Beberapa bulan lepas, aku terserempak Joan Lau kat tempat letak kereta luar pejabat The Malay Mail dan The Malay Mail Online (TMMO). Aku pergi sana sebab nak interview orang. Joan terus terjah kat aku dan cakap dia nak invite Maple Comics pergi Georgetown Fest, pasal TMMO ada terlibat penuhkan beberapa booth kat sana.
Semalam, aku, Roy Ablah dan Mimi Mashud naik kapalterbang ke Pulau Pinang, sambil Adifitri (Bohrtaag) drive ke sana dengan wife dia sehari sebelum tu.
Sampai sana, kitorang makan nasi padang pastu check in, manid/berak dan terus ke Soo Hong Lane.
Julian (Lefty) ambik kitorang dan jadi tour guide. Tak sempat jumpa Baba Chuah tapi sempat makan roti canai Jalan Transfer (roti canai dengan ayam), mi sotong dekat Esplanade dan makan kat Restoran Sup Hameed,
Oh, dan Georgetown Fest memang best. Georgetown dah jadi macam pekan/bandar yang pentingkan seni. Orang yang datang beli/belek komik kat Maple Comics booth pun best-best. Ada yang siap borong lagi. Thanks, Joan!
Sambil tu, aku bawak keluar prototype Ma-Play Card Game. Permainan kad yang walaupun namanya omputih, semua teks dalam Bahasa Melayu.
Ma-Play ni aku design dengan Adib Zaini. Asalnya sebab semua buku Maple Comics tak sama saiz tahun ni (mungkin tahun depan baru standardkan), so aku nak sesuatu yang memang sampai bila-bila sama saiz.
Juga, sebab aku dah lebih 12 tahun main Yu-Gi-Oh dan Adib dulu gila Magic The Gathering. Tapi aku main style orang miskin la - aku main PC game dia sebab kalau beli kad dia mau abis beribu ringgit.
Ma-Play Card Game direka untuk permainan yang cepat. Satu perlawanan mungkin dalam masa beberapa minit je. Setiap deck direka berdasarkan setiap judul yang diterbitkan Maple Comics. Selagi kami menerbitkan komik, selagi itu ada kebarangkalian untuk menambah lebih banyak deck dan lebih banyak kad untuk Ma-Play.
Ada tiga cara untuk menang: capai tahap Markah yang khusus untuk setiap deck, habiskan Nyawa pemain lawan sampai kosong (kadar Nyawa berbeza mengikut deck masing-masing) atau bila pihak lawan dah tak boleh nak Ambil kad daripada deck dia pasa permulaan pusingannya.
Ada banyak lagi rules lain macam peraturan masa berlawan, dan percampuran kad. Ya! Semua kad deck berlainan sebenarnya boleh dicampur untuk menghasilkan deck sendiri yang paling hebat.
Ada satu lagi benda yang juga menjadikan Ma-Play Card Game lain daripada Yu-Gi-Oh dan Magic. Tapi itu tunggu dulu.
Apapun, aku berjaya test main Ma-Play dengan beberapa orang dan aku dapati syak wasangka aku yang manusia di luar sana lebih pandai daripada yang dijangka pembuat filem Malaysia memang tepat.
Aku boleh biarkan banyak benda Ma-Play ini ditentukan sendiri oleh pemain-pemainnya kelak.
Aku juga sudah memutuskan untuk membuat mini tournaments sekitar KL selepas Ma-Play Card Game dilancarkan dalam masa beberapa bulan lagi. Tournament miskin, dengan hadiah biasa-biasa je.
Impian aku ialah untuk membuat tournament besar setiap tahun, tapi itu bergantung pada sambutan orang. Kalau takde sapa peduli pun benda ni, aku takkan buat. Tapi kalau cukup ramai yang dapatkan deck-deck ni dan main merata-rata, aku akan try buat aktiviti, pertandingan dan macam-macam lagi.
Anyway, Georgetown Fest memang best dan kalau boleh aku nak join lagi tahun depan. Kalau ada rezeki la. Terima kasih kepada semua yang datang, kepada yang menjemput dan tolong kitorang.
Aku penat ni.
Nak pi tido.