif yang subjektif yang sebenarnya samalah seperti melancap di tepi jalan sambil menjerit-jerit.
Kalau diikutkan Twitter, memang Pembangkang dah menang lama dah. Tetapi, Twitter dan semua media sosial bukan penanda yang tepat, malah mengelirukan dan berat sebelah dalam mengambilkira sentimen keseluruhan negara ini.
Kalau hal atau isu berkaitan KL atau pusat-pusat bandar, sememangnya media sosial boleh dipercayai sebab kebanyakan pengguna Internet ada di bandar. Kalau dilihat orang luar bandar, walaupun ramai memliki telefon pintar, tetapi tidak semua memiliki data plan. Kalau ada pun data plan atau kemampuan capain Internet, berapa ramai yang secara aktif menyertai perbincangan kacau-bilau di media sosial?
Jadi penumpuan sumber dan masa Pembangkang pada keulungan mereka di media sosial bagi aku agak dangkal sebab mereka menang di media sosial sejak PRU ke-12 dan ke-13 tetapi nyata kemenangan di media sosial dan kebodohan BN sendiri di medan ini tidak akan menjamin kemenangan di PRU.
Kita balik ke isu akar - kenapa pengundi luar bandar mahu mengundi Pembangkang? Pembangkang tidak pernah memberikan apa-apa sebab yang kukuh untuk pengundi luar bandar mengundi mereka, kecuali Parti Agama Islam Se-Malaysia (PAIS-M) yang menjanjikan syurga.
DAP menerusi Lim Kit Siang menjanjikan penyokong mereka bahawa sekiranya mereka berkuasa, maka kakitangan awam akan 'diselaraskan'. Ini membawa ancaman kehilangan pekerjaan untuk ramai orang, terutamanya mereka yang berasal dari luar bandar atau orang luar bandar yang bergantung pada ahli keluarga yang menjadi penjawat awam.
Apakah janji PKR kepada pengundi luar bandar? Bahawa Anwar akan dibebaskan? Pengundi luar bandar pedulittaik pasal Anwar, kebanyakannya.
Isu-isu luar bandar lebih 'humble' dan realistik daripada idealisme melancap yang laku di bandar-bandar.
Persoalan orang luar bandar, sejak dahulu lagi - bolehkah mereka makan hari ini? Kalau ada ahli politik datang, apa yang mereka dapat?
Bukan semua orang kampung bodoh, sepertimana tak semua orang bandar pandai atau stylish. Ramai je orang bandar bodoh lepas tu pakai mekap untuk pergi parti mabuk tengah malam buta pada waktu tengahari terik, pastu cair macam pondan menangis sebab kalah Ratu Jambo.
Orang luar bandar juga tahu pasal delayed gratification - bersabar untuk kepentingan masa depan. tetapi, apa janji Pembangkang pada mereka? Yang ada hanya acah-acah cool dan ancaman neraka atau hilang kerja.
Kalau Pembangkang ni ikhlas dan bukan dianggotai mereka yang poyo, diorang boleh je sampaikan mesej kepada pengundi luar bandar.
Aku rasa semua ahli Pembangkang yang meroyan kononnya mereka tiada saluran atau disekat daripada berjumpa pengundi luar bandar hanya pukimak pemalas yang bodoh dan tak berguna. Baik ko pergi merangkak balik masuk dalam rahim mak kau sebab kau tak wajar dilahirkan.
Kau ada saluran yang paling hebat - mengumpat atau dalam istilah orang kampungnya, 'word of mouth'.
Katakan Pembangkang memutuskan bersetuju dengan beberapa janji manis untuk pengundi luar bandar dan kemudian muatnaik ke satu website. Website ini bukan untuk majoriti pengundi luar bandar, tetapi untuk penyokong mereka di bandar. Kemudian, rayu dan pujuk pengundi bandar yang menyokong mereka untuk membawa mesej-mesej ini kepada pengundi luar bandar.
Kebanjiran orang bandar yang menjadi boneka propaganda ini akan mewujudkan fenomena 'gerakan akar-umbi' yang melanda seperti tsunami pendakwah Mormon. Bayangkan jutaan insan bangang yang dipergunakan untuk membawa dogma dan iklan Pembangkang kepada kawasan-kawasan luar bandar.
Dengan 5-6 juta pengundi baru, taktik mudah ini sahaja sudah mampu, ikut tekaan aku, memenangi 3 juta undi ekstra, lantas memenangi Dewan Rakyat dan mengalahkan BN.
Namun, tak ada nampak pun Pembangkang buat. Pasal apa? Pasal diorang lebih teruk dari bodoh - diorang pemalas. Seteruk-teruk Najib pun, dia rajin. Tak kisahlah kau nak cakap dia rajin menipu ke 1Rajin ke, whatever ke, tapi BN memang tak pernah mengalah cuba dapatkan sokongan orang.
Selagi Pembangkang pemalas dan bodoh, selagi tu takkan ada peluang untuk mereka mengalahkan BN.
Kalau BN kalah PRU ke-14 ini, ia bukan kemenangan Pembangkang, tetapi kekalahan BN sendiri yang tertembak kote masa simpan senapang patah. Oh dan pasal pengundi baru tetiba je nak undi Pembangkang.
Dalam erti kata lain, korang semua bodoh dan aku sorang pandai. Hidup aku! Hidup aku! Hidup aku!