Tuesday, October 27, 2009

Siri Bercakap Dengan Setan: Kebencian Kepada Orang Lain

Ya adik-adik, abang Terung Mahawangsa datang lagi dengan: Kebencian Kepada Orang Lain.

Abang Terung adalah pembenci terulung. Abang Terung pernah membenci orang sehingga abang Terung mengatur perkara-perkara, situasi dan orang yang akan memusnahkan mereka. Sama ada secara sedar atau tidak.

Malangnya, abang Terung baru sedar yang kebencian itu adalah satu emosi yang tidak berguna sangat.

Kebencian itu berasal daripada naluri asal manusia untuk menangani ancaman. Lawan atau lari. Atau menjadi pasif-agresif dan merungut dalam hati.

Benci itu tidak rasional. Apa yang kau benci, sebenarnya, dalam diri seseorang?

Perlakuannya? Pertuturannya? Caranya berpakaian? Agamanya? Bangsanya? Adakah ianya sesuatu yang amat lain daripada diri kita, atau sesuatu yang amat serupa?

Adakah ianya hasad dengki, atau apa?

Walau apa pun, perasaan benci datang daripada naluri asal manusia. Menangani ancaman. Ancaman kepada kepercayaan. Ancaman kepada gaya hidup. Ancaman kepada betul atau salahnya kita. Ancaman fizikal, fiskal atau apa sahaja.

Namun, kebanyakan perasaan benci juga berasal daripada rasa tidak yakin dengan diri sendiri. Kalau kita yakin dengan diri sendiri, maka kita tidak akan berasa terancam, walau daripada apa segi.

Kalau kita tidak berasa terancam, maka kita tidak akan bereaksi. Tanpa tindakbalas dan tindakmalas - pandainya abang Terung! - maka dunia akan kekurangan drama. Ini juga satu ancaman. Kepada siapa? Kepada ego. Kerana ego sukakan drama, dan sentiasa ingin dipam.

Contoh, ya.

Jika ada orang mengatakan Melayu malas. Semua Melayu malas. Termasuk abang Terung. So? Jadi?

Adakah dengan hanya mengatakan abang Terung malas, maka abang Terung akan menjadi malas? Maka abang Terung akan menjadi Melayu malas, justeru - fuyoo! - abang Terung akan DIPANDANG hina?

Terus-terang abang Terung cakap, pada bila-bila masa pun, abang Terung akan dipandang hina oleh sesiapa. Adakah ini menjadikan abang Terung hina?

Tiada siapakah lagi yang ingin menghisap konek abang Terung?

Dan begitu bodohkah kita untuk memberikan kuasa yang sebegitu banyak ke atas diri kita ke atas orang lain?

Cakap malas, maka kita pun malas. Cakap hina, maka kita pun hina. Wow! Memang berkuasa rupanya Makcik Bedah Mulut Jubur. Lebih berkuasa daripada Tuhan?

Untuk kebanyakan perkara, tak perlu dihunuskan keris dan menggoyang-goyangkannya atas kepala.

Emo habis.

Dan membenci orang lain, atau diri sendiri - dan sesungguhnya membenci orang lain itu juga membenci diri sendiri - juga menjadikan kita tidak bermaya dan membazirkan masa.

Adakah ini bermakna kalau kita benar-benar diancam secara fizikal atau apa-apa, maka kita harus berdiam diri?

Tidak.

Maksudnya hanya satu. Kita boleh melakukan apa sahaja yang kita ingini - baik atau buruk, mengikut penghakiman masing-masing - tanpa dibelenggu emosi, terutamanya kebencian.

Tindakbalas yang tidak dibelenggu emosi akan lebih berkesan, kerana ianya objektif secara suci.

Contoh, jika ingin menyelesaikan sesuatu masalah, jalan yang tidak dikekang emosi amat lebar dan luas.

Juga, banyak perkara yang tidak penting akan diabaikan. Contoh: perasaan benci dan hasad dengki orang lain.

Dalam erti kata lain, matilah ko! Tanpa emosi.

Gaban Z potong dua!