Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Tun-tun, Tan Sri-Tan Sri, Puan Sri-Puan Sri, Datuk Seri-Datuk Seri, Datin Seri-Datin Seri, Datuk-Datuk, Datin-Datin, Encik-encik, Tuan-tuan, Puan-puan, kerusi-kerusi kosong yang diduduki Orang Halimunan, Pondan-pondan cover pakai baju Melayu sedondon, pembodek tua tak sedar diri, pencacai-pencacai tua pengangkut najis, mat-mat saleh sesat, Pemuda-pemudi PIS yang perasan mengalahkan Beyonce pasal dia ada konek (beb, konek ko takdelah sebesar konek Jay-Z. Ko ingat Beyonce heran? Takut dengan konek ko?), Puteri UMNO yang tak suka tengok filem seram sebab taknak kena raba tetek dalam panggung(takde yang hendak pun. Pinggan tak retak, nasi tak dingin. Orang tak hendak, aku pun tak hingin la! Perasan. Pipi tak mancung, tetek tersorong-sorong), Pemuda UMNO yang tidak lagi mengeluarkan statement bodoh, mungkin pasal dah kena warning (macam manalah si Amir Muhammad nak buat kompilasi Politicians Say the Darndest Thing - takde material, beb!), mat-mat rempit, hanjing-hanjing, pukimak-pukimak, orang-orang gila, hadirin-hadirat sekalian.
Berdirinya saya di sini adalah hasil seruan Dr Manhattan, juga dikenali sebagai Dr M.
Arakian sekonyong-konyongnya, dapatlah sang penulis ini menjabat tangan Dr M dua hari lepas, di Pew-tra-jay-uh. Tidak dapat kiranya sang penulis mencium tangan Dr M, kerana sang penulis tidak (lagi) mahukan projek bernilai jutaan ringgit daripada Dr M.
Dr M memberi ucapan berkenaan strategi orang Melayu dalam dunia yang semakin berubah dan penuh cabaran baru ini.
Tersentuh dan tergerak dengan seruan Dr M, dan juga sedikit termuntah dengan demonstrasi kebodohan orang Melayu di dalam dan luar dewan, ingin sekiranya sang penulis berkongsi sedikit ilmu di dada dengan orang Melayu sekalian.
Kenapa? Sebabnya, sang penulis adalah tin kosong dengan dua biji batu. Kalau tin kosong disepak, kuat bunyinya. Kalau tin penuh disepak, ada juga bunyinya, cuma tidak kuat.
Bunyi paling kuat datang daripada tin kosong yang ada dua biji batu, yakni orang yang ada ilmu sikit dan suka mencanangkan ilmunya.
Sebagai tin kosong berbatu dua, aku berasa terpanggil untuk bercakap kerana tiada pun tin penuh yang akan membuat bising. Jatuhlah tanggungjawab atas dua batu jemala orang macam aku ni.
Maka bermulalah siri ini - Siri Bercakap Dengan Setan.
Siri ini akan ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia, agar mudah difahami oleh orang Melayu yang ada diantaranya berpendapat yang kalau berbahasa Inggeris, boleh jatuh murtad dan tidak dapat masuk syurga lantas minum dari sungai arak tanpa alkohol (sparkling wine, Guiness Malta, non-alcoholic beer, tapai, tuak*).
Dr M menyeru agar orang Melayu memperkasakan diri mereka. Bukan memperkosakan diri kita ya, tapi memperkasakan.
Maka, dengan siri ini, sang penulis akan membincangkan perihal ego dan ajaran penulis dan filasuf Barat yang suka mencedok daripada falsafah Timur - Eckhart Tolle.
Kita akan melihat perihal ego dan kesannya kepada masyarakat Melayu moden; bagaimana menangani ego; menjalani kehidupan yang baik; serta strategi hubungan umum dengan dunia luar.
Sudah cukuplah sang penulis bersyarah dalam Bahasa Inggeris, kerana yang membacanya rata-rata bukan Melayu.
Ini adalah zakat ilmu - ilmu dua biji batu dalam tin kosong.
Sang penulis terpaksa merendah diri, kerana ego umat Melayu amat kental dan besar bangat - eh, tercuri frasa slanga Indonesia la pulak! Esok ada la yang dayung perahu ke rumah aku kat Bangsar ni.
Seperti yang diperkatakan oleh kartunis Long dalam Gila-Gila, orang Melayu rata-rata ada AIDS. Penyakit Aku Ingin Dilihat Super.
Semua bahan dalam syarahan ini tidak berbentuk keagamaan dan bebas polemik agama, maka boleh digunakan tanpa was-was.
Kalau ada pun rujukan agama, aku akan simpulkan dalam konteks agama Islam cabang Sunnah Wal-Jawaah, Mazhab Syafie, sebab ramai yang kurang selesa sekiranya aku masukkan pemahaman Buddha, Hindu, Kristian, Yahudi, Shinto, Zen-Buddhism, pagan dan sebagainya.
Kalau adapun, aku akan pulas balik ke Islam, pasal orang Melayu, mengikut Perlembagaan Malaysia, semuanya beragama Islam.
Maka aku pun mulakan kursus ini, untuk semua orang Melayu dan orang yang paham Bahasa Melayu sahaja.
Tunggu Kuliah Pertama kita lepas aku ada masa nanti.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,
Setan Kuning
* tapai dan tuak ada alkohol la, bodoh!