Sebenarnya aku tak suka benda-benda rumit. Aku suka benda yang mudah, dan bentuknya pun ringkas. Apa gunanya semua benda yang rumit, dengan pelbagai segi, apabila di dalam terasnya hanya ada satu bola yang bulat?
Ramai beruk yang sering cuba cucuk aku, supaya aku bereaksi macam diorang. Sorry, macam diabinatang. Nak suruh aku mengalami emosi macam diorang. Marah, sedih, insecure, dan mula buat benda-benda bodoh macam diorang. Perasaan yang negatif itu suka dikongsi, sambil manusia dan beruk berpura-pura kebal sebab memang diorang dan diabinatang insecure.
Tekanan perasaan yang pernah aku alami dalam hidup aku yang pendek ini mendorong aku mencari jawapan kepada kewujudan manusia dan kebahagiaan. Aku dulu tertekan sampai emosi aku dimanifestasikan sebagai sakit fizikal.
Aku pernah dimasukkan ke hospital sebanyak empat kali - semuanya sebab tekanan. Aku kena batu karang, pernafasan tak keruan sampai tak boleh tidur, darah tinggi dan macam-macam lagi. Sepanjang menderita sakit, aku mula terfikir yang semua ini bodoh.
Aku membesar dengan latarbelakang orang kampung yang hidup susah. Aku barbarian. Kemudian aku ke bandar. Aku tengok ramai manusia tanpa pengakhiran yang gembira. Hidup untuk membiak, kemudian mati. Macam virus. Hidup, habiskan makanan dan sumber semulajadi, membiak, kemudian mati tanpa makna.
Sepanjang hidup, manusia dan beruk akan cuba menyakiti satu sama lain tanpa sebab. Walaupun di kalangan spesis yang sama. Pasal apa? Pasal keinginan dan cita-cita manusia dan beruk hanya satu - DILIHAT lebih baik daripada yang lain. Nak jadi spesel.
Aku fikir pasal semua ni, sampai aku tertekan, kemudian sakit. Aku cuma nampak bentuk peta yang rumit tetapi ringkas dari segi struktur kebodohan dan penderitaan.
Sambil aku hisap rokok dan bunuh diri secara perlahan, aku fikir ini mungkin peranan sebenar manusia - menjadi penyakit. Buat apa aku nak lawan? Buat apa aku nak bersyarah ke hulu ke hilir?
Bila aku dah tak peduli, aku mula rasa tenang. Berjuta ekor beruk boleh menggegarkan daun pintu dan rangka tingkap rumah aku, tapi aku masih tetap sama.
Ego dan insecurity beruk tidak seharusnya mempengaruhi keadaan dan kebahagiaan aku.
Aku tengok dalam diri aku, dan aku jumpa keinginan aku sendiri untuk jadi spesel. Aku tak cuba lawan, tapi aku cuma perhati kewujudannya. Aku perhati, dan aku tak layan. Lama-lama, dia mengecil.
Aku perhatikan ketakutan aku, dan ketakutan aku mengecut. Ketakutan ni, cuma penolakan kepada masa depan. Tetapi masa depan tak wujud kecuali sebagai masa sekarang. Jadi masa depan sebenarnya tak wujud. Buat apa aku nak takutkan benda yang tak wujud? Ketakutan itu sendiri satu penipuan besar. Walaupun ramai beruk yang cuba menakutkan kau dengan mainan bodoh diaberuk, itu cuma usaha - ikhtiar - beruk untuk menakutkan kau.
Daripada ketakutan, lahir kemarahan dan kebencian. Macam cakap Yoda. Jadi kalau ketakutan hanya satu penipuan, maka semua ini pun satu pembohongan. Cuma bentuk rapuh yang tiada isi. Kosong. Rompong.
Identiti, imej dan label hanyalah kulit luaran yang amat nipis dan boleh diubah-ubah. Ini semua tidak kekal. Semua struktur tidak kekal. Semua benda tidak kekal.
Jadi, sebagai kesimpulan, beruk-beruk ni semua boleh pergi mampus. Aku pedulittaik?