Aku dah lama menunggu khabar berita atau deklarasi scholars pasal kemusnahan industri filem Malaysia. Aku nak interview orang pasal benda ni untuk suratkhabar aku pun, diorang malas dan letih dah nak cakap apa.
Bagi aku, kita boleh cakap kitaran kemusnahan filem Malaysia terjadi bila kita ada lima hingga 25 filem sahaja setahun. Dulu, 1985, aku rasa ada lima je filem yang dibuat. Sekarang,
Dulu aku ingat, kalau dah musnah, masa untuk rebuild. Aku akan masuk balik dan buat apa yang patut. Tapi last year aku sakit dan aku fikir, aku nak buat apa yang aku suka aje.
Apa yang aku suka ialah terbitkan komik, tulis komik, design permainan kad, main kad, jual kad dan ajar orang main kad. Kat mana aku nak sumbatkan filem? Aku ni penting atau berkesan sangat ke nak menyumbang kepada kitaran lahir semula industri filem?
Entah. Tapi korang tengok le industri filem ni - masa-masa yang amat menarik untuk dikupas. Aku pedulittaik, tapi lebih ramai orang yang lebih terpelajar dijamin akan membuat analisa dan masanya akan tiba untuk membaca fikiran mereka, kemudian tepuk ramai-ramai.