Thursday, November 14, 2013

Kegilaan Orang Ramai

Semalam ada orang tanya aku pasal pandangan aku tentang orang ramai dan pasal 'brotherhood'.

Aku berterus terang yang aku fikir bila manusia dikumpul ramai-ramai, dia jadi bodoh. Individu itu pandai, bijak. Tapi bila jadi masyarakat, pemikiran dia jadi primitif sebab keinginan manusia untuk membentuk kumpulan melebihi kepandaian dan akal mereka.

"Aku rasa macam ada kemarahan dalam kau," tanya member aku.

"Aku marah sampai umur aku 28. Lepas tu, aku dah tak peduli."

Masa umur aku 28, tahun 2008 dan awal 2009, aku dalam keadaan marah dan rasa macam mangsa. Sebelum tu, aku hidup dengan nilai-nilai murni aku sendiri tapi pengakhirannya aku hanya dapat pembelotan dan kebodohan yang dicampak ke arah aku.

11 tahun sebelum tu pun, aku dapat rasakan hipokrisi kumpulan. Persahabatan dan struktur sosial yang hanya menguntungkan beberapa orang yang meletakkan diri mereka dalam posisi yang sesuai. Yang lain hanya wujud untuk mengayakan dan memberi hormat - menyembah - mereka yang 'terpilih'.

Sejak aku kecil, dan sejak aku di sekolah, aku perhatikan kepincangan kumpulan manusia yang besar. Aku mengasingkan diri daripada kebodohan sebanyak yang aku mampu, tetapi akhirnya, aku masih ditolak sedikit demi sedikit untuk berdepan dengan masyarakat yang aku kira tiada bezanya dengan sekawan beruk di tempat pembuangan sampah.

Aku rasa resah masa tu sebab tiada siapa pun dalam dunia yang faham apa aku cakap. Aku dilahirkan tanpa sebarang bakat, dan aku tak spesel langsung, cuma aku ada otak yang lebih pandai daripada semua manusia. Itu saja yang aku ada - aku lebih pandai daripada semua orang.

Otak aku mampu mengulang pola pemikiran sesiapa sahaja, jadi aku boleh mengajuk semua perkara yang menggunakan proses berfikir. Aku faham manusia, jadi aku amat kecewa. Pada tahun 2008, dan awal 2009, aku dalam tekanan perasaan sebab aku faham semua motivasi manusia di sekeliling aku, dan memahami hati mereka - bermaksud aku juga memahami kelemahan manusia. Mereka penakut, pentingkan diri sendiri, dan mereka semua pada asasnya seekor beruk di kawasan pembuangan sampah yang berjuang demi sampah-sarap.

Manusia ni, motivasi dia, tujuan kewujudan dia simple je - nak DILIHAT lebih daripada orang (bukan lebih, tapi DILIHAT lebih) dan hendak disayangi. Masalahnya, semua orang sama saja, dan tak ada lebih atau kurang. Kedua, tak ada manusia yang sayang manusia yang lain sebab 99.99% masa dan kuasa otak setiap manusia digunakan untuk fikir pasal diri sendiri dan sayang diri sendiri. Ini tragedi beruk.

Aku rasa terperangkap dalam dunia beruk. Jadi, aku pun mencipta Tai Chi.



Lebih kurang macam tu lah.

Aku mula melepaskan semua kekusutan aku dan mula mengucapkan pergi mampus kepada berukera semua.

Kebahagiaan sejati datangnya bukan daripada orang lain, tetapi daripada diri sendiri. Macam melancap. Aku mula berasa tenang dan aku mengasingkan diri aku sepenuhnya daripada pergolakan dunia - dunia beruk di kawasan pembuangan sampah-sarap.

Aku cuba membawa ketenangan aku kepada berukera, tetapi aku gagal. Dalam kegagalan aku, aku juga belajar yang berukera tidak faham bahasa manusia. Mereka tidak faham aku sebab aku tidak bercakap bahasa mereka. Beruk tidak reti bila aku bercakap pasal isu dalaman, tetapi berlari ke hulu ke hilir, menayang bontot, kencing merata dan makan sampah.

Ini menjerumuskan aku ke dalam tekanan sekali lagi. Bayangkan ada enam ekor biawak, dan seekor biawak tiba-tiba pandai bercakap dan ada pengetahuan semua tamadun manusia. Dia cuba memberitahu biawak-biawak lain - biawak-biawak biasa yang hanya reti telan telur dan jelur lidah.

Jadi aku asingkan ketenangan dan ketenteraman dalaman yang aku jumpa dalam diri aku, dan aku mula susun kosa kata luaran yang harapnya beruk dan biawak ni semua boleh faham.

Hasilnya, aku fikir sekarang aku boleh menjadi tenang di dalam sambil aku maki hamun berukera di luar. Pengasingan ketenteraman dalaman dan kemarahan luaran adalah usaha aku untuk berfungsi dengan lebih lancar dalam dunia beruk yang penuh sampah sarap ini.