Aku perhatikan beberapa budak Gen Y dah mula cakap pasal kejayaan dan kegagalan. Masih terlalu awal untuk diorang cakap pasal tu. Mungkin masih terlalu awal untuk aku cakap pasal semua kejayaan dan kegagalan aku sendiri. Aku masih 33 tahun, tapi aku memang jenis yang akan mati cepat.
Aku dah lama fikir pasal kejayaan aku sendiri. Sejak aku umur 8 tahun. Rancangan induk aku simple - aku kerja sampai umur 55, bersara, start menulis, dan kemudian mungkin buku aku akan difilemkan. Lepas tu, orang kampung aku akan bawak obor dan garpu besar ke rumah aku, dan bakar rumah aku. Aku pun mati dan tiga hari lepas kebakaran tu, satu-satunya kesan aku pernah hidup kat dunia ni cumalah kesan arang terbakar dan sebusut abu kecil yang akhirnya ditiup angin.
Ini akan menandakan aku telah berjaya. Inilah impian aku masa umur aku 8 tahun - aku nak mati lepas berjaya buat semua benda yang aku nak buat.
Malangnya, semua benda macam terbalik. Aku dapat menulis dan buat filem lama sebelum aku cecah 55 tahun. Aku juga gagal menjadi ancaman yang cukup besar untuk semua orang, hanya beberapa ekor beruk yang sesat dan terencat, yang dengkikan apa saja benda atau pencapaian kecil yang aku ada.
Duit bagi aku, hanyalah alat untuk mencapai apa yang aku inginkan - kebebasan. Aku sedar sekarang yang aku hanya mahu mampu mati. Aku mahu ada cukup kemampuan untuk menyara hidup dan kematian aku. Ramai Melayu tak faham yang nak mati pun kena bayar. Cina pulak asyik cari duit sampai lupa nak hidup. Aku boleh kutuk dua-dua sebab aku separuh Cina, separuh Melayu.
Ramai cuma nak apa yang orang lain ada, demi menampal/mengisi lubang dalam diri mereka sendiri. Diorang pun fikir orang lain nak apa yang diorang nak. Sebab minda seekor beruk memang terhad.
Aku tidak menjadi ancaman orang kampung aku, tetapi sedihnya, aku ialah ancaman kepada beruk. Beruk-beruk ini sedar yang aku jauh lebih pandai daripada mereka. Jadi mereka ragu-ragu, was-was dan khuatir aku mahu merampas sampah yang mereka makan dengan rakus. Maaf, aku tak minat sampah-sarap. Aku nak makan daging. Tapi aku faham.
Aku faham semua kegelapan dalam diri manusia sebab semua kegelapan itu wujud atau pernah wujud dalam diri aku sendiri. Bezanya cuma aku berevolusi demi menghadap hari yang mendatang, manakala berukera masih lagi berukera.
Satu benda yang aku suka pasal keluarga aku ialah mak bapak aku tak pernah nak paksa aku buat apa-apa. Contohnya: kahwin. Membiak. Aku tak diberi tekanan pasal pembiakan sebab mak bapak aku paham, ada pasangan atau anak bukan semestinya bagus. Dahlah mahal, kalau pasangan cam pukimak mak bapak dia, pun susah.
Ramai orang berkahwin dan membiak sebab ini fesyen. Beruk lain membiak, dia pun nak jugak. Kalau tak, dan kau ada sebab kau sendiri, maka baguslah, tapi ramai yang bila aku tanya, "Kenapa kau kahwin?" atau "Kenapa kau nak ada anak?" selalu bagi aku jawapan yang meletakkan seluruh tanggungjawab pada agama, Najib, atau orang lain.
Bagi aku, hanya budak kecik dan binatang saja yang tak boleh dipersalahkan atas tindakan mereka. Yang lain, harus bertanggungjawab. Ada ramai yang walaupun sudah tua, masih lari daripada bertanggungjawab pada diri sendiri - apatah lagi orang lain.
Baru-baru ini, ada member yang dapat tawaran menulis untuk syarikat media gergasi dunia. International, wa cakap lu. Aku tumpang gembira sebab kalau kau pentingkan kejayaan, maka kau juga akan gembira atas kejayaan orang lain.
Aku? Aku masih berusaha untuk menyara kehidupan aku, dan harapnya aku mampu bayar untuk kematian aku.